Support My Blog

Friday, September 4, 2015

COFFEE RESEARCH CENTER, DOI CHANG

PUSAT PENYELIDIKAN KOPI ARABICA WAWEE, yang terletak di dataran tanah tinggi Doi Chaang di Chiang Rai, Nothern Thailand merupakan satu pusat penyelidikan yang menjadi sumber kejayaan kepada industri kopi di Thailand. Perjalanan ke stesyen ini mengambil masa 3 jam daripada bandar Chiang Rai dengan van exclusive Toyota. Kawasan seluas 3,000 rai (480 hektar) ini berada dikawasan jauh iaitu pergunungan tanah tinggi yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Thailand untuk penyelidikan tanaman kopi khusus untuk Jenis Arabica (Coffea arabica) dan juga sebahagian dari Jenis Robusta (Coffea robusta). Delegasi dari ASEAN dibawa melawat dengan menaiki truk 4WD untuk menyusuri jalan kecil berliku dipergunungan curam untuk melawat petak varieti baru hasil biakbaka kopi arabica yang berumur dari 1 tahun sehingga 6 tahun (Sila lihat foto diatas dan paling bawah). Di Stesyen ini mereka menggunakan beberapa pokok pelindung seperti pokok Macadamia (Macadamia intergrifolia) dan Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus) semasa pembangunan awal dilaksanakan 10 - 15 tahun dahulu. Terdapat banyak varieti baru kopi arabica yang telah ditanam dengan jarak tanaman 4-5 meter dilereng bukit dan ditandakan dengan tarikh tanam serta nama-nama varieti. Pada plot pertama mereka menunjukkan bagaimana pokok macademia dan juga pokok Gliricidia spp digunakan sebagai pelindung sekitar 40- 70% ketelusan cahaya matahari kepada pokok kopi. Kawasan ini dilihat sebagai 'hutan secondary' yang semulajadii dengan konsep penanaman kopi didalam hutan. Beberapa plot tanaman kopi arabica diperingkat penghasilan belum matang (buah masih hijau) dan dijangka dituai dalam 1.5 - 2.0 bulan lagi. Artikel malam ini saya menulis lagi mengenai pembangunan tanaman kopi arabica di tanah tinggi Doi Chang sempena lawatan penulis dalam "Anim Agro Technology" sebagai satu pendedahan kepada industri kopi yang semakin berkembang di negara gajah putih ini menggantikan tanaman popi dahulu yang mana ia pernah digelar 'Golden Triangle'.


Thailand menanam seluas 46,490 hektar kopi pada tahun 2013 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 38,300 mt biji kopi (green beans) dan kini dilaporkan terus meningkat pengeluarannya pada setiap tahun. Kawasan utama penanaman kopi jenis Robusta di Thailand terletak di Selatan Thailand dengan kapasiti pengeluaran 29,850 mt atau merupakan 78% daripada jumlah pengeluaran negara. Kawasan tumpuan seperti di Nakom, Chumphon, Ranong, Surat Thani, Krabi, Prachuab dan Pung Nga. Kopi jenis arabica pula ditanam di bahagian utara negara Thailand seperti di Chiang Rai dan Chiang Mai dengan pengeluaran sebanyak 8,540 mt dengan mana hampir 90% adalah untuk kegunaan domestik dan bakinya 10% untuk pasaran ekspot terutama untuk 'Speciality Grade Coffee' yang dijual sebagai Kopi Organik. Kopi Organik jenama 'Doi Chaang' merupakan jenis kopi premium yang mendapat persijilan Organik dimana ia diiktiraf oleh IFOAM (International Federation Organic Acreditation Movement) serta persijilan lain seperti EUREPGAP, USDA Organic, Bio Cert Agri dan sebagainya. Kos pengeluaran kopi jenis robusta di Selatan Thailand sekitar RM5.10 sekilogram dengan harga diladang sekitar RM 6.90 sekilogram. Kopi robusta merupakan jenis kopi yang banyak digunakan oleh syarikat Nestle untuk produk minuman berasaskan kopi terutama 'instant coffee'. Laporan menunjukkan hampir 60% daripada kos pengeluaran kopi adalah untuk tenaga memetik biji kopi diladang. Penanaman kopi semakin bagaimana pun merosot terutama untuk jenis robusta di selatan Thailand kerana ramai petani menukar tanaman mereka kepada getah dan kelapa sawit (sama kes seperti Malaysia). Bagaimana pun Jabatan Pertanian Thailand meneruskan program untuk penanaman baru dan pemulihan kopi untuk menjadikan industri ini akan terus 'sustainable' dengan banyak aktiviti melakukan penyelidikkan dan kajian mengenai tanaman kopi khususnya untuk arabica dan robusta.


Tanaman pokok Macadamia (Macadamia nuts) sebagai pokok pelindung dikawasan stesyen kopi arabica kini menghasilkan buah lengai Macadamia. Pokok yang tingginya mencecah 20 meter ini mampu berbuah dimana hasilnya dituai dan diproses sebagai penghasilan tambahan kepada tanaman kopi. Lengai buah yang gugur akan dikutip dan diproses untuk diambil isinya (Sila lihat foto disebelah). Biji macadamia siap proses yang dihidangkan semasa minnum petang enak kerana ia masih segar baru diproses. Saya ada menulis mengenai tanaman kekacang Macadamia dalam blog ini lama dahulu dimana anda boleh membacanya dengan capaian pada (Sila klik disini). Bagaimana pun dari taklimat pegawai stesyen memberitahu bahawa banyak pokok macadamia telah rosak dibahagian batangnya kerana diserang sejenis bakteria yang mampu mereputkan kulit dan seterusnya batangnya. Sementara itu dibeberapa plot lain pokok pelindung yang digunakan adalah jenis nangka liar (wild jackfruit) yang lebih tahan berbanding dengan beberapa pokok macadamia. Pokok kopi arabica dikawasan lindungan pokok macademia, pokok nangka dan pokok hutan lain telah mengekalkan lereng gunung yang curam dengan baik daripada kesan hakisan tanah selaras dengan konsep pertanian organik dan lestari. Di Thailand kecerunan paling maksima dibenarkan untuk aktiviti pertanian adalah 30 darjah kecerunan. Stesyen ini merekodkan prestasi setiap varieti kopi yang ditanam dan juga amalan agronomi yang perlu dikaji untuk kopi organik 'Agro forestry'. Ia mementingkan pendekatan pertanian organik selaras dengan potensi besar kawasan tanah tinggi ini menghasilkan produk kopi organik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!.

Penulis memeriksa varieti kopi arabica dibawah gliricidia.
STESYEN KAJIAN... DITANAH TINGGI...
KOPI ARABICA.... SEMUANYA DIKAJI...
BAKA BARU... JENIS YANG POTENSI...
DOI CHAANG...MEMANG JAUH SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Wawee Coffee Research Station,
Doi Chaang, Chiang Rai,
Thailand.
(20 Ogos 2105)
Attend ASEAN Workshop on Coffee
from 20-21/8/2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...