KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 21, 2016

PADI - SIAPA DIBELAKANGNYA

TANAMAN PADI (Oryza sativa) di Malaysia merupakan satu industri yang penting kerana ia membekalkan beras kepada rakyat Malaysia sebagai makanan ruji. Tanaman padi merupakan tanaman yang ketiga terpenting di negara kita selapas tanaman kelapa sawit dan getah terutama untuk padi sawah. Tanaman padi bukit kini semakin kurang popular dan hanya ditanam oleh penduduk pribumi dikawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2014 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Tanaman padi merupakan tanaman yang paling banyak menerima kemudahan subsidi dari kerajaan untuk mempastikan ia masih diusahakan demi keselamatan dan juga kedaulatan makanan negara. Kepentingan tanaman padi memang tidak boleh dinafikan kerana jika tidak ada beras maka negara akan mengalami masaalah kekurangan bahan makanan asasi. Pemerhatian penulis dari beberapa laporan mendapati kadar perkapita sebanyak 85 kg seorang setahun (2006) dan dijangka akan meningkat kepada 100 kg seorang setahun pada tahun 2013 dan kepada 120 kg seorang pada 2016. Ini merupakan satu cabaran penting disektor pertanian kerana banyak kawasan tanah sawah telah diancam oleh proses perbandaran, penukaran kepada tanaman lain dan juga produktiviti yang perlu ditingkatkan. Penulis selama 35 tahun ini telah melalui proses 'kehilangan' tanah sawah padi akibat banyak faktur. Oleh itu pengenalan banyak baka padi baru sehingga kini dapat mengimbangkan penghasilan padi dalam negara. Kalau dahulu pesawah hanya menanam padi sekali setahun dengan produktiviti kurang dari 1 mt sehektar kini telah ada kawasan jelapang utama padi di Malaysia yang mampu menghasilkan padi sehingga maksima 10 mt sehektar. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam industri padi dinegara ini. Mereka adalah Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB) yang berada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya. Artikel malam ini saya menulis mengenai peranan mereka dalam "Anim Agro Technology" agar orang ramai tahu peranan mereka. 


Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB) merupakan bahagian yang merancang, melaksana dan memantau industrii padi negara. Dibawahnya terdapat banyak unit yang mempastikan industri ini terus dijaga dan rakyat dijamin mempunyai bekalan beras mencukupi. Beberapa jabatan dan agensi yang terlibat terus dengan tanaman padi seperti Jabatan Pertanian, MARDI, BERNAS, LPP, AgroBank, BPSP (Bahagian Saliran dan Saliran Padi) serta beberapa Projek Pertanian Bersepadu (Intergrated Agriculture Development Authority - IADA). Penubuhan beberapa buah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Jelapang Padi merupakan satu asas mengukuhkan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan baik untuk industri padi. Pada masa ini terdapat beberapa IADA sedia ada yang telah berjaya mengekalkan kawasan tanaman padi. IADA tersebut adalah IADA Kerian Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Pulau Pinang, IADA Kemasin Semerak di Kelantan, IADA Barat Laut Selangor dan IADA KETARA di Terengganu. Empat IADA baru dibangunkan dalam RMK ke 10 iaitu IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Batang Lupar di Sarawak dan IADA Kota Belud di Sabah. Mereka mempunyai satu organisasi untuk menyelia, merancang dan melaksana serta memantau segalanya berkaitan tanaman padi dikawasan tersebut.


Dalam pada itu tidak puas kalau tidak dijelaskan mengenai konsep perlaksanaan kawasan tanaman padi yang lain. Satu konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in-situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967. Ia dibangunkan dengan membina prasarana untuk penanaman padi secara intensif dengan membina empangan, sistem saliran dan penanaman berintensiti tinggi. Sebelum ada skim pengairan dahulu penanaman padi hanya dilakukan sekali setahun sahaja iaitu dimusim hujan. Sejak tahun itu konsep pembangunan kawasan padi seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) hampir ke seluruh negara. Penulis merupakan seorang yang pernah bertugas di IADP iaitu MIADP (Malacca Intergrated Agriculture Developpment Project) sekitar awal tahun 1980'an. Pada asasnya penulis dapati kaedah pendekatan pembangunan pertanian yang bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi Kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.


Adalah jelas dimana objektif IADA adalah khusus untuk pembangunan kawasan padi secara menyeluruh. Kini setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau bagaimanapun secara amnya objektif IADA jelapang padi adalah untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan. Ia juga memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran dan luar negeri. IADA juga diujudkan untuk membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan. Dalam menentukan prodiktiviti padi semua IADA adalah untuk meningkatkan purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010. Mengenai skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan infrastruktur pertanian dan pembangunan sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan secara "in-situ" serta industri asas tani. Fungsi utama IADA ialah untuk mmpertingkatkan infrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu. Ia juga memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian. Iada akan menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan. Akhirnya peranan IADA adalah untuk mengukuhkan perkhidmatan agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang. Berikut adalah maklumat asas mengenai IADA di Malaysia.









JelapangTahun PenubuhanLuas Kawasan (ha)
ProjekPertanianPadi
MADA1965126,155109,501            96,558
KADA196889,50064,555            31,464
Kerian Sg. Manik197966,28230,560            28,488
Barat Laut Selangor1979199,19982,044            19,701
Seberang Perak198117,30716,437              8,529
KETARA1992258,73665,828              5,110
Kemasin Semerak198268,35046,560              5,560
Pulau Pinang1983104,63667,095            10,138

Alamat IADA
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ibu Pejabat MADA,Ampang Jajar,
05990 Alor Setar,Kedah.
Tel : 04-7728255
Fax: 04-7722667
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Peti Surat 127, Jalan Dato' Lundang,
15710 Kota Bharu,Kelantan.
Tel : 09-7442237
Fax: 09-7441053
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA),
Gerai 22000 Jerteh,Terengganu.
Tel : 09-6973515
Fax: 09-6971040
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,Kerian Sg. Manik,
Jalan Matang Buluh,
34300 Bagan Serai,Perak
Tel : 05-7215260
Fax: 05-7219892
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
Tingkat Satu, Blok A,Jalan Jelawat,
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
Tel : 04-3907801
Fax: 04-3907803
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,
Barat Laut Selangor,
Kompleks Pejabat Barat Laut Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor
Tel : 03-32891411
Fax: 03-32893342
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak,
Pejabat Komponen Pertanian,
Jabatan Pertanian Sungai Dedap,
36000 Teluk Intan,
Perak
Tel : 05-6552373
Fax : 05-6552262 / 3711678
______________

Jurutera Projek,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak/Tumbuh Blok Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Malaysia KM 1,
Jalan Tanjong Tualang
36800 Kg. Gajah, Gajah,
Perak
Tel : 05-6551362
Fax : 05-6552207
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Kemasin/Semerak,
Kompleks JPS,Peti Surat 300,
15730 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09-7419888
Fax : 09-7441113

Insentif
InsentifKadar
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan2 beg baja urea, 5 beg baja campuran masing-masing seberat 20kg bagi setiap ekar sawah
Subsidi Harga PadiRM248.10 setan metrik bersih dipintu kilang
Harga Minimum Terjamin (GMP)RM650.00
Insentif  Pengeluaran Padi  Upah Bajak pada kadar maksimum RM100.00 sehektar dan input pertanian (racun dan baja)  maksimum RM140.00 sehektar
Insentif Peningkatan HasilRM650.00 bagi setiap 1 tan metrik peningkatan hasil bersih dipintu kilang berbanding tahun sebelumnya (tahun asas)

 EPP 11 : Penanaman Padi Di Kawasan Jelapang
Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu, akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah.

Maklumat Projek :
Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA.
Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi dan memasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. dan program mitigasi banjir
Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dan kerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluan ke hiliran.
Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagi peningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.
KAWASAN PADI...PERLU DIBANGUNKAN...
MENANAM PADI ... IANYA DIPASTIKAN...
SISTEM PENGAIRAN... DISEDIAKAN...
HASIL PADI... 70% KADAR KECUKUPAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 12, Bahagian PTIF,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(12 Syaaban 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...