Support My Blog

Wednesday, February 20, 2013

DURIAN - PRODUK DURIAN 3


PRODUK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan segala jenis produk yang berasaskan kepada buah durian dan bahagian lain dari pokok durian. Banyak buah durian yang terhasil setiap tahun di Malaysia, Thailand dan Indonesia apabila musimnya sampai. Kebanyakan buah ini adalah untuk pasaran segar domestik dimana buah durian memang tidak tahan lama. Bergantung kepada varieti dan pengurusan lepas tuai, buah ini tidak boleh disimpan lebih dari 2-3 hari sebelum merekah dan kualiti isinya akan menurun. Banyak kajian telah dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk durian berasaskan isibuah durian. Pembangunan untuk Produk Nilai Tambah (value added) durian dan perlanjutan tempoh penyimpanan buah matang diantara usaha yang dijalankan. Selain itu usaha juga dibuat untuk memanjangkan tempoh pemasaran (tempoh musim durian), mengurangkan bau yang kuat (untuk pasaran luar negara melalui udara), mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan amalan agronomi pertanian kearah yang lebih baik. Pelbagai produk berasaskan durian telah dicipta untuk tujuan ini bagi tujuan pemasaran dan penggunaan hasil durian yang optima. Artikel malam ini saya menulis satu lagi artikel mengenai durian dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai produk durian dalam Part 1, Part 2 , Part 3 dan Part 4 untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog saya.


11.  CANDY DURIAN 
Candy Durian adalah manisan yang diperbuat daripada hasil durian yang mempunyai rasa dan aroma durian. Candy Durian atau kita suka panggil sebagai gula-gula durian disediakan menggunakan bahan asas seperti isi durian, gula, susu, tepong dan sebagainya yang dibalut dengan plastik atau kertas yang sesuai. Candy durian mudah didapatii dimana-mana kedai atau supermarket dengan harga amat murah. Gulongan kanak-kanak merupakan mereka yang suka akan candy durian. Kalau kita singgah di Swarnabumi International Airport di Bangkok, kita akan jumpa banyak candy atau gula-gula berasaskan durian dijual dikedai dalam Aiiport. Sesetengahnya dibungkus semacam candy tradisional durian tradisional sahaja. Candy durian sesuai dimakan semasa memandu kereta uuntuk menghilangkan rasa mengantuk akibat keletihan.


12.  COKLAT DURIAN

Coklat durian merupakan satu kombinasi produk koko dengan durian yang kini semakin popular dikalangan peminat coklat. Coklat berperisa durian ini disediakn menggunakan bahan coklat bermutu dimana diadun dengan tepong durian atau pes durian sehingga sebati dan dimasak sebelum di bungkus dalam pek yang sangat menarik. Kebanyakan coklat durian adalah lapisan coklat di bahagian luar kulit dan intinya yang berwarna kekuningan mengandungi isi dan perasa durian. Apabila kita mengigitnya, akan terdapat perisa koko dengan perisa durian yang lemak dan juga aroma durian. Sesuai dimakan semasa 'travelling' dan memberikan tenaga yang banyak serta seakan kenyang yang agak lama kerana kandungan tenaga dari gula yang tinggi. Di lapangan terbang, harga coklat durian ini saya dapati memang agak mahal.


13.  JEM DURIAN
Jem Durian antara produk popular yang dihasilkan dari isi durian. Jem durian dihasilkan melalui proses mengadun isi durian dan dimasak bersama bahan campuran lain sehingga menjadi jem dan dibotolkan dalam botol kaca yang menarik. Jem ini sesuai untuk disapu pada roti sebagai perasa durian yang manis, lemak dan mempunyai aroma durian. Produk jem durian mudah dibeli dari pasaraya ternama dengan harga yang sederhana dan berpatutan. Permintaan produk jem durian sama seperti jem nenas, jem strawberry, jem oren dan sebagainya. Jem durian juga sesuai dijadikan inti untuk makan biskut.


14.  DODOL DURIAN
Dodol durian merupakan produk tradisional yang popular di Malaysia semenjak dulu kala. Penyediaan dodol duriam sama seperti penyediaan dodol biasa cuma dimasukkan isi durian ketika proses menggaul semasa memasak durian. Dodol durian pada masa dulu hanya disediakan untuk hidangan hari raya dimana terdapat buah durian dikampong yang disediakan untuk tetamu yang berkunjung semasa harii raya puasa. Kini dodol durian kini telah dikomersilkan dengan pembungkusan yang menarik dan lebuh tahan lama disimpan berbanding dengan kaedah konvensional. Dodol durian sesuai dimakan pada bila-bila masa dan memang enak kerana ianya manis, ada perisa dan aroma durian.


15.  BUBUR KACANG DURIAN
Bubur Durian merupakan produk makanan berasaskan bubur paling tradidional dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Rasanya ramai rakyat Malaysia yang minat dan suka akan bubur durian kerana memang mudah menyediakannya dan rasanya yang enak dan berkhasiat. Bubur durian disediakan dengan merebus kacang hijau sehingga lembut, masukkan biji dan ulas durian, gula melaka, santan kelapa, sedikit garam dan ramuan lain seperti halia mengikut kegemaran. Apabila sudah sebati, tutup api dan sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan untuk hidangan minum petang dalam keadaan suam panas. Semasa makan bubur kacang ada yang masukkan roti atau 'biskut mayat' didalam bubur kacang sebagai gaya makan bubur kacang durian. Saya juga dapati ramai yang suka makan bubur kacang yang sejuk daripada peti ais. 
Wasallam!


PRODUK DURIAN .... LAMA SEJARAHNYA...
DI BUAT DODOL... BEREBUT MEMBELINYA...
BUBUR KACANG... BUBUR DURIAN NAMANYA...
BILA DIMANISKAN... GULA @ CANDY JADINYA...

By,
M Anem
Room 310, Hotel Jelai,
Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(18 Safar 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...