KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, September 18, 2015

TERRARIUM - MEMANG UNIK

BALANG KACA ada istana didalamnya?, amboi cantiknya!. Itu adalah balang kaca berbentuk bulat itu diletakkan kemas di atas meja dan amat menarik perhatian saya. Balang ini yang comel diisikan pula dengan ketulan batu-batu bersaiz sederhana besar berwarna kelabu dan replica istana lama serta tumbuh-tumbuhan. Satu persatu batu tersebut akan dimasukkan dengan cermat bagi mengelakkan balang kaca menjadi retak atau isi didalamnya berterabur. Proses ini akan diikuti dengan meletakkan batu bersaiz sedikit kecil, sebelum beberapa gumpalan lumut kering dialaskan di bahagian atasnya. Masa yang kurang daripada 15 minit dimana selepas meletakkan beberapa lapisan bahan komposit maka balang kaca yang tadinya hanyalah sebuah bekas kosong kini sudah bertukar kepada sebuah taman mini dengan tumbuhan hidup yang indah. Terarium berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu tera dan rium. 'Tera' bermaksud tumbuhan manakala 'rium' didefinisikan sebagai bekas kaca. Jika perkataan ini digabungkan maka ia akan membawa erti tumbuhan di dalam bekas kaca. Perkataan terarium ini sendiri jarang didengar atau difahami oleh ramai penduduk negara ini. Mungkin penulis sendiri pernah buat zaman sekolah dahulu dimana ia melibatkan botol-botol kecil yang diisikan dengan pasir dan tumbuhan. Pada waktu dahulu terarium kurang popular tetapi setelah dipamerkan dalam pameran MAHA dan HPPNK setiap tahun kini ramai yang telah mengenalinya. Pada kebiasaannya, orang lebih tahu dengan istilah 'table plant' iaitu hiasan tumbuhan yang diletakkan diatas meja sebagai hiasan. Orang mungkin akan keliru dengan tanaman 'bonsai'. Kini istilah terarium ini lebih meluas digunakan di negara Eropah yang banyak melakukan kajian mengenai tumbuhan hiasan tersebut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti membuat terarium untuk peminat hobi dan boleh juga dikomersilkan iaitu info asal dari laporan akhbar kosmo yang ditulis semula agar ia dapat memberikan ilmu tambahan kepada pembaca blog ini.


Balang kaca kuih seperti foto disebalah ini memang boleh dijadikan taman mini di dalamnya jika anda ada hobi dan kemahiran serta kesabaran. Pada saya penjagaan terarium seperti ini amat unik dan perlukan kemahiran khusus serta ilmu pengetahuan asas mengenai perkara berkaitan. Apa yang uniknya mengenai seni hiasan ini ialah ia menggunakan jenis tanaman tertentu yang memiliki ciri-ciri tahan lasak untuk dibela dan hidup di dalam ruang sempit. Tumbuhan hiasan ini dianggap lasak kerana mampu bertahan di dalam balang kaca dengan penyerapan air dan cahaya matahari yang minimum. Sebenarnya tidak semua jenis tumbuhan hidup boleh digunakan bagi menghasilkan terarium ini kerana keadaan didalam botol amat berbeza dengan keadaan persekitaran diluar. Antara spesis tumbuhan seperti kaktus, lumut, sukulen dan tillandsia antara yang banyak digunakan dalam seni hiasan dalam balang kaca ini. Ini disebabkan kesemua tumbuhan itu mempunyai ciri-ciri semula jadi yang boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi. Saya fikir terarium amat bersesuaian untuk penggemar yang suka akan konsep malar hijau dengan penjagaan dan amalan agrnomi tanaman yang minimum. Sungguhpun tumbuhan tersebut tahan lasak ini tidak bermaksud ia boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa dijaga. Terdapat teknik-teknik tertentu bagi kita memastikan kesemua tumbuhan dalam kaca itu mempunyai jangka hayat yang lama dan sentiasa menarik dipandang. Adalah malang jika tumbuhan didalamnya mati atau rosak jika tidak dijaga dengan baik.

Tumbuhan dalam terarium ini perlu disembur dengan sedikit air seminggu sekali. Namun, kuantiti air yang sesuai diberikan bukanlah seperti tumbuhan hidup biasa. Ini kerana jika terlalu banyak air, ia juga akan tumbuhan akan mati. Tumbuhan didalamnya tidak perlu dibaja bagi mengelakkan saiznya membesar dengan kadar cepat. Lazimnya tahap kelembapan tanah di dalam balang kaca itu boleh diukur dengan kaedah iaitu menggunakan lidi kayu yang dibiarkan tercucuk di dalamnya. Sekiranya bahagian bawah lidi itu terasa kering maka ia menunjukkan tumbuhan itu perlu disembur dengan air. Namun, jika terasa basah lagi, ia bermaksud tumbuhan itu masih mempunyai tahap kelembapan yang mencukupi. Ekoran daripada itu beberapa lapisan batu dan komposit tanah diperlukan untuk dapat memastikan air tidak terlalu banyak di permukaan atas tanah. Setiap lapisan batu dan tanah komposit itu akan berperanan untuk menyerap lebihan air yang terdapat ketika semburan dilakukan. Bagi tujuan menambah persekitaran optima dalam terarium sebaiknya menggunakan susunan bahan dasar bermula daripada batu besar, batu kecil, arang kayu, lumut kering dan tanah organik di bahagian permukaan amat digalakkan.


Bekas yang ditutup perlu dibuka seminggu sekali bagi proses pengudaraan. Selain itu ini berperanan sebagai seni dekorasi yang berfungsi sama seperti penapis air. Air yang berlebihan yang tidak diperlukan akan diserap mengalir ke bahagian batu besar di bawah. Mengenai jenis komposit tanah yang sesuai unutk digunakan sebaiknya adalah dengan menggunakan bahan campuran dengan formula tertentu untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia. Kebanyakan pokok seperti sukulen yang diambil dari kawasan sejuk seperti Cameron Highlands memang tidak akan tahan lama dan akan mati dalam masa seminggu. Bahan komposit tanah yang digunakan mesti bersesuaian dengan persekitaran semasa. Jika tidakmaka tumbuhan itu tidak akan tahan lama. Lazimnya bagi setiap produk tanah komposit yang dihasilkan digalakkan untuk menggunakan tanah bakar, batu kecil dan serbuk arang. Dalam pada itu terarium di negara ini agak berbeza dengan terarium di luar negara khususnya di Eropah. Terarium kebiasaannya dibuat dengan ditutup sepenuhnya. Namun atas faktor cuaca Malaysia yang panas, kebanyakan terarium mempunyai ruang terbuka untuk kemasukan udara dan lembapan. Ini kerana jika tidak dibuat seperti ini maka tumbuhan tersebut akan cepat mati. Biarpun begitu, terdapat tumbuhan yang unik mampu hidup dalam balang kaca seperti lumut.

Kajian menunjukkan bahan seperti Lumut antara tumbuhan hiasan yang boleh hidup lama biarpun ianya diletakkan dan dibela di dalam bekas tertutup. Menurut pakar yang ditemui penulis ia mendakwa seorang yang pengimport lumut berkualiti dari Switzerland mampu membeli lumut tersebut untuk diletakkan dalam terarium. Kini harga lumut Switzerland bersaiz 50 cm persegi ialah sekitar RM30. Lumut ini kebanyakannya dari baka tumbuhan hiasan yang dibeli di luar negara boleh untuk dibiakkan sendiri jika ada kemahiran dan teknologi sesuai. Lumut tempatan yang ada di Malaysia berbeza sedikit dengan jenis lumut dari luar negara biarpun boleh diambil dari longkang-longkang atau dalam sungai. Namun oleh kerana memandangkan ia digunakan untuk hiasan maka faktor kebersihan diambil kira dan perlu untuk mengimport lumut khusus untuk terarium demi kepuasan. Kini sudah terdapat jenis lumut yang agak nipis sedikit berbanding lumut yang dibela untuk dikomersialkan yang agak tebal. Jika diletakkan jenis rumput kurang sesuai maka akhirnya harga terarium ditentukan berdasarkan jenis tumbuhan, saiz dan kerumitan menghasilkannya. Membuat terarium memerlukan ilmu pengetahuan semua perkara.

Tumbuhan seperti kaktus, sukulen, lumut dan tillandsia antara yang memang banyak digunakan dalam seni hiasan taman dalam kaca. Kini tidak hairan jika harga sebuah terarium boleh mencecah sehingga RM600 seunit dan pembelinya adalah peminat terarium tulen. Tumbuhan jenis 'airplant' atau juga dikenali sebagai tillandsia antara turut mendapat permintaan yang tinggi. Airplant ini tidak memerlukan tanah untuk hidup. Jika dibiarkan di mana-mana tempat pun ia mampu tumbuh dengan baik. Cuma sembur air seminggu sekali pada daunnya. Harga tumbuhan itu mahal sedikit iaitu RM20 bagi 5 cm panjang yang diimport dari China. Selalunya penggunaan 'miniature' atau hiasan model mini juga antara elemen penting dalam menghasilkan konsep taman. Bukan sekadar hiasan sahaja malaahan terarium juga dipercayai mampu memberi persekitaran yang sihat pada satu-satu kawasan. Tumbuhan ini dipercayai dapat menyerap pencemaran sekali gus bertindak sebagai tumbuhan antipencemaran dan antiradiasi. Ramai setuju fsn menganggap penggunaan terarium mampu menyuntik elemen ketenangan. Tumbuhan hidup mempunyai auranya yang tersendiri jika diletakkan di dalam rumah. Apa sahaja tumbuhan yang diletakkan di dalam balang kaca kita dapat melihatnya sekali gus menenangkan fikiran. Wasallam!.

TERRSRIUM UNIK... CANTIKNYA...
SENI PELIK... RAMAI YANG SUKA...
ADA TEKNIK... DAN JUGA CARA...
DIJUAL MAHAL... BERHARGA...


By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana, Precint 12,
Putrajaya, WP,
Malaysia
(19 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...