KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 17, 2015

PADI MR220 - CIRI VARIETI

VARIETI PADI MR 220 telah diistiharkan oleh kerajaan pada tahun 2003 sebagai satu varieti yang amat baik untuk ditanam pesawah di Malaysia. Varieti padi MR 220 yang juga dikenali sebagai Padi Mas di kalangan petani, mempunyai keturunan yang sama dengan MR219. Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian ciir-ciri dan prestasi hasil yang memakan masa sekitar 12 tahun, ia telah menunjukkan beberapa kelebihan yang mewajarkannya disyorkan kepada petani. Varieti ini mempunyai bebrapa ciri yang dapat menandingi MR 219. Proses pembiakbakaan varieti MR 220 dihasilkan melalui kacukan antara baka MR 151 dan MR 137. Penanaman generasi kedua (F2) hingga generasi kelapan (F8) dilakukan secara tabur terus dan pemilihan dilakukan berasaskan ciri tangkai sahaja. Pemilihan untuk mendapatkan bentuk pokok yang baik dilakukan pada tiga generasi selanjutnya dan ketika proses penulenan. Artikel malam Ahad ini saya dapat luang masa menulis dalam "Anim Agro Technology" akan beberapa ciri varieti padi MR220 untuk bacaan dan rujukkan anda semua.

Varieti ini diuji dalam Percubaan Hasil Awal pada Musim Luar 1996 hingga Musim Utama 1996/97. Ia kemudiannya diteruskan ke Percubaan Hasil Lanjutan selama tiga musim (Musim Luar 1997 hingga Musim Utama 1998/99) dan seterusnya Percubaan Penyesuaian Baka pada Musim Utama 1999/2000. Ia diuji dalam percubaan ini selama empat musim di 16 lokasi yang berbeza di kawasan utama tanaman padi Semenanjung Malaysia dengan frekuensi ujian sebanyak 34 kali. Setelah menunjukkan prestasi yang baik, Percubaan Penentusahan Setempat (LVI) dijalankan. Ciri-ciri Varieti MR220 mempunyai umur matang yang sama dengan varieti MR 219 iaitu sekitar 105 hingga 113 hari bergantung pada musim dan sistem penanaman yang diamalkan. Varieti ini matang lebih kurang 10 hari lebih awal berbanding varieti MR 84. Bentuk Pokok MR 220 tidak banyak berbeza daripada varieti MR 219 dengan varieti MR 219 dengan ketinggian batang antara 76 cm hingga 80 cm. Ia mempunyai daun yang lebat di bahagian pangkal pokok dan daunnya lebar sedikit dengan varieti MR 219. Daun pengasuhnya tegak tetapi boleh melentok sekiranya terlebih baja atau ditanam di kawasan yang terlalu subur.


Jadual diatas menunjukkan panjang tangkai padi MR220 adalah 22.5 cm dengan panjang biji adalah 10.21 mm. Ini menunjukkan bahawa padi ini dengan kelebaran biji 2.23 mm dan mempunyai biji bernas sebanyak 79%. Kadar padi hanpa seperti jadual diatas pula adalah 21% dimana ia perlu diteliti. Kajian pencirian menunjukkan bahawa berat bagi 1,000 biji adalah 28 gram.

Mengenai ciri bahagian tangkai dan biji adalah dimana tangkai MR 220 adalah sama panjang (23 cm) dengan MR 219 tetapi jauh lebih panjang daripada varieti MR 84 (19.8 cm). Walau bagaimanapun bilangan biji setangkai bagi MR 220 adalah rendah sedikit daripada MR 219 tetapi lebih banyak daripada MR 84. Perbezaan yang keta2ra antara MR 220 dengan MR 219 dapat dilihat pada ciri-ciri bijinya. Biji MR 220 lebih besar, panjang, lebar dan berat daripada MR 219 dan juga MR 84. Berbentuk panjang dan bujur, beras MR 220 dikategorikan dalam gred panjang. Varieti MR 220 mempunyai tahap kerintangan yang sangat baik terhadap tiga perosak utama padi iaitu penyakit karah dan hawar daun bakteria dan sederhana rintang terhadap penyakit merah virus. Tahap kerintangan ini setanding dengan varieti MR 219. Walau bagaimanapun, ia hanya sederhana rentan terhadap hawar seludang seperti MR 219 dan MR 84. Untuk hawar seludang, kawalan perlu dilakukan melalui kaedah kimia dan amalan agronomi yang baik. Pengilangan padi ini berbanding dengan MR 219, MR 220 mempunyai peratus perolehan beras (76%) dan perolehan beras kepala (83%) yang lebih baik walaupun perbezaannya hanyalah sekitar 4% dan 2% sahaja. Biji beras MR 220 adalah yang terpanjang (purata 6.95 mm) berbanding dengan MR 219 (6.91 mm) dan MR 84 (6.07 mm). Walaupun begitu, lebih berasnya adalah lebih rendah daripada kedua-dua varieti MR 219 dan MR 84. Ini memberi gambaran bahawa bentuk biji beras MR 220 lebih tirus (slender) berbanding dengan MR 219 ataupun MR 84.

Mengenai mutu Nasi Kelembutan nasi MR 220 adalah setaraf dengan MR 219 memandangkan kandungan amilosa yang hampir sama bagi kedua-dua varieti ini iaitu sekitar 20% hingga 22% berbanding dengan MR 84 yang mempunyai citarasa nasi yang keras (28% amilosa). Nilai kekonsistenan gel dan juga pepecahan alkali juga memastikan varieti MR 220 dan MR 219 mempunyai citarasa nasi yang lembut, jauh lebih baik daripada MR 84. Kini varieti padi MR220 antara varieti padi yang luas ditanam dikawasan jelapang padi dan  luar kawasan jelapang padi di Malaysia. Ia menarik minat ramai pesawah kerana ia mampu memberikan hasil yang baik, pokok tahan kepada serangan perosak dan penyakit serta sistem pembekalan benih padi sah MR220 yang cekap. Padi ini memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pesawah berbanding dengan varieti lama yang semain kurang ditanam. Wasallam!.

PADI MR220... 2003 DIISTIHARKAN...
PESAWAH  TANAM... GAP DIAMALKAN...
HASIL BAIK... PENDAPATAN LUMAYAN...
IA GANTIAN ...MR220-CL GANTIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 abiulAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...