KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, February 8, 2013

APRICOT KERING

APRICOT KERING (Dried apricot) merupakan satu produk daripada buah Apricot (Prunus armeniaca) daripada keluarga Rosaceae yang sangat popular dipasaran. Kita di Malaysia sering dihidangkan apricot kering semasa melawat mereka yang baru balik daripada menunaikan ibadah fardhu haji atau umrah sebagai buah tangan daripada Serambi Mekah. Buah apricot kering memang sejenis buah yang berkhasiat dimana didapati mengandungi banyak mengandungi bahan mineral, vitamin dan juga fiber. Banyak kajian telah dijalankan dimana buah apricot dan apricot kering mampu mengatasi masaalah Kanser (Tumor) terutama yang berkaitan dengan kanser prostat. Bahan 'amygdalin' dalam buah ini merupakan bahan penting semulajadi dalam buah apricot yang boleh menyembuhkan masaalah kanser prostat. Apricot juga mengandungi banyak bahan 'anti-oxidants' seperti bahan 'carotenoids' yang baik untuk masaalah penyakit jantung, mengurangkan masaalah kandungan kolesterol tidak baik dan mampu mengawal kanser. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah apricot kering dan proses penyediaan buah apricot ini untuk menambah ilmu pengetahuan kita semua yang membaca blog ini sebagai sambungan daripada artikel semalam agar kita lebih berilmu.


Proses pertama didalam penyediaan buah apricot kering adalah dengan memilih buah apricot masak yang segar yang dipetik dari ladang. Pilih buah yang segar, keras (firm), cukup warna oren dan keringkan selepas dipetik. Basuh buah tersebut dengan air bersih yang dicampur dengan cuka. Buangkan tanda-tanda titik hitam yang terdapat pada kulit buah kerana ia akan mencacatkan buah apricot apabila kering kelak.Buah ini kemudian di belah untuk mengeluarkan bijinya menggunakan pisau tajam. Seterusnya tekan bahagian kulit buah kedalam sehingga terbalik isinya. Ia kelihatan dimana kulit di masukkan kedalam dan bahagian isi buah diluar.  Proses ini dipanggil 'popping back of the apricot' bagi memudahkan proses pengeringan. Seterusnya adalah proses merendam buah apricot. Jika tidak direndam segera, ini akan menyebabkan berlaku proses 'oxidation' dimana ia menyebabkan buah menjadi hitam. Rendam buah apricot selama 5 minit didalam larutan lemon (1/4 cawan air jus lemon dicampur dengan 1 cawan air bersih). Cara ini akan mengurangkan berlakunya kulat atau fungi tumbuh semasa dijemur kelak.


Kaedah mengeringkan buah apricot boleh dijalankan dengan 3 cara iaitu kaedah tradisional iaitu dibawah sinaran matahari, menggunakan peralatan khas seperti 'food dehydrator' dan menggunakan 'oven'. Buah apricot perlu disusun dalam satu lapisan diatas dulang (tray) dengan susunan tidak bertindih (Lihat foto sebelah). Elakkan dari ia bertindih kerana ini akan merosakkan kualiti. Jarakan antara buah pada kadar sesuai supaya ada ruang udara diantara kepingan buah tersebut. Jika menggunakan kaedah pengeringan oven atau dehydrator, kepingan apricot boleh disusun rapat sedikit.  Cara menjemur dibawah matahari perlukan suhu tinggi 100 darjah dengan kelembapan rendah. Kaedah meletakan buah diatas bonet kereta paling bagus kerana bahang kereta mampu memberikan kepanasan mencukupi untuk proses pengeringan buah apricot dengan lebih cepat dibawah matahari.


Kaedah pengeringan menggunakan 'food dehydrator' merupakan kaedah baik kerana menggunakan kurang kos tenaga berbanding dengan menggunakan oven (Lihat foto sebelah). Jika suhu dikeliling amat sesuai untuk mengeringkan apricot dengan sinaran matahari, kaedah food dehydrator ini amat signifikan bagi mendapatkan kualiti appricot kering yang lebih baik. Bagaimana pun pengeringan menggunakan oven merupakan satu kaedah yang praktikal untuk mengeringkan apricot walau pun perlukan kos membeli oven atau membayar kos tenaga. Suhu didalam oven sekitar 135 darjah adalah ideal untuk mengeringkan buah apricot secara terkawal dan seragam mutunya. Buah boleh disusun dengan mudah didalam dulang untuk dimasukkan kedalam oven.


Buah apricot yang telah dikeringkan perlu diuji tahap kekeringannya. Elakkan daripada terlalu kering dimana ia terlalu rangup dan lazimnya akan diproses untuk dijadikan tepung apricot. Sebaiknya buah tersebut masih ada kelembapan yang sesuai untuk dinikmati kemanisan dan kelazatan buah apricot kering (Lihat foto sebelah). Buah apricot yang telah kering lazimnya boleh dikeringkan semula (Redehydrating) dengan megukus diatas air panas semala 20 -30 minit iaitu ditutup dengan kain seingga lembut. Ia boleh dijemur semula selepas proses tersebut sehingga sesuai kering. Apricot kering boleh disimpan didalam balang kaca, didalam kontainer atau bungkusan plastik yang sebaiknya adalah kedap udara. Kaedah penyimpanan yang baik boleh menyimpan apricot kering sehingga 12 bulan.  Lazimnya tandakan tarikh pengeluaran pada bekas simpanan dan simpan didalam tempat sesuai. Buah apricot kering mudah kita beli di Hypermarket atau kedai biasa dengan harga yang mampu kita beli untuk mendapatkan produk tersebut. Mwmang enak dan lazat buah apricot kering!


Menjemur apricot di Turki dibawah matahari.
APRICOT KERING....ENAK RASANYA...
BUAH DIPOTONG...DIKERINGKANNYA...
DIJEMUR PANAS.... BAWAH SURIA...
GUNAKAN OVEN...KUALITI HASILNYA...

By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 RabiulAwal 1434H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...