Antara ciri-ciri arnab ialah mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba dan juga deria pendengaran sensitif bagi membantu arnab mengesan musuh. Arnab juga mampu bergerak pantas dengan cara melompat dan boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika dan gurun. Kini terdapat beberapa spesies arnab tetapi yang paling popular di negara ini dan dijadikan haiwan peliharaan ialah Holland Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex. Antara baka arnab yang kini banyak dipelihara di rumah merupakan baka yang menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan. Pada masa blog ini ditulis terdapat 6 baka arnab paling laris di pasaran iaitu spesis atau baka Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Penulis dapati harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya maka lagi tinggi nilainya. Hampir senahagiam besar baka itu diimport dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain dimana ada yang bolrh dibeli secara dalam talian tetapi melalui sistem kuarantin yang ketat. Biasanya kos untuk penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi. Ada yang membelinya perlu terlebih mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara asal selain permit untuk urusan import eksport.
Semasa djual dipasaran selalunya penjual haiwan ini menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 bagi baka Holland Lop dan antara RM200 - RM5,000 bagi jenis baka Netherland Draf. Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya sama ada tebal atau nipis, saiznya sama ada kecil atau besar serta bentuk mukanya yang comel. Lazimnya setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri (Sila lihat foto disebelah). Ada dakwaan dimana makanan arnab yang diimport dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu seperti Timothy Hay dan pelet kerana mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan arnab. Memang ttidak dgalakkan untuk memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap, haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik di dalam sangkarnya. Ada dakwaan dimana jika dihitung memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar namun apa yang penting adalah minat untuk membela arnab sebagai hobi. Ada kiraan dari rakan penulis yang mendakwa untuk menjaga seekor arnab berkualiti sekitar RM200 sebulan. Satu aktiviti penting dalam pemiliharaan arnab adalah untuk membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan haiwan peliharaannya itu hidup selesa dan tidak dihinggapi sebarang penyakit.Penternakan arnab dari beberapa spesis terpilih dan mudah diurusak amat penting. Mereka boleh mendapatkan info mengenaii spesis arnab sebelum mulakan hobi secara biasa atau menternak arnab secara komersil. Wasallam!.
PELIHARA ARNAB... BAKA APA...
ARNAB DIBELI... TINJAU HARGA...
DIBERI MAKAN... MINUM DIJAGA...
SUDAH DEWASA..DIMAKAN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai 4, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.