KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, August 21, 2013

SERANGGA - BENTUK SUNGUT (Part 2)

BENTUK SUNGUT SERANGGA (Antennae Insect shape) merupakan satu organ penting untuk membantu serangga terbang dengan cekap dan pantas (Foto diatas). Serangga komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah tertutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai marfologi dan bentuk sesungut serangga berdasarkan kepada pemerhatian penulis, pembacaan beberapa buku dan juga membuat rujukkan dalam lamanweb.

BERIKUT ADALAH JENIS SUNGUT SERANGGA:-


6. Capitate

7. Lamellate


8.  Pectinate


9. Plumose


10.  Geniculate


11.  Aristate



Daripada 11 bentuk dan jenis sungut serangga, saya telah paparkan 6 lagi daripadanya mengikut susunan yang saya buat sendiri. Memang agak unik sungut serangga dimana ia mempunyai pelbagai rupabentuk boleh kita pelajari. Diharap artikel ini menambah ilmu pengetahuan kita semua dalam alam marfologi serangga. Wasallam!

SUNGUT SERANGGA...11 BENTUKNYA...
PANJANG ... PENDEK PUN JUGA ADA...
SUNGUT LALAT...ARISTATE NAMANYA...
JENIS LAIN... SUKAR INGATINYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist (Entomologist),

Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia.
(30 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...