KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, May 11, 2016

PISANG RENDAH - KENALI DIA

PISANG SERENDAH (Musa spp) merupakan sejenis pisang tempatan yang jarang dibincangkan atau dikomersilkan oleh petani. Pisang ini juga dipanggil sebagai 'Pisang Rendah' disesetengah kawasan dimana ia tidak berkaitan dengan nama Pekan Serendah di Selangor. Penulis baru-baru ini menemui rakan setaman di Melaka yang menanam banyak pokok pisang serendah ini dihadapan rumahnya dan telah pun menghasilkan buah beberapa kali. En Johan yang juga bekas pegawai FELDA di Pahang yang telah bersara telah menanam pisang ini dikawasan lapang tepi jalan dihadapan rumahnya sebanyak 18 pokok dengan umur pokok yang berperingkat. Dua buah pokok sedang berbuah dan hampir matang dimana ia akan dituai dalam 1-2 minggu lagi (Sila lihat foto diatas). Melihat kepada tandan buah pisang serendah yang panjangnya 2.5 kaki atau hampir mencecah permukaan tanah dengan saiz buahnya yang hijau memang kita macam kurang percaya akan varieti pisang rendah ini. Penulis pun 'exited' dengan penerangan oleh Encik Johan dimana beliau telah menuai beberapa  tandan buah pisang ini hasil tanaman dikawasan tepi rizeb jalan dihadapan rumahnya tahun lepas. Pokok yang sedang berbuah ini terpaksa disokong dengan dua batang kayu beruti agar pokok tidak tumbang akibat berat tandan buah yang sedang menunggu untuk dituai. Tinggi pokok yang ada sekitar 3.0 - 4.0 kaki sahaja dari paras tanah dan ia amat subur jika dijaga dengan baik. Selain pokok pisang serendah ini sesuai untuk dijadikan tanaman landskap, ia mampu mengeluarkan buah yang boleh dimakan dan juga dijual jika mahu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti tanaman pisang rendah atau pisang serendah sekadar menambah ilmu teknikal dan bahan rujukkan anda.


Pokok pisang serendah ini mudah ditanam dengan menggunakan anakbenih daripada sulur. Pokok yang berumur 14 bulan ini telah mengaluarkan 5 anakbenih sulur dengan beberapa saiz dan umur dan ada yang telah sedia untuk diambil bagi ditanam dilokasi bari. Anakbenih pisang serendah mudah dikeluarkan dengan menggunakan parang untuk menggalinya (Sila lihat foto disebelah). benih ini perlu dirawat dahulu daripada nematod dan penyakit lain sebelum ditanam dilokasi baru. Menurut Johan beliau dahulu mendapatkan 2 anakbenih sulur daripada rkannya dari Jasin dan kini telah ada stok benih untuk diperluaskan kepada rakan lain yang ingin menanamnya. Pokok pisang serendah mempunyai batang yang besar, kukuh dan daun yang lebar berwarna hijau kebiruan. Pelepah daun juga besar dengan kuat dan ini membolehkan pokok pisang yang rendah ini mampu untuk menghasilkan buah besar dan tandan panjang kerana cukup membekalkan sumber makanan kepada pokok tersebut. Daun pisang ini juga pernah diambil oleh Encik Johan untuk dijadikan pembalut kuih mueh dan juga alas untuk makan nasi lemak tetapi lazimnya ia dibiarkan sahaja untuk memberikan kesuburan pokok yang baik. Sehingga kini beliau hanya gunakan baja NPK 15:15:!5 untuk pokok diperingkat vegetatif dan baja NPK12:12:17:2 untuk baja buah. Bagaimana pun beliau banyak menambah dengan baja organik dan baja kompos yang dibeli daripada kedai pertanian berdekatan atau beliau membuatnya sendiri. Tidak ada penyakit dan perosak yang menyerang tanaman pisang serendah miliknya kerana ia sentiasa dijaga dengan baik. 


Pokok pisang ini akan berhasil 12 bulan selepas ditanam jika dijaga dengan baik. jantung pisang yang keluar juga bersaiz besar dan akan mengeluarkan tandan buah yang panjang dengan saiz buah yang juga besar tidak seimbang dengan saiz dan ketinggian pokok. Dalam beberapa tinjauan yang penulis jalan di beberapa lokasi lain di selangor, ada banyak pokok dimana tandan buah mencecah tanah. Buah pisang ini berwarna hijau semasa hampir matang (Sila lihat foto disebelah).Menurut En Johan rasa pisang serendah ini kurang sedang jika dibandingkan dengan pisang cavrndish, pisng berangan atau pisang lemak manis. Bagaimana pun pada penulis pisang ini tetap enak dimakan atau sesuai digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih. Jika digoreng pun sesuai untuk dilakukan walau pun tidak sehebat pisang nipah atau pisang tanduk. Pada penulis pokok pisang ini yang rendah dan renek amat sesuai ditanam dibelakang rumah teres atau dihadapan rumah teres atau sekeliling rumah banglo dikawasan taman perumahan. Ia cantik menghiasi kawasan rumah sebagai pokok hiasan dan apabila berbuah boleh dimakan pula. Saya sebenarnya sudah booking 5 benih suur daripada Encik Johan untuk ditanam dihadapan rumah saya juga yang ada kawasan lapang di Melaka. Semuga tulisan ini akan memberi info berguna kepada anda mengenai pisang serendah yang ditanam oleh jiran saya di Melaka. Wasallam!

PISANG RENDAH ... DIGELAR DIA...
POKOK RENDAH...BESAR BUAHNYA...
DALAM SETAHUN... DITUAI MASANYA...
MENCARI BENIH... BELI PUN SEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(2 Syaaban 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...