KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, February 21, 2015

PADI - KADAR GUNA BENIH


TAMAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman makanan yang penting di negara kita kerana nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2010 adalah seluas 673,745 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2.458 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.165 billion (Laporan Statistik Agromakanan , Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2011). Laporan tersebut juga menyatakan purata penghasilan padi sebanyak 3,782 kg sehektar dengan penghasilan peling tinggi mencecah sebanyak 10 metrik tan sehektar seperti di sekitar sawah di Sekinchan, Selangor. Jika padi tersebut diproses kepada beras, maka hasilnya sebanyak 1.265 juta tan metrik beras dihasilkan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimanasebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Artikel malam sabtu ini sambil menonton perlawanan bola di TV Astro, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kadar penggunaan benih padi yang sesuai dan disyorkan dinegara kita menggunakan varieti yang telah diistiharkan.


Keluasan sawah padi duukur dalam bentuk ekar, hektar atau relong. Sifir pertanian menyatakan bahawa 1 hektar bersamaan 2.47 hektar atau 10,000 meter pesergi. Satu relong pula adalah 0.71 ekar atau 0.288 hektar (Kedah) atau bagi negeri Pulau Pinang 1 relong bersamaan 1.32 ekar (0.535 hektar). Penggunaan benih padi bermutu yang perlu digunakan dikawasan padi sawah bergantong kepada beberapa faktor iaitu kadar biji benih, pertus percambahan, peratus biji benih tulin, keluasan penanaman dan juga kaedah penanaman. Kadar biji benih dari varieti disyorkan seperti MR219, MR220, MR220-CL1 atau MR220-CL2 agak sedikit berbeza jumlahnya. Pastikan pesawah menggunakan jumlah benih betul agar tidak berlaku kekosongan dipetak sawah atau pembaziran benih berlebihan. Peratus benih padi sah lazimnya tidak kurang daripada 85% bermakna hanya 85 kg benih sahaja yang akan menjadi pokok padi dari setiap 100 kg yang dibeli. bakinya 15% tidak bercambah dan pengiraan semasa membeli benih perlu diambilkira. Ketulianan benih padi sah dijamin 98% keatas dan bermakna masih terdapat 1-2% benih padi yang tidak tulin diedarkan penjual. Keluasan akan menentukan jumah benih perlu dibeli dan juga teknik menanam padi menjadi faktur penentu jumlah benih digunakan.


Keperluan benih bagi sistem tanaman padi mencedung atau menanam (ada tapak semaian) adalah sebanyak 40 kg sehektar. Jika benih yang dijual mempunyai faktur kadar percambahan sebanyak 80% dengan 98% ketulinan maka jumlah sebenar benih padi dugunakan adalah 49 kg. Pesawah perlu membeli sebanyak 49 kg benih padi untuk mencukupi keseluruhan kawasan 1 hektar. Bagaimana pun kaedah penanaman dengan jentera penanam mempunyai kadar keperluan 80 kg sehektar.  Ini bermakna jumlah benih yang perlu dibeli oleh pesawah dengan hipotesis sama adalah sebanyak 98 kg sehektar. Penggunaan jentera menanam memerlukan alatan khas untuk menanam padi (paddy transplanter). Teknik ini memerlukan benih padi sebanyak 140 kg sehektar atau sebanyak 171.5 kg yang perlu dibeli daripada pengedar. Paling banyak sistem penanaman padi masa kini di Malaysia adalah Sistem Tanaman Tabur Terus.Sistem ini juga memerlukan biji benih padi sebanyak 140 kg sehektar untuk kepadatan tanaman sesuai. Kalau seseorang pesawah mempunyai keluasan sebanyak 10 hektar maka keperluan membeli benih padi adalah sebanyak 1,715 kilogram atau ringkasnya sebanyak 1.7 metrik tan.


Harga runcit benih padi sah di negara kita adalah dikawal oleh kerajaan. Harga runcit benih padi adalah sekitar RM48.60 satu beg yang mengandungi sebanyak 20 kg. Harga ini dikawal kerana setelah kerajaan menanggung kos sebanyak RM20.60 per/beg (20 kilogram) daripada harga pasaran sebenar yang berjumlah RM48.60 per/beg, harga jualan benih padi sah di pintu kilang ialah RM28 per/beg. Varieti benih padi sah yang dikeluarkan adalah seperti MR219, MR220, MR253 dan MR263. Ini bermakna untuk satu hektar menanam tabur terus seorang pesawah kena membeli sebanyak 172 kg (atau 8.6 beg @ 20 kg satu bag) yang nilainya adalah sebanyak Beberapa dakwaan yang menyatakan harga benih padi sah RM120 per/beg yang seperti dilaporkan akhbar adalah bagi varieti MR220 CL1 atau MR220 CL2 (Clearfield) yang termasuk harga racun Imidazolinone (OnDuty). Teknologi benih Clearfield dan racun ini sangat berkesan untuk mengatasi masalah padi angin. Penggunaan varieti ini disyorkan hanya di kawasan yang mengalami masalah padi angin yang serius sahaja. Kos penggunaan benih ini adalah RM120 (bagi setiap beg benih dan racun Imidazoline (OnDuty)) atau RM840 per/hektar (7 beg benih + 7 botol racun). Pakej ini hanya untuk mereka yang inginkan penanaman padi 'Clear field' sahaja. Penggunaan benih padi yang betul dan tepat akan menentukan penghasilan padi dengan amalan agronomi MyGAP yang dilaksanakan. Wasallam!.



BENIH PADI ... ADA KADARNYA...
MENGIKUT LUAS... % KETULINANNYA...
PERATUS CAMBAH...ADA KIRAANNYA....
BACA ARTIKEL... LEBIH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Room 132, Hotel I-Winton,
26, Jalan Bunga Raya,
Mentakab,
Pahang,
Malaysia
(13 Rabiulawal 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...