KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 28, 2015

BERAS BARIO - POTENSI


BERAS BARIO merupakan satu jenama dan varieti beras yang unik dan istimewa terdapat dikawasan pendalaman Sarawak iaitu berasal dikawasan Tanah Tinggi Bario, Miri, Sarawak. Pada saya yang telah sampai dikawasan Bario itu mendapati yang beras Bario merupakan antara beras baik kualitinya kerana rasanya berbeza daripada beras biasa. Ini kerana ia lebih lemak, saiz lebih kecil melekit (sticky) sedikit dan yang penting harganya lebih mahal iaitu antara RM25 hingga RM30 segantang (3.5 kilogram). Mungkin tidak ramai orang di Semenanjung yang pernah merasai akan keenakan beras bario ini kerna ia amat sukar didapati dan kalau ada dijual di Semenanjung pun mungkin harganya berlipat kali ganda. Beras Bario dijual dengan harga mahal kerana produk itu terpaksa diterbangkan ke Miri menggunakan pesawat udara (MAS WING) atau pun pengangkutan darat melalui jalan balak yang mengambil masa perjalanan jauh sehingga 12 jam untuk sampai ke bandar Miri. Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut dan beras Japonica. Pada penulis apa yang lebih menarik lagi adalah walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak tetapi ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan seperti makan beras biasa. Beras Bario yang ditanam di kawasan tanah tinggi Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan. Beras Bario dihasilkan secara organik dan bebas daripada pencemaran alam, menyebabkan ia selamat dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Ia mempunyai jangkamasa tanaman lebih lama daripada beras biasa yang memberikan rasa keenakan kepada beras tersebut. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan berkaitan beras bario sekadar menambahkan pengetahuan pembaca.


Dalam membuat pemerhatian penulis sebagai agronomist, didapati terdapat dua jenis beras bario yang ditanam dikawasan tersebut. Ia adalah Beras Bario Putih dan Beras Bario Perang (keperang-perangan) seperti foto diatas. Saya sering membeli dan makan beras bario putih semasa bertugas di Sarawak dulu tetapi jenis beras bario perang agak jarang saya beli. Beberapa temubual dilakukan mendapati beras merah juga dikenali sebagai beras bario yang mempunyai beberapa khasiat. Antara khasiat yang didakwa mengenai beras bario perang ini adalah dimana ia mempercepatkan pencernaan makanan dan juga mampu untuk menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet. Apa yang paling seronok apabika dikatakan ia juga dipercayai dapat menghindari serangan barah. Kajian klinikal bagaimana pun perlu dilakukan diatas dakwaan itu kerana apa yang saya lihat beras bario ditanam tanpa menggunakan racun kimia dan mendapat sumber air bersih dar kawasan pergunungan. Ini yang berkait kerana pada saya racun yang memnyebabkan ia menyebabkan serangan sel kanser pada manusia.
Kawasan penanaman padi di kaki bukit dekat Bario, Miri kini telah  turut menjadi produk agro pelancongan berdaya saing di Sarawak. Daripada pelbagai jenis beras dikeluarkan di Sarawak , namun beras Bario yang ditanam di kawasan tanah tinggi Bario yang terletak di bahagian u­tara negeri ini memang tidak dapat ditandingi keunikan dan keenakan rasanya. Beras keluaran Bario kerana meskipun ditanam di luar kawasan asal dalam banyak versi, namun beras yang telah dihasilkan di tanah tinggi itu tetap dikenali kerana keunikan asli dan memiliki kelasnya tersendiri. Beras ini merupakan sesuatu yang asli kepada Sarawak dan Borneo kerana mempunyai ciri unik termasuk cara dan juga kaedah penanamannya. Mereka yang berada di luar Sarawak dan dunia luar memang masih terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai beras Bario sehinggakan tiada usaha dapat dibuat untuk memasarkannya ke pasaran luar.Pada masa ini terdapat sekitar 60 serta penduduk tempatan yang terlibat dalam penanaman beras tanah tinggi dari Ulu Baram dan Ulu Lawas. Satu forum melibatkan penyelidik, pengeluar dan pembekal bagi membincangkan pelan pembangunan, pengeluaran serta pemasaran beras Bario telah diadakan.


Pada masa ini kaedah penanaman dan pengeluaran beras bario adlah secara tradisional dengan standard organik serta penge­luaran beras tanah tinggi. Teknik ini adalah sejajar dengan agro pelancongan setempat dan sesuatu yang bernilai untuk dibincangkan. Adalah penting untuk mereka mewujudkan akses kepada situasi iaitu pengeluaran beras tanah tinggi dengan mengenal pasti cabaran masa depan dan tahu bagaimana memastikan pelan pemasaran beras jenis ini dapat dibangunkan. Perkara tersebut memerlukan satu pertimbangan bagi memastikan produk kekal untuk bersaing dan dipasarkan di peringkat global. Bantuan teknikal dan juga peranan penting dalam perkembang­an beras bario ini dan pembangunan sosial bologikal dan ekonomi Sarawak dengan menyumbang melalui penyelidikan dan hubungan dengan masyarakat bagi membentuk pemahanan lebih baik terutama aspek seperti biodiversiti, ekologi, warisan kebudayaan, sejarah, astropologi serta kepelbagaian bahasa di negeri seperti beras Bario perlu diketengahkan dengan terancang. Terkenang berada di Bario 1997 dahulu... Wasallam!...



NAIK BELON... KE BARIO KITA...
BELON KECIL ... 40 MINIT SAJA...
SAMPAI DISAMA... DISAMBUTNYA...
BERAS BARIO... ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
15, Rigdeway Road, Jalan ong Tiang Swee,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(Rumah kuarters lama semasa bertugas di Sarawak 1995-1997)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...