Support My Blog

Wednesday, September 9, 2015

PENCUK - APA DIA?

PENCUK adalah satu nama makanan yang sering dihidangkan dalam majlis kenduri yang dipadankan dengan nasi minyak, nasi beriyani malahan dengan nasi lain. Makanan yang diberi nama Pencuk juga sering dipanggil sebagai Jelatah, Acar timun nenas atau acar cuka memang sangat mudah disediakan dan enak dimakan. Gelaran yang berbeza-beza bagi makanan ini bergantung kepada lokasi, bahan yang digunakan dan juga padanan jenis masakkan yang disediakan. Memang saya suka makan pencuk ini ketika hadir majlis kenduri seperti Majlis Perkahwinan, Kenduri Arwah, Jamouan Perpisahan, Jamuan Hari Raya Pejabat dan sebagainya. Bagaimana pun pada saya pencuk adalah sebutan palibg biasa di perkenalkan oleh orang uta-tua dikampong di Johor. Saya tidak dapat kenalpasti kenapa makanan ini diberikan nama 'Pencuk'. Tetapi daripada sebutannya saya agak pasti ia berasal daripada perkataan 'Pedas, dan manis yang dicampur cuka'... (Pen adalah singkatan dari perkataan pedas dan cuk adalah singkatan cuka). Terdapat berbagai jenis pencuk segar yang boleh disediakan berasaskan kepada bahan-bahan utama yang sering digunakan. Bagaimana pun kajian menunjukkan bahan paling asas untuk membuat pencuk adalah Timun, Cili Besar dan Nenas. Bahan-bahan lain yang disesuaikan adalah seperti lobak merah, kacang tanah, sengkuang cina, bawang besar dan lain-lain lagi. Pada saya makanan ini amat enak ketika dimakan segar tetapi jika sudah lama ianya akan layu dan kuyu dimana rasanya sudah tidak segar lagi. Makanan tradisional ini mudah disediakan dan ditulis dalam "Anim Agro Technology" kali ini untuk bacaan dan rujukkan anda.  



Pada penulis dan kebanyakkan surirumah rasanya kaedah membuat pencuk sangat mudah kerana ianya tidak perlu di masak. Ia hanya perlukan sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman, bahan mencukupi dan juga kemahuan. Walau pun makanan pencuk ini memang tidak tahan lama ianya sesuai dimakan semasa segar. Pencuk ini mudah dan cepat rosak kerana timun dan nenas adalah jenis bahan yang mudah berair dan membuatkan ia tidak tahan lama (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya cara penyediaan makanan pencuk ini adalah hanya di buat untuk sekali makan sahaja dan bukan untuk di simpan berhari-hari di dalam peti ais. Kita tidak perlu gusar jika stok bekalan pencuk semasa membuat kenduri ini habis kerana ia amat mudah dan cepat disediakan dalam beberapa minit sahaja asalkan bahan dan kemahiran ada. Dalam beberapa tinjauan penulis ada melihat beberapa ramuan yang berlainan seperti penggunaan bahan selain timun, nenas dan lobak, mereka juga meletakkan kobis yang di hiris nipis-nipis sebagai ramuan. Dalam majlis jamuan raya di pejabat-pejabat sering dihidangkan pencuk menggunakan kobis putih atau kobis unggu dimana ia adalah gabungan warna pencuk yang menarik. Tidak kurang juga meraka yang membuat pencuk dengan cara menaburkan sedikit bijan yang telah di sangai atau kacang tanah yang telah di goreng dan di tumbuk.


Pencuk atau acar timun ini biasanya enak di makan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari, nasi beriani atau nasi-nasi yang sesuai dengannya (Sila lihat foto disebelah). Jika dimakan dengan nasi minyak lazimnya dipadankan dengan jenis lauk yang serasi bersamanya seperti lauk ayam masak merah, masak kuzi, masak kurmak, masak beriyani dan juga pelbagai jenis kari daging. Adalah menjadi kelaziman pencuk yang ada rasa manis, masam, masin dan berasid ini digandingkan dengan nasi minyak yang dimasak dengan beras jenis Basmati. Pencuk juga memang 'hidangan pelengkap' direstoran nasi beriyani terutama nasi Beriyani Gam yang berasal dari Johor. Penulis yang berasal dari Johor dan bertugas di Neberi Johor selama 14 tahun sering makan nasi beriyani gam Md Shah di Batu Pahat jika berkesemoatan ke daerah tersebut. Pencuk dan keropok merupakan menu yang sering diletakkan bersama nasi beriani tersebut. Nasi beriyani gam enak dimakan ketika suam panas dan kurang enak jika nasi dan lauknya sudah sejuk. Ia dihidangkan setiap hari direstoran nasi beriyani dan memang menjadi pilihan dalam majis perkahwinan. Jika majlis dibuat dikawasan kampong, lazimnya penyediaan pencuk dibuat oleh pra perewang dari kalangan jiran dalam kampong tersebut. Memang cepat membuat pencuk atau acar untuk hidangan tetamu.


Adakah anda biasa mebuat pencuk sendiri dirumah?. Kalau ya maknanya anda telah boleh mengkomersilkan pembuatan pencuk jika ada kenduri. Cara penyediaan pencuk atau jelatah atau acar timun nenas atau acar cuka memang agak mudah. Antara bahan membuat pencuk 2 biji timun yang telah dibuang kulit dan belah 4 kemudian potong kecil-kecil. Selain itu bahannya adalah 1 biji nenas yang telah buang kulit dan kemudian dibelah lapan dan potong kecil-kecil. Bahan lain adalah 1 batang lobak merah yang disagat halus sama ada cara memanjang atau dipotong seperti batang mancis. Bahan lain adalah 4 biji cili padi yang di hiris dan juga sebatang cili hijau yang potong mancis. Sebaiknya bahan 2 biji bawang besar digunakan dang ia perlu di hiris dan 10 camca besar cuka makan. Bagi menambah keenakkan pencuk gunakan sebanyak 100 gm kacang tanah yang di goreng dan di tumbuk kasar ( jika suka). Akhirnya bahan digunakan adalah sebanyak 1 sudu besar bijan yang di sangai tanpa minyak ( jika suka) serta bahan garam dan gula secukup rasa. Cara membuatnya dengan menyatukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar dan digaul rata. kemudian masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau dan tambahkan cuka makan. Seterusnya perlu digaul semua bahan rata dengan gunakan sudu kayu atau sudu plastik. Masukkan bahan perasa seperti garam dan gula. Ababila sebati ia sedia untuk dihidangkan di dalam pinggan hidangan. Kemudian taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan. Diharap artikel ini memberikan info berguna kepada anda!. Wasallam!.

NAMA PENCUK... ACAR PUN SAMA...
TIMUN DAN NENAS...BAHAN UTAMA...
DIMAKAN SEGAR... ENAK RASANYA...
BUAT SENDIRI... SESUAIKAN RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 Zulkaedah 1436H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...