ATEMOYA (Annona squamosa Mill.) merupakan sejenis buah yang seakan buah Nona Kapri atau macam Durian Belanda daripada keluarga Anonaceae. Melihat kepada foto diatas, pastinya ramai orang Malaysia akan kata buah tersebut adalah buah Nona Kapri (Annona muricata) yang ada ditanam di negara kita. Atemoya juga dipanggil sebagai 'Custard Apple' . 'Sugar Apple' dan di Taiwan ia popular dengan gelaran 'Pineapple Sugar Apple'. Buah atemoya ini dipercayai hasil daripada kajian oleh saintis di USA dan kini ditanam dibanyak kawasan diseluruh dunia seperti di USA, Taiwan, Filipina, Australia dan negara-negara di Amerika Selatan. Kebanyakan buah ini dimakan segar atau dibuat jus minuman atau dimakan bersama ais kerim.Cara makan adalah dengan membelah buah kepada dua, ambil sudu dan senduk isi didalamnya untuk dimakan segar. Kita di Malaysia jarang untuk membeli atau mendapatkan buah atemoya. Tanaman ini boleh ditanam dikawasan tropika dan subtropika sama ada di kawasan tanah tinggi agak sejuk atau tanah pamah tetapi ia tidak tahan kepada salji. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah iaitu buah atemoya yang popular diluar negara tetapi agak kurang popular di negara kita untuk bacaan dan rujukkan anda semua.
Tumbuhan atemoya adalah jenis pokok renek hijau yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencecah hingga 7-9 meter (Lihat foto sebelah). Pokoknya mempunyai banyak cabang dan mempunyai daun yang rimbun yang lebat. Daun berbentuk ovat, epiliptik, lanceolate atau bentuk lain dan berwarna hijau kekuningan (Rujuk mengenai bentuk daun - Klik disini). Daun yang berukuran 6 - 12 cm panjang dan 4 - 9 cm lebar ini mempunyai susunan bersilang (alternate) dan mempunyai kurang bulu pada permukaan atas tidak seperti daun cherimoya. Bunga atemoya berbau harum dengan bentuk kelopak yang panjangnya 3-4 cm dalam susunan 2-3 kuntum satu jambak bunga (Lihat foto dibawah). Buah atemoya adalah buah jenis agregat mempunyai bentuk yang pelbagai seperti bentuk hati, bentuk bulat leper dan sebagainya. Buah berukuran 10 - 20 cm panjang dengan lebar 10 cm dan anggaran berat sekitar 200 - 450 gram sebiji. Kulit berwarna hijau dengan ada ketak-ketak dimana ia mudah dipotong apabila cukup masak. Isinya berwarna putih salji dengan berair, manis, aroma yang enak dan mengandungi beberapa biji berwarna hitam didalamnya (Lihat foto paling bawah sekali). Biji ini tahan lama disimpan.
Pokok atemoya ini asasnya mempunyai dua jenis iaitu mempunyai isi putih krim dan juga yang berwarna merah. Bagaimana pun memang terdapat banyak varieti atemoya yang ditanam diseluruh dunia. Diantara beberapa varieti atemoya yang popular seperti 'Page', 'Bradley', 'Mammoth', 'Island Beauty' dan banyak lagi. Beberapa rujukan yang saya baca mendapati terdapat lebih daripada 20 varieti atemoya yang ditanam diseluruh dunia. Kita di Malaysia tidak pasti jika ada beberapa varieti atemoya ada yang telah menanamnya. Tumbuhan atemoya ini juga agak tahan ditanam dikawasan tanah rendah yang panas, kelembapan tinggi dan banyak hujan. Kajian menunjukkan buah atemoya akan rosak jika buah akan masak ketika musim hujan.
Proses pendebungaan atemoya berlaku dimana ia jenis mendebunga sendiri (Self-pollination) walau pun ada masaalah keserasian masa keluar bunga jantan dan betina berlainan masa. Kurang agen pendebunga yang dapat membantu proses pendebungaan ini. Beberapa proses 'pendebungaan berbantu' dengan tangan amat berkesan mengatasi masaalah pendebungaan pada masa sesuai. Tumbuhan ini memang boleh ditanam didalam pelbagai jenis tanah. Pertumbuhan terbaik bagaimana pun perlukan jenis tanah yang subur dengan saliran yang baik. Antara musuh yang menyerang atemoya adalah ulat pengorek batang, ulat pengorek buah dan juga masaalah penyakit karat daun.
Penanaman atemoya adalah menggunakan biji benih terpilih. Biji benih berwarna hitam ini tahan lama jika disimpan dengan baik selama beberapa tahun. Kaedah membiak melalui vegetatif juga boleh dijalankan dengan masa berbuah lebih cepat. Biji benih perlu dibuat rawatan dengan merendam dalam air bersih selama 2-5 hari sebelum disemai didalam bekas berpasir. Setelah ia tumbuh 3-5 minggu kemudian dengan ketinggian 8 - 10 cm bolehlah dimasukan didalam polibeg dan disimpan sehingga berumur 1-2 tahun dinurseri. Pokok penanti ini boleh dicantum dengan baka dari pokok atemoya yang berkualiti atau juga boleh ditanam terus keladang. Jarak penanaman cherimoya 7-9 meter empaat segi sama. Aktiviti cantasan pembentukan dijalankan dari peringkat awal untuk kita mendapatkan bentuk pokok seimbang. Pembajaan menggunakan baja organik dan baja NPK dengan kadar disyorkan. Pengairan perlu diberikan sepanjang pokok masih muda terutama pada musim panas.
Pengeluaran hasil atemoya lazimnya berlaku selepas 3.5 - 4 tahun selepas penanaman. Bilangan buah sepokok adalah mengikut umur dimana mampu menghasilkan sebanyak 50 biji buah sepokok pada umur 5 tahun dan akan terus meningkat. Secara amnya sebanyak 5 mt/hektar buah atemoya mampu dihasilkan setahun. Buah yang matang dilihat dengan warna kulit buah hijau kekuningan atau kulit tidak keras dan dipetik menggunakan tangan. Buah perlu di simpan pada suhu sejuk 10 celsius untuk penghantaran pasaran jarak jauh. Selepas dikeluarkan dan didedahkan kepada suhu bilik, buah akan masak ranum dalam masa-34 hari sahaja. Buah ini memang enak dimakan segar kerana aromanya yang kuat dan rasa manis yang sesuai.
Wasallam!
POKOK ATEMOYA...ADAKAH IA DI MALAYSIA?...
RUPA SEPERTI NUAH NONA... IA BERBEZA...
BANYAK DITANAM...DILUAR NEGARA...
SUDAH BACA... BERTAMBAH ILMU KITA...
By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rabiulawal 1434H)
POKOK ATEMOYA |
BUNGA ATEMOYA |
BUAH ATEMOYA DI POKOK |
ISI BUAH ATEMOYA |
RAK JUALAN ATEMOYA |
Wasallam!
Jus atemoya..enaknya |
RUPA SEPERTI NUAH NONA... IA BERBEZA...
BANYAK DITANAM...DILUAR NEGARA...
SUDAH BACA... BERTAMBAH ILMU KITA...
By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rabiulawal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.