KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 1, 2016

IKAN DIHULU TUBA DIHILIR

Peribahasa lama iaitu 'IKAN DI HULU TUBA DIHILIR' merupakan perumpamaan yang amat jarang digunakan pada masa kini. Penulis fikir ramai generasi baru 2Y yang tidak berapa faham akan makna perkataan 'Di hulu', 'Dihilir' dan juga tidak kenal akan apakah itu 'Tuba'. Bagaimana pun maksud peribahasa ini mengikut Kamus Dewan adalah "Perbuatan yang sia-sia". Kenapa ia dikatakan perbuatan yang sia-sia berkait dengan perbuatan menuba ikan dimana disebabkan arus air lazimnya akan mengalir daripada kawasan tanah dari bahagian tinggi (disebut sebagai hulu) kepada kawasan tanah yang rendah (selalu dipanggil hilir atau kawasan muara sungai). Perkataan 'dihulu' adalah pangkal air mengalir dimana seterusnya air akan mengalir ke hilir dan TIDAK MUNGKIN akan berlaku air dihilir akan mengalir kehulu sungai yang tanahnya lebih tinggi. Aktiviti dan perbuatan menuba ikan dengan meletakan akar tuba di hilir sungai ini adalah sia-sia kerana tuba yang diletakkan dihilir sungai akan msuk kekawasan sungai lain atau terus kelaut. Jadi ikan dihulu yang banyak dan galak tidak akan terkena tuba yang dicurahkan dihilir sungai. Ini merupakan satu tindakan atau kerja yang sia-sia dilakukan. Dalam masyarakat dan kehidupan harian biasanya atau selalu kita dinasihatkan daripada melakukan kerja dimana hasilnya sudah pasti sia-sia dan tidak berfaedah. Penulis tidak dapat senaraikan aktiviti atau kerja yang pastinya sia-sia kerana ia adalah subjektif. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" kupasan peribahasa 'Ikan dihulu tuba dihilir' dari segi teknikal informasi mengenai ikan air tawar dan tuba sekadar dijadikan bahan bacaan anda semua. 


IKAN AIR TAWAR (Fresh water fish) adalah spesies ikan yang selalu menghabiskan kebanyakan atau keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar, seperti sungai dan tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05%. Persekitaran ini adalah berbeza dengan keadaan di air masin dalam banyak cara, yang paling ketara adalah tahap kemasinannya. Bagi hidup di dalam air tawar, ikan memerlukan julat penerimaan physiologikal untuk mengawal keseimbangan kepekatan ion di dalam badannya. Laporan menunjukkan sekitar 41% dari keseluruhan speses ikan yang dijumpai adalah ikan air tawar. Ikan air tawar berbeza secara fisiologinya dengan ikan laut dalam beberapa aspek. Ikan lampam sungai diantara ikan air tawar yang popular selain daripada ikan tilapia (Sila lihat foto disebelah). Antaranya adalah organ insang mereka harus mampu menapis air masin bagi menjaga kadar garam dalam ceccair tubuh secara berterusan. Adaptasi pada bahagian sisik ikan juga memainkan peran penting dimana saintis dakwa bagi ikan air tawar yang kehilangan banyak sisik akan mendapatkan kelebihan air yang masuk terus ke dalam kulit dimana ini jika berlaku menyebabkan kematian pada ikan. Antara ciri lain berkaitan dengan ikan air tawar adalah bentuk ginjalnya yang berkembang dengan baik. Ginjal ikan air tawar berukuran besar disebabkan dimana akan berlaku banyak air yang mellaluinya. Ada ikan yang bertelur dalam air tawar, air payau dan air masin mengikut spesis. Beberapa spesis ikan akan bertelur diair tawar tetapi bila menetas akan hidup dilaut iaitu jenis ikan anadromous seperti meliputi ikan salmon, ikan trout dan stickleback. Beberapa ikan lain pulacaranya agak berlawanan diman aia di lahirkan di laut dan tetapi akan hidup di air tawar iaitu jenis belut.


Ikan Sepat adalah diantara jenis ikan air tawar yang diminati ramai (Sila lihat foto disebelah). Ikan sepat sama ada dia dimakan segar atau pun dijadikan ikan kering merupakan jenis ikan yang diternak dalam kolam atau sawah padi secara komersil. Ikan air tawar lain yang mendapat pasaran baik seperti Ikan Patin, Ikan Haruan, Ikan Keli, Ikan Baung, Ikan Tilapia dan beberapa lagi. Terdapat juga beberapa spesies ikan yang bermigrasi antara air laut dan air tawar membutuhkan adaptasi pada kedua lingkungan. Ketika berada di dalam air laut, mereka harus menjaga konsentrasi garam dalam tubuh mereka agar ia lebih rendah daripada lingkungannya. Ketika berada di air tawar, mereka harus menjaga kadar garam berada di atas konsentrasi lingkungan sekitarnya. Banyak spesies yang menyelesaikan masalah ini dengan berasosiasi dengan habitat berbeda pada berbagai tahapan hidup. Belut, ikan salmon dan lamprey memiliki kadar toleransi saliniti (kemasinan garam) di berbagai tahap kehidupan mereka.


TUBA (Derris elliptica) adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaiturotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Dalam bidang pertanian sektor tanaman adalah dikaji bahawa racun tuba dimanfaatkan pula sebagai racun serangga yang mampu mengawal masaalah kutu-kutu, hamama dan ulat yang merosakan tanaman dikebun. Racun tuba dibuat dengan mengekstrak iaitu dengan menumbuk akar yang segar atau yang telah dikeringkan. Akar tersebut kemudian di rendam dengan sejumlah air hingga satu malam (atau ada pula yang merebusnya selama beberapa jam). Ekstrak ini kemudian dicampurkan dengan larutan sabun untuk menstabilkannya dan disembur kepada tanaman kita berulang kali untuk elakan serangan hamana terutama pokok tembakau dan kajian juga mendapati racun tuba dapat membasmi kutu pada anjing, tungau pada ayam, gangguan lalat dan lain-lain.


Kajian mendapati bahawa kandungan racun pada tuba dikenali sebagai derrids pada masa dulu tetapi sekarang dikenali sebagai rotenona. Bahan aktif ini dijumpai pada akar tuba dengan kadar antara 2½-3%sahaja dan sebenarnya terdapat paling banyak terkandung dalam bahagian kulit akar.kajian saintis juga mendapati bahan Derrids hampir tidak terlarut dalam air. Tuba digunakan secara tradisional sebagai racun ikan. Cara menggunakan adalah dengan bahagian akarnya biasanya digali dan dipotong. Akar tuba akan dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari) dulu. Akar tuba ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan yang berwarna seperti susu. Campuran air dengan kepingan akar ini kemudian dituang kedalam lubuk ikan atau parit atau anak sungai yang ada arus air. Jika arus air tidak laju kandungan tuba digunakan tak perlu banyak tetapi jika air berarus deras dan luas makan jumlah tuba perlu banyak. Akar tuba yang ditumbuk diletakkan dalam air mengalir dimana ikan yang menyerap racun tuba akan terkesan dan mabuk lalu terapong diatas permukaan air. Terdapat juga ikan akan mati akibat racun tuba ini. Penggunaan tuba dalam sungai kecil yang kerap mampu membunuh anak ikan sehingga ikan dewasa dan ia sebaiknya dielakkan. Peribahasa ini masih relevan untuk digunakan dengan mengambil maksudnya sahaja. Diharap pembaca blog Anim Agro Technology kali ini mendapat info mengenai ikan air tawar dan tuba. Wasallam!.
IKAN DIHULU ... HILIR YANG DITUBA...
KERJA SIA-SIA ...IKAN TERTAWA...
MEMANG PELIK... INI PERIBAHASA..
PERNAH DENGAR... JARANG GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Gedung Siam,
Paya Bungor, Kuantan,
Pahang, 
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...