KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 14, 2015

FERTIGASI - SAYA NAK TAHU


Saya hendak tahu apakah dia FERTIGASI!. Itu merupakan persoalan yang banyak berkisar didalam kepala mereka yang kali pertama mendengarnya. Teknologi Fertigasi (kata asal dalam bahasa Inggeris adalah Fertigation Technology) sekarang menjadi pilihan ramai petani dan peminat pertanian untuk menghasilkan produk makanan terutama sayuran. Kini kaedah fertigasi merupakan satu kaedah baru yang ditemui bagi menjalankan penanaman sayur-sayuran dalam tempoh masa jangka pendek. Kaedah ini tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Medium-medium yang boleh digunakan seperti sabut kelapa, pasir sungai, sekam padi, vermikulit, perlit dan habuk kayu. Beberapa jenis sayur-sayuran seperti tomato, cili, terung panjang, timun jepun, kobis bulat, lobak putih, cili benggala dan tembikai wangi sesuai menggunakan kaedah penanaman secara fertigasi. Teknologi ini banyak bergantung kepada nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Nutiren atau baja diberikan kepada tanaman secara sistem pengairan. Nutrien ini akan disalurkan dalam bentuk larutan dan dititiskan ke pangkal tanaman untuk membasahi zon perakaran. Nutrien-nutrien yang dititiskan terdiri daripada nutrien NPK (Nitrogen, Fosforos dan Kalium) sebagai unsur utama. Manakala pemakanan makro pula terdiri daripada unsur-unsur surih seperti Kalsium (Ca.) Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Mangan (Ma), Kuprum (Cu), Kobaltam (Co), Zink (Zn), Boron (Bo), Klorin (CI) dan Molibdenum (Mo). Kaedah ini juga dikenali sebagai 'Hodroponik Beraggregat'. Larutan-larutan nutrien yang dianggap sebagai nadi kepada kaedah fertigasi ini diagihkan dalam tiga cara itu secara Aliran Graviti, Pam Elektrik dan Penyuntik Baja. Aliran graviti boleh dilakukan secara manual oleh pengusaha mengikut atau pun kehendak dan jangka masa yang ditetapkan olehnya. Air dan baja yang telah dibuat perlu disalirkan ke dalam sistem tangki penyimpanan yang diletakkan di tempat yang tinggi. Artikel malam khamis ini sambil menonton TV1 rancangan Forum Perdana saya ada idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia fertigasi untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Teknologi fertigasi menyalurkan air baja dengan menggunakan tenaga graviti dimana air baja tadi akan diambil oleh tanaman. Cara ini lebih praktikal digunakan oleh petani-petani memandangkan kosnya yang lebih rendah. Manakala pam elektrik dan penyuntik baja pula menggunakan tenaga elektrik dan motor untuk proses pembajaan. Tempoh dan masa pembajaan telah ditetapkan oleh pengusaha melalui alat kawalan masa (timer). Oleh itu kosnya adalah sedikit lebih tinggi berbanding dengan graviti. Seringkali kedua-dua cara ini digunakan oleh pakar dan penyelidik untuk mereka mendapatkan keputusan penyelidikan yang tepat. Lazimnya setiap tanaman mempunyai kadar nutrien yang berbeza-beza. Para pengusaha hendaklah bijak dalam melakukan formulasi nutrien dan peka kepada tindakbalas pokok terhadap setiap formulasi nutrien yang dibuat. Tindakbalas ini menunjukkan kesesuaian tanaman terhadap formulasi nutrien yang dirumuskan. Kajian penulis mendapati antara kelebihan teknologi ini adalah dimana dengan menggunakan kaedah fertigasi, masalah tanah seperti keluasan tanah yang terhad, tanah tidak subur dan ujud perumah penyakit. Risiko serangan perosak dapat diatasi kerana mikroorganisma penyebab penyakit yang selalu dibawa oleh tanah boleh dikawal kerana tanah tidak digunakan. Nutrien yang lengkap dititiskan mengikut jumlah, kadar keperluan tanaman serta peringkat pertumbuhannya. Nutrien yang dibekalkan tidak terbazir kerana digunakan terus oleh akar tumbuhan. Oleh itu, keperluan tenaga buruh bagi tujuan kerja-kerja membaja dan merumput dapat dikurangkan dengan ketara.

Masalah merumpai bukan lagi menjadi masalah utama. Oleh itu penggunaan racun ke atas tanaman dapat dikurangkan atau tiada diguna langsung. Penggunaan baja adalah lebih cekap kerana baja yang diberi adalah mengikut formulasi yang diperlukan oleh tanaman. Hasil yang diperolehi adalah lebih tinggi dan boleh mencapai pada kadar kira-kira 700% jika dibandingkan dengan cara penanaman dengan kaedah menggunakan tanah sebagai medium. Hasil tanaman tidak tercemar oleh tanah dan akan kelihatan lebih bersih dan berkualiti. Bagaimana pun terdapat beberapa keperluan infrastruktur untuk tanaman secara fertigasi iaitu infra binaan seperti rumah perlindungan, sistem pengairan, punca air, baja fertigasi, peralatan mengukur air, media dan juga bekas tanaman. Sebaiknya teknologi fertigasi perlu disediakan Rumah Lindungan Hujan (Rainshelter) kecuali jenis Fertigasi Terbuka. Rumah lindungan ini didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan pancaran cahaya ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan dan elakkan air hujan masuk dalam media tanaman. Lazimnya sistem pengairan (titisan) untuk fertigasi terdiri daripada pusat kawalan nutrien, paip ladang dan penitis (2L/H). Punca Air boleh didapati dari kolam, telaga, telaga tiub dan lain-lain. Air yang digunakan hendaklah bersih, jernih, bebas daripada penyakit dan pencemaran, tidak berbau dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Baja Fertigasi adalah baja yang disediakan haruslah sesuai dengan tanaman agar dapat menghasilkan hasil yang tinggi. Alat Pengukur pG dan EC Larutan diperlukan dalam sistem ini dimana terdapat banyak pilihan yang boleh digunakan bagi mengiiut nilai pH dan nilai EC. Biasanya 'pocket size' pH meter dan EC meter atau 'portable pH/EC/TDS meter'. Media tanaman perlu diseduaikan dengan kadar pegangan air adalah dalam 60-80% dan udara 20-40%. Contoh: campuran habuk sabut kelapa dan arang sekam padi (1:1). Pastikan anda akan menggunakan Biji Benih dari gred F1 hibrid (Holland seed) atau dari negara lain menjadi pilihan. Tahap ketahanan rintang penyakit lebih terjamin kerana ia merupakan biji benih yang berkualiti dan untuk mendapatkan kadar percambahan yang maksimum. Akhir sekali adalah bekas tanaman dari bekas tanaman yang sering digunakan adalah polybeg 12" x15" atau 12" x 17". Bagaimana ia perlu disesuaikan dengan jenis tanaman dipilih.


Amalan Agronomi Kaedah Fertigasi bermula dengan menyediakan batu kelikir yang berukuran 1.3 -1.9 cm diletakkan di dalam beg plastik atau saluran yang berdindingkan simen atau kaca gentian. Titisan nutrien dimasukkan dari bahagian permukaan beg tersebut secara graviti. Tititsan nutrien ini dibiarkan untuk 5-10 minit sehingga kelihatan larutan tersebut keluar semula dri bahagian bawah beg. Rumah lindingan haruslah dibina bagi mengelakkan larutan nutrien menjadi cair apabila hujan. Bahan-bahan lain sepertiTtildenet boleh juga dibuat atap tetapi mestilah tidak menyekat kemasukan cahaya matahari dengan banyak ke dalam struktur tersebut. Frekuensi dan volume penyiraman seharusnya disesuaikan dengan keadaan cuaca, jenis dan umur tanaman, fasa pertumbuhan tanaman dan jenis media yang digunakan. Jika keadaan cuaca hujan, frekuensi penyiraman hendaklah dikurangkan kerana media akan menjadi terlalu basah dan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan akar tumbuhan tersebut. Keseimbangan yang sesuai antara air, udara, baja yang hendak digunakan dan media tanaman hendaklah dititikberatkan. Nilai EC (jumlah baja yang larut dalam air) dan nilai pH (tingkat persamaan) sesuatu larutan adalah penting. Ini akan menunjukkan berapa banyak unsur nutrien yang tersedia buat tanaman tersebut. Jumlah nutrien tidak dapat distandardkan kerana perbezaan antara iklim, media dan jenis tanaman. Kadar kepekatan (EC) yang diberikan untuk tanaman haruslah disesuaikan dengan situasi dan keadaan. Nilai pH yang sesuai adalah antara 5.0-6.0 kerana pada kadar ini, semua unsur nutrien dapat diserap oleh tanaman. Waktu untuk penyiraman, jumlah penyiraman, EC/pH ini, EC/pH out, suhu, RH dan keadaan cuaca harus dicatatkan. Data-data ini nanti akan membantu pengusaha dalam mengambil keputusan untuk merubah satu-satu formulasi. 

Anggaran kos atau bajet (seluas - 0.4 hektar) mengikut kajian Jabatan Pertanian adalah sebanyak RM160,000. Kos yang paling tinggi untuk kaedah fertigasi atau pertanian moden ini adalah bagi tujuan pembinaan rumah pelindungan hujan sebanyak RM102,000. Dalam keluasan seekar kawasan boleh dibina sebanyak 60 unit rumah pelindung hujan dengan ukuran setiap satu adalah 8'x8'x60' dengan kos anggaran harga RM 1,700 satu unit. Sistem pengairan pula melibatkan sebuah rumah pelindung sistem pengairan yang berukuran 8"x40" dan lantai konkrit dengan kos sekitar RM3,000. Pemasangan 5 buah tangki nutrien 600G bersama sebuah tangki stok nutrien dengan kos RM3,500. Seterusnya Pemasangan paip ladang (main line, sub line dengan sebanyak 6,000 penitis) dengan kos RM15,000. Seterusnya adalah pemasangan pam elektrik, timer dan fitting sebanyak 1 set berharga RM1,500 dengan kos upah pemasangan sebanyak M5,000. Seterusnya adalah pemasangan punca air pH dan EC dengan kos RM20,000. Kos bahan baja fertigasi (bagi 1 pusinganiaitu 60-80 set @ 250) adalah sebanyak RM15,000 - RM20,000). Kos alat pengukur pH dan EC (portable) adalah RM 1,2000 sementara kos pembelian media campuran arang sekam dan habuk sabut (600 @0.70) sebanyak RM4,200. Kos input Polibeg sebanyak 250 kg dengan harga RM9.00/kh adalah RM 2,250. Kos pembelian biji benih 1,000 biji/paket (9 pkt @ 250.00) sebanyak RM RM2,250. Jumlah kos asas untuk pembangunan seekar sistem ini adalah sebanyak RM159,900. Jumlah kos pembinaan serta kos operasi yang terlibat adalah sebanyak RM350,000 ribu. Ini kerana MARDI lebih tertumpu kepada sistem kawalan suhu dan kelembapan yang dikatakan lebih canggih. Kos penyelenggaraan projek ini diselenggarakan sepenuhnya dengan cara menggunakan sistem komputer. Sistem ini lebih untuk menekankan kepada aspek penyelidikan dan bukanlah untuk tujuan komersial. Walaupun kos yang terlibat adalah agak tinggi, namun dengan kaedah fertigasi, beberapa masalah yang timbul dalam sistem penanaman secara konvensional dapat di atasi. Sistem penanaman tanpa tanah telah dapat menghapuskan penyakit yang berasal daripada tanah. Sebagai contoh penyakit layu bakteria yang selama ini telah menjadi masalah utama bagi tanaman tomato dan cili dapat diatasi. Selain itu penanaman sayuran dan buah-buahan terpilih (Melon) juga dapat dilakukan sepanjang tahun kerana musim hujan atau kemarau tidak mempengaruhi kegiatan penanaman. Pengusaha dapat merancang masa dan jumlah pengeluaran hasil mengikut keperluan pelanggan dan pasaran. Kelebihan ini memberi keuntungan kepada pengusaha kerana semua faktor penentu harga adalah dibawah kawalan pengusaha sekiranya penanaman dibuat mengikut jadual dan perancangan menepati permintaan pasaran. Wasallam!.

FERTIGASI ....FAHAM DAH SAYA....
TANOA TANAH...AIR BAJA SAHAJA...
PILIH TANAMAN..JENIS YANG MANA...
KOS SEEKAR...AMBOI MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Fertigasi Rakyat,
Kg Bota Kanan,
Parit, Perak,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...