KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013


SELAMAT HARI RAYA!

Saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua muslimin dan muslimat pembaca blog "Anim Agro Technology" diseluruh negara dan dunia amnya. Alhamdullilah sehingga 1 Syawal 1434 hijrah ini saya berjaya menerbitkan sebanyak 1,290 artikel berkaitan Teknologi Pertanian dan perkara yang berkaitan dengan pertanian semenjak tahun 2009 lagi (Hampir 5 tahun). Saya mempunyai 355 artikel lagi yang siap ditulis untuk di'post'kan setiap hari satu artikel menjadikan jumlah artikel setakat pagi 1 syawal ini sebanyak 1,650 artikel. Pada hujung bulan Julai 2013 saya terpaksa tutup blog ini kerana ada masaalah teknikal sedikit dan kini telah dipulihkan kembali. Ramai pembaca blog ini yang SMS, Talipon, Berjumpa penulis dan email mengenai hal tersebut. Penulis memohon ampun dan maaf diatas perkara tersebut.


Sehingga pagi raya ini seramai 2.045 juta pengunjung telah lihat (view) blog ini dimana dalam sebulan purata antara 70,000 hingg 100,000 orang yang singgah melihatnya. Jadual diatas menunjukkan semalam seramai 2,277 orang melihatnya dan sepanjang musim hari raya ini ianya agak rendah sebab ramai cuti beraya. Mengenai laporan oleh website 'ststcrop' menunjukkan ranking blog ini didunia telah menurun kepada 933,445 iaitu penurunan sebanyak hampir 200,000 mata berbanding dengan suku pertama tahun 2013 dengan nilai blog dinyatakan sebagai USD 24,322. Saya pun tidak faham akan data ini dan bagaimana ia dihasilkan. 

"Animhosnan.blogspot.com it is ranked #933,445 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. This site is worth $24,322 USD and advertising revenue is $5 USD per day. This site has a good Pagernk(2/10), it has 416 visitors and 1,248 pageviews per day. Currently, this site needs more than 1.27 GB bandwidth per day, this month will needs more than 39.49 GB bandwidth. Its seo score is 61.7%."
Laporan oleh:


Merujuk kepada Jadual 2 diatas, didapati 1,787,083 pengunjung atau 87.37% adalah pengunjung daripada Malaysia dan 75,392 daripada Indonesia (3.68%) diikuti dengan 36,334 orang daripada United States of America (1.77%). Ini diikuti dengan Singapore, Brunei, Argentina, India, Germany, Russia dan Canada. Bagaimanakah mereka disana membaca blog ini?. Mungkin terklik dengan nama yang ada dan mungkin mereka gunakan 'translate language' untuk membacanya. 

Semuga saya akan berminat untuk meneruskan penulisan teknologi pertanian dalam "Anim Agro Technology" untuk menjadikan saya lebih berpengetahuan dan dapat membantu anda semua dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2013"

HARI INI... HARI RAYA AIDILFITRI...
MENULIS BLOG... SETIAP HARI...
MENAMBAH ILMU..UNTUK DIRI...
ANDA MEMBACA...PAHALA DIBERI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Syawal 1434 Hijrah) 

   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...