KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 29, 2011

RENDANG DAGING

RENDANG DAGING adalah satu jenis makanan yang diperbuat daripada daging, rempahratus, santan dan beberapa ramuan lain untuk hidangan istimewa. Sempena 30 Ramadan ini saya terpanggil untuk menulis teknologi pembuatan rendang daging sebagai satu coretan subuh hari dari Melaka. RENDANG lazimnya diperbuat untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha yang dimakan bersama-sama dengan ketupat nasi, ketupat pulut atau dengan nasi putih biasa. Rendang merupakan makanan yang terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Selatan Thailand dan juga Filipina. 


Rendang disediakan menggunakan bahan asas iaitu daging segar (atau daging beku impot) dan ayam segar (Paling sedap dengan ayam kampong) yang dimasak dengan santan dan kerisek kelapa serta rempahratus, garam dan gula. Cara memasak perlu difahami untuk menghasilkan rendang yang sedap, enak, agak tahan lama dan disukai semua ahli keluarga. Rendang dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat pulut semasa Hari Raya dengan ahli keluarga dan untuk Majlis-majlis Rumah Terbuka. Hidangan Rendang, Ketupat, Sate, Kuah Kacang, Lodeh dan lain-lain menu merupakan satu kebangaan rakyat Malaysia.


Saya sertakan satu resepi menyediakan Rendang Daging untuk panduan para pembaca yang ingin membuat rendang pada jamuan hari raya. 

Resepi Rendang Daging


Bahan Asas Rendang Daging
1 kilo Daging lembu (Daging segar terbaik)
1 biji kelapa – diambil santannya
Daun limau purut ( di hiris )
Daun kunyit yang dihiris halus- boleh juga kalau masukkan kedua2nya
1 – 2 keping asam gelugur @ 1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa
2 sudu besar kerisik - mesti disediakan dulu


Bahan untuk di kisar
10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar


Cara penyediaan Rendang Daging


1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum dan kemudian masukkan daging segar yang telah dibasuh serta masak hingga daging cukup masak dimana ianya agak kecut. Pastikan api dikawal dengan baik untuk tidak terlalu kuat sehingga kemungkinan akan hangus. Sentiasa periksa dan kacau jika perlu.


2. Masukkan santan kelapa dan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut. Ketika memasak pastikan api dijaga terutama jika  memasak menggunakan kayu api.


3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa kedalam kuali dan jangan terlalu banyak garam. Apabila telah hampir masak kemudian dimasukkan bahan kerisik, daun kunyit atau daun limau purut yg telah dihiris.


4. Apabila telah pasti cukup masak dimana kepekatannya sesuai makanbolehlah diangkat dan dihidangkan. Jangan terlalu basah (cepat basi) atau jangan terlalu kering (rasa tidak sedap dan keras). Pastikan dihidangkan dengan makanan ketupat atau juadah lain. Simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada masa lain.


Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!
SELAMAT MENCUBA!


MAKAN RENDANG...RENDANG DAGING...
BERSAMA KETUPAT...ATAU SERUNDING...
JANGAN MAKAN BANYAK..NANTI PENING...
HIDANGAN INI ... HIDANGAN PENTING...


By,
M Anem
Pt Bengkok, Ledang,
Johor
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...