Kajian daripada beberapa buku mendapati terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Tumbuhan ini adalah sesuai tumbuh dikawasan tropika dan subtropika.Tumbuhan ini tumbuh menegak dengan banyak cabang dan ia adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar. Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki dengan mempunyai daun berbentuk lonjong berwarna hijau. Susunan daun didapati bertentangan antara satu sama lain dan ia lazimnya akan tertutup pada waktu malam (Lihat foto sebelah). Daun gelenggang ini dikatakan mempunyai khasiat yang penting didalam penyediaan ubat-ubatan herba. Daun pokok ini apabila dilumatkan dan disapu kepada bahagian kulit yang bermasalah akan menyembuhkan penyakit kulit walau pun baunya agak kurang enak sedikit. Daunnya yang berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetrikal, akan kucup pada waktu malam.
Ia memiliki bunga berwarna kuning yang amat cantik dan dilitupi oleh penutup yang terdiri daripada bnyak kelopak dan seakan-akan menyerupai susunan lilin sebelum bunganya berkembang (Lihat foto sebelah). Bunga ini lazimnya keluar daripada bahagian pucuk dahan. Warna terang ini menggalakan serangga untuk datang hinggap kepada bunga ini seperti rama-rama. Sepelas proses pendebungaan, didapati ia akan menghasilkan buah. Lazimnya buahnya adalah bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berwarna hitam berbentuk bulat. Biji didalamnya boleh disemai untuk dijadikan anakbenih. Lazimnya didapati dalam keadaan semulajadi, buah kekacang dalam pod akan meletup apabila cukup kering dan mencampakkan bijinya sejauh 1 meter untuk proses pembiakan. Penanaman menggunakan keratan batang juga boleh dijalankan dengan lebih mudah.
Kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman pokok gelenggang dari pelbagai jenis tanah sama ada gambut, mineral , berpasir dan sebagainya asalkan mempunyai sistem saliran yang baik. Tanah perlu dibajak dahulu dan jika keadaan tanah agak rendah perlu disediakan batas tanaman. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 1.5 meter x 2.5 meter bergantung kepada keadaan tanah. Sebaiknya pokok ditanam rapat dahulu dan boleh dibuat penjarangan selepas ia membesar kemudian hari. Pembajaan adalah disyorkan dengan baja organik tetapi elakkan daripada menggunakan sebarang bahan kimia didalam penanaman gelenggang. Pengurusan perosak tanaman gelenggang tidak menjadi masaalah kerana tanaman ini kurang diserang serangga perosak dan penyakit. Pokok yang sihat akan mula sesuai untuk dituai dengan mengambil daunnya secara mencantas atau kutip mengikut kesesuaian sebelum dihantar untuk diproses menjadi pelbagai produk kesihatan dan perubatan. Semuga artikel ini memberikan sedikit maklumat berguna kepada anda mengenai penanaman pokok gelenggang. Bersambung seterusnya...Wasallam!
Produk daun gelenggang dipasaran. |
BUNGA KUNING...DAUNNYA DIGUNA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA...
PENYAKIT KULIT ... BOLEH DIUBATINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.