KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, September 10, 2015

KOPI DOI CHAANG - SATU CATITAN

NAMA 'DOI CHAANG' yang terletak di kawasan tanah tinggi Chiang Rai di Utara Thailand menjadi popular semenjak hasil kopi organik dikenali diseluruh dunia. Perkataan 'Doi Chaang' memberi makna 'Gunung Gajah' dikalangan penduduk tempatan kerana terdapat sebuah gunung yang seakan-akan berbentuk gajah iaitu haiwan penting di negara tersebut. Asalnya kawasan ini adalah kawasan dikenali dengangelaran 'Golden Triangle' iaitu satu kawasan penanaman dadah atau pokok popi yang menghasilkan dadah seperti Morfin dan sebagainya apabila diproses. Ia menjadi sumber dadah kepada tentera USA yang berperang di Vietnam selama bertahun-tahun dan menjadi punca pendapatan penduduk tempatan daripada Kaun Akka dan Karen. Kini kebanyakan kawasan hutan dan keliling perkampongan telah diganti dengan tanaman kopi jenis Arabika (Coffea arabica) yang diusahakan secara Organik. Projek ini telah dimulakan oleh kerajaan Thailand pada tahun 1983 dengan memberikan anakbenih kopi arabika sebagai tanaman minuman untuk dikomersilkan. Kopi Organik yang dihasilkan mendapat jaminan kualiti terbaik dimana ia memberikan aroma yang kuat dan kandungan asidik yang baik. Kini kopi mereka mendapat pengiktirafn dunia semanjak 3-5 tahun dulu terutaman akreditasi daripada badan IFOAM (International Federtion Organic Accredation Movement) dengan kelas kopi organik yang tersendiri. Penulis dan delegasi ASEAN lain telah berpeluang melawat projek penanaman kopi organi di kawasan Tanah Tinggi Doi Chaang dijadikan sebagai satu pendedahan. Artikel pagi Ahad ini say amenulis dalam "Anim Aro Technology" mengenai kawasan tanah tinggi Doi Chaang dan dijadikan catitan untuk rujukkan anda.


Kepada mereka yang memang berminat minum kopi tahu akan rasa sebanar minuman kopi hitam dari seluruh dunia. Pada mulanya saya hanya minum kopi hitam dan kopi campuran yang dijual di Malaysia dengan pelbagai jenama. Kini apabila pergi ke lokasi penanaman kopi organik jenis arabica dikawasan ini telah mengenali dan juga menikmati apakah sebenarnya nikmat minum air kopi. Ianya diperkukuhkan lagi dengan melawat dan mendapat penerangan daripada lebih 25 gerai pameran kopi pad "Chiang Rai Coffee and Tea Festival 2015" yang sempat saya kunjungi. Ada sesetengah kopii yang 'keras' dan ada yang 'lembut' rasanya apabila diminum terutama jenis kopi arabica yang dikenali lebik asidik. Kopi adalah minuman yang kedua terpenting diseluruh dunia selepas minuman air kosong atau 'mineral water' daripada kelas atasan sehingga kelas bawahan. Ia dijadikan komoditi penting diseluruh dunia sejak berkurun dahulu dan amat menitikberatkan kualiti dan citarasa selain daripada jenama. Disini baru saya dapat makluman bahawa jenama dan keluaran Kopi Doi Chaang telah menguasai secara konstant 1% daripada pasaran kopi dunia. Kopi Doi Chaang (Sila lihat foto bungkusan disebelah) kini mendapat permintaan tinggi diseluruh dunia terutama di USA dan Eropah kerana tahap persijilan organiknya.


Bukan sahaja kopi organik Doi Chaang mendapat jaminan kualiti tetapi didapati perusahaan kopi ini mampu memberikan pulangan baik kepada para penduduk tempatan. ini kerana mereka telah bersatu menubuhkan sistem tanaman kopi organik yang di jalankan oleh peniaga dan penduduk tempatan secara 'private sector driven'. Bukan sahaja dikategorikan sebagai  'a top-class brew' tetapi ianya juga harga premium atau harga tinggi yang diterima pengguna amat menakjubkan. Kumpulan petani disini mempunyai sahan 100% dalam operasi pengeluaran kopi organik syarikat mereka dan sebanyak 50% saham dalam operasi pengedaran antarabangsa. kaum pribumi dari suku "Akha" yang mendiami kawasan tanah tinggi ". Laporan menunjukkan tanah dikawasan pergunungan ini adalah dari jenis tanah subur dimana lawatan saya mendapati banyak kandungan baja organik dann humus dibawah pokok kopi yang ditanam (Sila lihat foto disebelah). Tanah hitam dipangkal pokok yang gembur dan subur diperkayakan dengan penggunaan cacing tanah sebagai satu dari agen mengkompposkan kulit kopi sebagai satu amalan pertanian organik yang mampas. Kawasan tanaman kopi ini bersempadan dengan Myanmar dan Laos PDR memang sesuai untuk penanaman kopi berkualiti tinggi kerana suhu dan tanah yang sangat sesuai.


Merungkai sejarah, Raja Thailand iaitu Rama IX dengan bantuan khusus daripada United Nation (UN) telah melawat kawasan ini untuk menggantikan tanaman popi dengan kopi, jagung dan teh 40 tahun dahulu. Kemudian King Bhumiphol meneruskan aktiviti ini dengan lawatan peribadi bagi menjayakan ekonomi penduduk disini dengan aktiviti pertaniannya. Kini kopi organik dari kawasan ini telah mencapat tahap menbanggakan kerana berjaya menembusi pasaran domestik dan antarabangsa. Mereka berjuang untuk menanam kopi tetapi diperniagakan oleh orang tengah dan dijadikan mangsa 'human trafficking' kerana ketia itu tidak mempunyai Kad Pengenalan diri (ID) atau kerakyatan yang jelas dan ianya mudah diperdayakan. Petani dari kaum Akha di Doi Chaang kini patut berterimakasih kepada pedagang Inggeris bernama John Darch yang menggunakan duitnya sendirii untuk membangunkan dan mempromosikan kopi dari sini untuk promosi dan pasaran seluruh dunia sebanyak USD4 juta. Apabila pasaran kopi telah maju maka beliau kemudian telah menyerahkan sahamnya sebanyak 50% kepada koperasi penduduk tempatan di sini dan terus maju sehingga kini. Selepas 5 tahun didapati jenama kopi Doi Chaang telah terkanal dengan sistem pasaran franchise dimana terdapat rantaian kedai jualan kopi Doi Chaang diseluruh dunia. Jika anda ke Airport Bangkok atau Pusat membelibelah besar selalunya akan dapat melihat restoran kopi doi chaang yang konsepnya ala 'Star Buck Coffee'.


Bagi mereka yang ingin kekawasan ini, mereka perlu menaiki kenderaan sesuai seperti van atau 4WD terutama dimusim hujan kerana jalan sempit dan licin serta bercerun. Kawasan ini walau pun tingginya 4,500 kaki dari paras laut tetapi panas dimusim panas dan sejuk serendah 10 celcius dimusim sejuk. Ini menyebabkan penduduk pribumi disini sering memakar topi (hats) untuk menahan panas dimusim panas dan kesejukkan ketika musim sejuk. Dilaporkan juga ramai ornag tua dari kawasan in akan meninggal dunia jika kesejukkan menurun dengan mendadak di malam hari tanpa persediaan rapi dan rumah membekal haba panas. Walau pun ia jauh dipendalaman tetapi kawasan disini mempunyai bekalan air dan eletrik yang lengkap untuk kemajuan bandar dimana ia juga mempunyai penduduk yang ramai. Oleh kerana kawasan ini masih dikelilingi hutan dimana ada pokok kopi dibawahnya, maka banyak hidupan liar seperti musang, kuching hutan dan pelbagai jenis serangga masih kekal. Diwaktu malam saya ditemani bunyi cengkerik dan riang rimba yang bingit sehingga sukar untuk tidur dalam motel. Sukar tidur ini juga mungkin disebabkan minuman kopi doii chaang yang diambil sebelum waktu tidur menghilangan rasa mengantuk.


Pada bulan-bulan tertentu seperti Disember - Febuari biasanya ramai pelancong tempatan dan antarabangsa datang ketempat dataran tinggi ini untuk melancong. Terdapat juga papantanda berbunyi "Jangan berikan duit kepada kanak-kanak Akha dan Karen disini kerana mereka mampu mencari wang sendiri bukan daripada derma daripada anda!". Penduduk disini dengan aktiviti penanaman kopi dan teh organik mampu mendapat pendapatan mencukupi untuk keluarganya dimana hasil kopi dan teh organik dari masyarakat disini mempunyai nilai pasaran yang jauh lebih tinggi. Setiap kopi yang diproses melalui pemeriksaan ketat untuk spesifikasi kopi organik dimana biji kopi yang tidak diterima oleh syarikat akan diletakkan semula dibawah pokok kopi untuk dikomposkan menjadi baja semula. Ini kerana penanaman kopi dibawah pokok hutan mampu mengekalkan persekitaran semulajadi tanpa merosakkan alam dan semua unggas masih terpelihara dikawasan ini. Kopi organik Doi Chaang telah menerima Award USDA Organik dan beberapa persijilan lain yang menunjukkan bagaimana ia dilaksanakan mengikut sistem organik sebenar. Ini dibuktikan dengan satu lagi hasil kopi termahak yang dikenali sebagai "KOPI LUWAK" atau Civet Civet Coffee atau "Kopi Tahi Musang" yang amat mahal harganya dipasaran global. Pada saya walau pun minum kopi tahi musang ini disana tidak dapat membezakan kehebatannya. Rasanya macam sama sahaja dengan kopi organik yang lain tetapi semasa minum terbayang bagaimana musang berak menghasilkan biji kopi yang kemudian diproses jadi serbuk kopi. Pastinya secawan kopi tahi musang harganya amat mahal. Tidak mencuba tidak tahu?. Wasallam!.



TANAH TINGGI... THAILAND UTARA...
DOI CHAANG... NAMA TEMOATNYA...
TANAM KOPI DAN TEH...SUBURNYA...
CARA ORGANIK...PASARAN DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room No 1, Wawee Rest House,
Doi Chaang, Chiang Rai,
Thailand.
(24 Ogos 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...