KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 10, 2015

BAJA KULIT KETAM - CARA GUNAKAN


BAJA KULIT KETAM atau BAJA CHITOSAN adalah baja yang disediakan dari bahan asas dari lautan seperti ketam cengkerang, kerang-kerangan, kulit udang, cengkerang dan sebagainya. Chitin atau Chiosan yang terdapat pada kulit Crustaceans seperti ketam, kerang dan kulit udang adalah seperti satu 'keajaiban' apabila diberikan kepada tanaman.  Tindakbalan bahan ini seperti menghalang tanaman daripada diserang penyakit dan terus subur kerana ia menggalakkan bakteria pemakan chitin terus membiak. Pada kebanyakan serangga yang terdapat dikeliling kawasan tanaman adalah mengandungi banyak unsur chitin dalam badannya. Bakteria ini memakan semua bahan chitin yang ada pada musuh tanaman termasuk serangga, nematodes dan juga kulat.  Chitin juga amat toleran dengan keadaan suhu sejuk dan panas melampau. Kajian menunjukkan bahan chitin jika diberikan pada tanaman akan mampu menggalakkan pengeluaran bunga dengan jangkamasa lebih lama. Ini termasuk pengeluaran bunga untuk tanaman sayuran seperti tanaman tomato, chili, kacang panjang dan sebagainya. Penggunaan baja chitin dan silicon didapati mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan baja ini di kalangan petani sayuran komersil di Malaysia masih ditahap sederhana dimana ia banyak diguna oleh petani yang tahu mengenai perkara ini dan mempunyai modal mencukupi kerana kos baja ini agak tinggi dipasaran. Bagaimana pun ia adalah berbaloi jika mengambilkira pulangan yang akan diperolehi oleh mereka yang menggunakannya. Artikel pada petang Ahad ini saya menulis artikel ke 3,210 dalam "Anim Agro Technology" mengenai Baja Chitin dan Baja Chitosan untuk bahan rujukan anda semua.


Kulit Ketam bukannya racun kulat atau pun racun nematod. Ia merupakan sejenis baja hebat dengan kandungan Kalsium yang mempunyai kesan hebat yang tiada pada baja-baja lain (Sila lihat foto disebelah). Kulit ketam mengandungi bahan Chitin yang amat tinggi yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin. Ini kerana kulit luar (exoskeletons) bagi kulat, serangga dan juga telur nematod mengandungi bahan chitin yang tinggi untuk dimakan oleh bakteria ini. Apabila kulit kerang yang mengandungi chitosan ini dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran (secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.


Penggunan baja kulit ketam ini boleh diaplikasi dengan baja baja lain yang sesuai bagi mendapatkan kesan optima. Ikuti arahan yang ditulis pada label pengeluar baja agar tidak berlaku sebarang reaksi diantara baja kulit kerang dengan baja kimia lain yang digunakan. Sebaiknya baja foliar yang berasaskan kepada baja mesra alam dicampur dalam larutan air dan disiram terus keatas tanah atau tanaman (Sila lihat foto disebelah). Kadar penggunaan baja kulit ketam berbeza-beza mengikut jenis tanaman, jenis tanah, umur tanaman dan keadaan cuaca. Sebagai contoh bagi tanaman dengan 50 kaki panjang batas boleh gunakan sebanyak 5 paun kulit kerang, tanaman bunga dirumah cuma 2 aun dan pokok tomato dewasa sebanyak 4 aun sepokok. Semasa aktiviti penyediaan tanah disyorkan masukan baja kulit ketam dalam tanah ketika pembajakan atau merotor tanah. Oleh kerana ia bukan baja larut air, ia boleh ditabur keliling pokok dewasa dengan kadar sesuai dan berjadual.


Memberikan sungkupan dipermukaan tanah memberikan banyak kebaikan kepada sistem tanaman. Ia akan mengekalkan kelembapan dalam tanah, membantu mengawal pertumbuhan rumpai dan mengurangkan kesan infestasi serangan perosak tanaman (Sila lihat foto disebelah). Sungkupan ini amat sesuai diaplokasikan setelah baja kulit kerang dibuhun dahulu dibawahnya. Penguraian kulit kerang dibawah sungkupan plastik silvershine ini secara berperingkat akan menyuburkan lagi tanaman dikebun. Kita boleh tambah baja crab meal ini mengikut keperluan tanaman bila-bila masa pada lubang pada sungkupan untuk tabah kesuburan pokok. Baja crab meal merupakan baja organik yang sangat beri kesan kepada kesuburan tanaman dengan membekalkan unsur Nitrojen dan Protin kepada tanaman. Baja yang juga 'slow release' ini sesuai digunakan terutama untuk tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan dinegara kita. Penggunaan secara sistematik baja ini pada tanaman limau bali yang penulis periksa di Ladang Limau Bali di Jementah pada bulan lepas mendapati ia telah memberikan kesan positif kepada kesuburan pokok dengan buah limau bali yang banyak dan manis. Menurut Mr Tan, beliau menggunakan baja ini semanjak 15 tahun lalu iaitu produk yang diimpot daripada negara China. 


Antara jenis baja mengandungi Chitin dan Baja Chitosan adalah Organic Pacific Gro Standard. Baja ini diformulasi dengan kandungan unsur NPK iaitu pada kadar 2 - 0.5 - 0.3 dalam bentuk cecair yang mudah digunakan. Daripada keterangan pada label ia sesuai diguna dengan penapis 120 mesh semasa semburan sama ada menggunakan sistem fertigasi atau sistem pengairan titis (Drip system).  Baja ini dihasilkan daripada pelbagai jenis ikan, ketam, udang dari lautan yang tinggi kandungan chitin dan unsur kalsium (1.5%) untuk meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah. Tidak ada minyak ikan didalamnya dengan pH sekitar 3.5 dan ia boleh disimpan lama tanpa rosak. Ia amat mudah digunakan kerana dijual dalam bentuk cecari terutama untuk tanaman menggunakan sistem fertigasi. Antara ciri kehebatan baja ini seperti didakwa dan ditulis pada label adalah ia menambah polulasi mikrob dqalam tanah, mudah terurai semasa penyediaan tanah dan bertindak sebagai mengawal daripada serangan perosak dan penyakit. Aktiviti bio yang aktif membolehkan unsur makanan tumbuhan mudah diserap oleh tumbuhan melalui akar. Ia meningkatkan kadar KPK (water holding capacity) dalam tanah dan kurangkan penggunaan racun kimia pada tanah. Ia akan menyediakan bahan chitin yang menambahkan sitem pertahanan tumbuhan dari serangan penyakit. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan. Kesan terbaik adalah baja ini mampu kurangkan serangan Kulapok Berdebu (Powdery Mildew) dengan aplikasi semburan foliar. Kesannya memberikan saiz daun lebih besar dengan warna hijau gelap dengan buah yang bersaiz besarm padat, gebu, rasa enak dan jangkamasa simpanan lebih lama. Petani di negara kita boleh membeli baja ini dari pembekal dan digunakan dengan meluas. Wasallam!.



BAJA KULIT KETAM... APA DIA...
'CRAB MEAL'... NAMA BIASA...
KESANNYA...BANYAK GUNA...
ADA CHITIN...BELI DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1436H)





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...