Support My Blog

Monday, September 21, 2015

KOSTING LEBAH MADU (Import)

TERNAKAN LEBAH MADU dan KELULUT kini semakin mendapat perhatian dan menarik minat ramai orang terutama mereka dari gulungan muda. Industri ini kini telah menjadi salah satu sasaran kerajaan untuk membangunkan lebih ramai usahawan yang mampu mempelajari dan mahir dalam penternakan lebah madu dan kelulut dinegara kita. Malaysia sebuah negara tropika yang mempunyai sinaran matahari dan musim 'summer' sepanjang tahun sesuai dalam aktiviti penternakan lebah madu. Kini terdapat dua jenis lebah madu yang sesuai diternak di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera) dan Leban Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana). Selain itu dihutan dan kawasan perkampongan ada spesis lebah liar iaitu Lebah Tualang (Apis dorsata) yang juga merupakan spesis lebah yang mempu menghasilkan madu tetapi tidak boleh diternak. Terkini banyak diperkatakan untuk menternak Kelulut (Trigona spp) kerana didakwa mampu memberikan keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan baik. Apa jua pun dalam artikel kali ini saya menulis sedikit sebanyak mengenai kosting dalam aktiviti penternakan lebah bagi dijadikan bahan bacaan dan bahan rujukan. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini menyentuh beberapa anggaran harga kosting asas untuk penternakan lebah madu dinegara kita.


Kos permulaan menternak lebah tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan kos permulaan untuk menanam kelapa sawit, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Apa yang paling penting sebelum menternak lebah madu adalah ilmu serta kepakaran dan pengetahuan mengenai perlebahan. Seorang yang pakar dan terlibat dalam menternak lebah boleh dipanggil sebagai 'Apiarist' apabila telah menjadi mahir dalam selokbelok menternak lebah madu. Pengalaman dan juga ilmu yang diperolehi bukan sahaja mengenai marfologi lebah dan keperluan makanannya sahaja tetapi mengenai aspek seperti pembiakan, pengurusan koloni, penuaian hasil, pasaran produk lebah dan sebagainya. Di Malasia dilaporkan terdapat seramai 750 orang pengusaha lebah madu dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 310,000 kg (310 mt) setahun (Sumber: Laporan direktori pengusaha lebah - Jabatan Pertanian Malasia 2014).  Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu. Jumlah bilangan haif yang dilaporkan adalah sebanyak 23,385 kotak haif dengan paling banyak dilaporkan di Sabah (sebanyak 10,603 haif). Ini diikuti dengan jumlah haif di Melaka sebanyak 5,295 buah oleh beberapa syarikat penternakan lebah yang sangat besar. Lawatan penulis di Melaka mendapati usahawan in berjaya menternak lebah madu untuk tujuan komersil dan juga agro pelancongan.


Sumber Info:  Anim Agro Technology
Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya
.
Kos pengeluaran bagi memulakan ternakan lebah madu import (Apis mellifera) memang agak tinggi kepada mereka yang masih baru untuk memulakannya. Melihat kepada jadual diatas untuk menternak sebanyak 50 koloni memerlukan kos permulaan sebanyak RM210,663.00 dimana kos tetap dianggarkan sebanyak RM45,000 dan jumlah kos berubah dianggarkan sebanyak RM165,663. Cashflow selama 5 tahun ini menjana pendapatan madu sebanyak 6 kg setahun setiap satu haif dengan jumlah hasil yang akan dituai sebanyak 18,000 kg selama 5 tahun. Jika harga ladang bagi madu lebah adalah RM30.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar menternak lebah madu import adalah sebanyak RM505,500. Jika dikira pada tahun ke 7 penternakan maka anggaran pendapatan bulanan pengusaha sekitar RM 5,179.00 sebulan (Sasaran untuk peserta Program Agropreneur muda akan tercapai). Casflow juga menunjukkan anggaran titik pulang modal bagi penternakan lebah madu ini sekitar RM11.70 (Bermakna jualan hasil madu lebah jika melebihi nilai ini akan memberikan keuntungan). Nilai Kadar Untung Rugi (BC Ratio) bagi projek ini sekitar 1.35 bermakna setiap satu rimggit dibenanjakan akan memberikan pulangan RM1.35. Nilai NPV pada 10% projek ini adalah RM74,785 bermakna ia POSITIF dan projek ini adalah berdayamaju. Jika pengusaha ingin mendapatkan pinjaman daripada pihak seperti AGROBANK atau TEKUN maka kadar bayaran ansuran bulanan sekitar RM833.00 sebulan dan ia mampu dibayar berdasarkan kepada pendapatan bulanan yang bakal diterima jika projek berjalan dengan baik dan berhasil. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!...
MENTERNAK LEBAH... SATU USAHA...
HADIR KURSUS... ADA ASASNYA...
KOS MENTERNAK... AGAK BERAPA... 
BACA ARTIKEL... MENDAPAT IDEA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(5 Zulkaedah 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...