KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 7, 2011

TONGKAT ALI

TONGKAT ALI (Eurycoma longifolia) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok saka yang digunakan sebagai herba kesihatan dari keluarga SIMARAUBACEAE. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English). Tumbuhan Tongkat Ali banyak terdapat dikawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan sedikit di Vietnam, Laos, Thailand serta di Kawasan Asia Tenggara yang Lain. Kenapa pokok ini diberi nama Tongkat Ali di Malaysia?.... Mungkin kerana khasiat yang terkandung didalamnya yang merujuk kepada kekuata seks lelaki sehinggakan kekuatannya mampu menongkat 'Ali nya".Artikel kali ini di paparkan tanaman tongkat ali yang saya baca dari beberapa artikel dan lawatan saya kebeberapa ladang tongkat ali yang berskala sederhana di Pahang, Johor dan Perak.


Tongkat Ali adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang lurus yang tumbuh menegak keatastanpa bercabang seperti pokok lain. Batangnya bulat dan berdaun pada bahagian pucuk dengan ketinggian mampu mencapai 15 meter atau lebih dari 50 kaki terutama dikawasan hutan semulajadi. Daunnya berbentuk pinnate dengan ukuran 20-40 cm panjang (8-16 inci) dengan sebanyak 13-40 helai daun pada satu tangkai (Lihat foto sebelah). Pemerhatian saya di Ladang Tongkat Ali di Stesen PORIM di Jengka Pahang yang ditanam di kawasan Ladang Kelapa Sawit mendapati pokoknya tinggi dengan batang yang panjang akibat perebutan cahaya matahari dengan pokok kelapa sawit. Tumbuhan ini sesuai ditanam dikawasan yang ada pelindung dan kurang 'perform' pada kawasan terdedah terus dibawah matahari. 


Pokok Tongkat Ali mempunyai akar yang dalam dan panjang dan walaupun pokok baru berumeu 2-4 tahun tetapi amat sukar untuk mencabut dengan tangan oleh seorang lelaki dewasa. Ini kerana sistem pengakarannya yang kuat dan kuat (tidak mudah putus). Bunganya keluar dari pokok tongkat ali yang berlainan (dioecuous flower) dan mempunyai 5-6 kelopak dalam satu tangkai. Pendebungaan berlaku secara silang oleh agen pendebungaan dan menghasilkan buah berry berukuran 0.5-2 cm garispusat yang berwarna hijau gelap semasa muda dan akan bertukar menjadi merah apabila cukup matang. Biji ini hanya terdapat jika pokok tongkat ali ditanam banyak disatu-satu kawasan secara tersusun rapat. Bunah yang masak akan gugur dan boleh tumbuh daijadikan anak benih. Kaedah pengeluaran anakbenih tongkat ali adalah melalui pembiakan dari biji benih.


Tongkat Ali di tanam menggunakan anakbenih dari bijibenih terpilih yang disemai dalam polibeg. Walau pun proses untuk menyediakan anakbenih agak lama tetapi sepokok anakbenih dijual pada harga pasaran RM 7.00 -RM 15.00 sepokok bergantung kepada saiz anak benih dan jumlah diperlukan. Kawasan yang sesuai untuk menanam tongkat ali sebaiknya kawasan tanah mineral yang mempunyai naungan dan saliran sangat baik. Jarak penanaman disyorkan antara 6-7 meter sediakan lubang penanaman yang diberikan baja asas organik. Pada peringkat awal penanaman dibolehkan berkan baja NPK atau baja penggalak akar bagi mempercepatkan kadar pertumbuhan. Jika menanam di bawah ladang kelapa sawit tidak perlu program pembajaan kerana baja pokok sawit boleh di berikan juga kepada pokok tongkat ali.


Pokok tongkat ali secara semulajadi dihutan lazimnya lambat membesar berbanding dengan pokok tongkat ali yang ditanam dibawah kebun kelapa sawit kerana berlaku proses penjagaan dan pembajaan. Ada laporan daripada PORIM dan FRIM yang menyatakan penuaian hasil boleh dibuat seawal 3-5 tahun iaitu menuai pokok untuk proses penjarangan. Kualiti hasil dari pokok tongkat ali ini juga sama dengan pokok yang berumur berbelas tahun dari segi kandungan khasiatnya. Kaedah menuai adalah dengan mencabut keseluruhan tumbuhan secara manual atau mekanikal untuk mengeluarkan semua bahagian tumbuhan tersebut. Bahagian Akar pokok merupakan komponen utama yang di perlukan tetapi untuk tujuan di proses semua bahagian pokok termasuk batang , daun dan buah boleh digunakan. 


Amalan secara tradisi bahagian akar akan dikeringkan dan dipotong kecil-kecil sebelum di jadikan bahan campuran dalam minuman. Pengalaman saya cuba mengigit akar tongkat ali yang saya beli dari Orang Alsi di Kampong Peta, Mersing, Johor kali pertama mendapati ianya adalah 'SANGAT PAHIT'. Pada masa ini kaedah terbaik untuk memproses hasil dari tumbuhan tongkat ali adalah dengan mengisar halus menggunakan pengisar. Serbau atau debuu tongkat ali yang dikisar mempunyai permintaan yang tinggi dari pengusaha-pengusaha makanan dan minuman berasaskan tongkat ali. Terdapat banyak produk minuman berasaskan tongkat ali dipasaran menggunakan bahan asas serbut tersebut. Jangan anda tertipu dengan dakwaan sesetangah syarikat yang menghasilkan produk mengandungi tongkat ali tetapi mungkin hanya menggunakan serbuk kayu lain sebagai ramuannya. Siapa nak periksa?


SANGAT TERKENAL..TONGKAT ALI..
BANYAK DI PROMOSI...KHASIAT DAH PASTI...
BOLEH DITANAM...DENGAN BENIH DI UJI...
MENANAM TONGKAT ALI...MEMANG BERPOTENSI...


By,
M Anem
Segamat
Johor
(Subuh 6.15 pagi 7 Ramadan)       

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...