PRODUK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan segala jenis produk yang berasaskan kepada buah durian dan bahagian lain dari pokok durian. Banyak buah durian yang terhasil setiap tahun di Malaysia, Thailand dan Indonesia apabila musimnya sampai. Kebanyakan buah ini adalah untuk pasaran segar domestik dimana buah durian memang tidak tahan lama. Bergantung kepada varieti dan pengurusan lepas tuai, buah ini tidak boleh disimpan lebih dari 2-3 hari sebelum merekah dan kualiti isinya akan menurun. Banyak kajian telah dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk durian berasaskan isibuah durian. Pembangunan untuk Produk Nilai Tambah (value added) durian dan perlanjutan tempoh penyimpanan buah matang diantara usaha yang dijalankan. Selain itu usaha juga dibuat untuk memanjangkan tempoh pemasaran (tempoh musim durian), mengurangkan bau yang kuat (untuk pasaran luar negara melalui udara), mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan amalan agronomi pertanian kearah yang lebih baik. Pelbagai produk berasaskan durian telah dicipta untuk tujuan ini bagi tujuan pemasaran dan penggunaan hasil durian yang optima. Artikel malam ini saya menulis satu lagi artikel mengenai durian dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai produk durian dalam Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog saya.
16. TEMPURA DURIAN
Tempura Durian merupakan produk baru yang mula diminati oleh ramai orang. Tempura durian disediakan secara komeril oleh mereka yang pakar dalam menyediakan produk tempura ini. Tempura durian disediakan dengan membalut isi durian yang telah diadun dan dibalut dengan kulit (selalunya sejenis tepong) dan disimpan dalam sejukbeku. Tempura mentah ini perlu digoreng dengan minyak masak (Lihat foto sebelah) atau menggunakan microwave sehingga panas dan masak dan sedia untuk dimakan. Pek bungkusan tempura durian boleh dibeli daripada pasaraya besar yang dijual didalam peti sejuk. Harga tempura durian agak berpatutan dari banyak syarikat pengeluar tempatan. Kalau menginap di Hotel New York, Johor bahru dan mengambil jamuan makan makan bulan Ramadan, sering dihidangkan tempura durian goreng yang merupakan satu daya penarik hotel tersebut. paling seronok kalau dapat makan free dihotel tersebut.
17. CREPE DURIAN
Crepe Durian ini merupakan produk berasaskan durian yang terkini dan mula diminati oleh ramai penggemar produk berasaskan durian. Mulanya saya sangka ianya adalah 'Kerepek Durian" kalau mereka yang menyebutnya kurang jelas. Sebenarnya crepe durian ini adalah 'Lempeng berintikan durian' yang digulong seperti bentuk bantal (Lihat foto disebelah). Kalau mereka banyak duit boleh beli di pasaraya sahaja dengan harga lingkungan RM10.00 satu pek dan bawa balik rumah untuk dipanaskan dan dimakan. Rasanya ramai diantara kita boleh buat crepe durian sendiri kerana sangat mudah disediakan dan boleh rujuk buku resepi atau buka dalam internet sahaja untk mencari resepi. Mudahnya hidup sekarang! Senang cari ilmu.
18. PERABOT KAYU DURIAN
Perabot Kayu Durian banyak disediakan dari pokok kayu durian yang keras jenis kayunya. Antara perabot berasaskan kayu durian yang sering dijual dipasaran adalah seperti Set Meja dan Kerusi Makan, Almari, Gerobok simpanan baju, Meja Ruang Tamu, Katil, Bingkai Cermin, Kerusi setti dan sebagainya. Kayu durian yang mempunyai warna cerah amat cantik dijadikan perabot kerana ianya tahan lasak dan menarik. Walau pun kayu durian agak jarang diperolehi dipasaran, namun jika ada penebamgan pokok tua yang besar dan banyak maka nilai kayunya juga boleh memberikan pendapatan tambahan kepada pemilik pokokk durian.
19. BIJI DURIAN
Biji Durian boleh digunakan untuk beberapa produk lagi. Bagi produk makanan, saya memang suka rebus biji durian dan dimakan sebagai makanan berkhasiat. Biji durian rebus yang masih panas boleh dipotong dua dan ia kelihatan melekit (sticky) didalam bahagian isinya didalam yang berwarna krim (Lihat foto sebelah). Rasanya lemak tetapi jangan makan bahagian tunas kerana rasanya memang agak pahit dan tidak sedap. Sesuai dihidang semasa suam panas dan dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan perasa lain. Makanan berkhasiat ini belum dikomersilkan direstoran-restoran jika ada permintaan sebagai satu produk makanan berkhasiat. Biji durian banyak dihasilkan setiap musim buah durian dan harganya tentu murah kalau diborong dilokasi jualan durian segar.
20. KOMPOS KULIT DURIAN
Kompos Kulit Durian merupakan satu lagi produk yang boleh disediakan. Kulit durian merupakan komponen yang terbanyak dari buah durian yang boleh dikumpulkan dan diproses sebagai bahan asas untuk dijadikan baja kompos. Kulit ini perlu dikujmpulkan dan dicampor dengan bahan asas kompos yang lain seperti tahi ayam, sekam padi, rumput, sisa tanaman lain dan diproses menggunakan bahan mikrob berfaedah (beneficial microorganism) sehingga menjadi kompos. Kompos dari kulit durian boleh digunakan semula kepada pokok durian untuk meningkatkan kesuburan dan menambahkan nutrien dalam tanah.
Begitulah empat episod berkaitan dengan produk berasaskan durian yang saya dapat kumpulkan kali ini. Dalam buku yang saya baca, di Thailand terdapat sebanyak 32 jenis produk makanan berasaskan buah durian yang telah dikomersilkan. Produk-produk tersebut banyak yang telah mencapai kepada tahap produk pasaran ekspot keseluruh dunia. Malaysia juga harus mempertingkatkan 'commercialization' produk yang berasaskan durian. Semuga srtikel-artikel tersebut memberikn ilmu pengetahuan tambahan kepada anda semua. Wasallam!
MACAM-MACAM ... HASIL DARI DURIAN....
KEBANYAKANNYA... UNTUK DIMAKAN...
KULIT DURIAN .... PERLU DI GUNAKAN...
SIAPA PANDAI ... DUIT BOLEH DI JADIKAN...
By,
M Anem
Room 310, Hotel Jelai,
Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(17 Safar 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.