KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 8, 2011

KUPANG

KUPANG atau SIPUT SUDU merupakan sejenis SIPUT (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk hidangan istimewa Makanan Laut. Terdapat siput sudu di dalam Air Laut (Pteriomorpha spp) dan juga didalam Air Tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga sejenis Kupang Zebra (Heterodonta spp). Nama Kupang pula popular dikalangan masyarakat di SelatanTanah Air dan beberapa dikawasan lain ianya lebih dikenal dengan nama Siput Sudu. Hidupan ini mempunyai dua keping kulit berbentuk seperti sudu yang berwarna hijau berlumut dan akan mudah terbuka apabila di masak. KUPANG juga merupakan nama sebuah Bandar di NTT Indonesia sementara di Utara Semenanjung Malaysia, 'Kupang' juga bermaksud sebagai Duit Syiling Malaysia. Duit syiling 50 sen juga di panggil sebagai '50 kupang'. Artikel subuh 8 Ramadan ini saya terpanggil menulis mengenai Siput Sudu atau Kupang berdasarkan pembacaan beberapa buah buku dan pengalaman penulis sendiri membuat kajian mengenai ternakan kupang di Melaka, Johor dan Selangor.


Saya telah mula mengenali ternakan Kupang pada awal tahun 1980'an lagi semasa bertugas dengan MIADP di Melaka dimana salah satu daripada projek perikanan laut yang di jalankan adalah menternak Kupang Laut di pantai Sg. Rambai Melaka oleh PNK Melaka Selatan (LKIM). Projek ini telah dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut. Dikawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampong plastik dan tali kupang digantung dibawahnya (Lihat foto). Benih-benih kupang semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai. Walau pun musim pembenihan dan penuaian kupang berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (Kupang kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.


Kupang atau siput Sudu mempunyai Kulit Keras berwarna hijau coklat yang mengandungi bahagian isi kupang yang berwarna kuning oren dan hitam (Foto sebelah). Isi kupang akan melekat pada bahagian pangkal siput sudu dengan kuat dan ianya merupakan bahagian isi yang paling sedap di makan sebagai makanan laut. Kulit kupang akan terbuka didalam air dan memerangkap plankton dalam air sebagai makanan (Filtering process) dari ianya kecil sehingga membesar. Benih anak kupang yang melekat pada tali akan berkumpul dan membentuk satu bongkah kupang sehingga seberat 100 - 300 kg satu tali (bergantung kepada musim dan lokasi). Pemeriksaan dijalankan mengikut kesesuaian masa dimana kupang yang telah besar boleh di tuai sementara yang kecil-kecil dibiarkan untuk membesar. Pastikan ada giliran menjaga kawasan ternakan kupang pada waktu menuai kerana jika tidak dikawal maka orang lain akan datang menuainya.


Semasa saya tinggal di Kesang, Muar, Johor sebagai AO Muar terdapat gerai kupang hampir dengan rumah sewa dan menjual kupang segar setiap musim pengeluaran utama. Kupang segar bersaiz kecil dijual dari bulan Mac - Jun dan bersaiz sederhana dari bulan Jun - Julai sementara selepas itu kebanyakkannya akan bersaiz besar. Sebenarnya saya lebih suka yang bersaiz sederhana kerana rasa isi kupang lebih manis dan tidak terlalu keras. Lazimnya dijual RM 2.50 - RM 6.00 sekilogram bergantung kepada musim tetapi pembeli akan beli dalam amaun RM 10.00 satu kali. Kupang segar akan diambil dari kawasan ternakan kupang dipesisir pantai Kesang, Parit Jawa, Sg. Rambai dan sering juga bekalan datang dari Pontian atau Johor Bahru. 


Salah satu menu utama yang di hidangkan di Gerai Ikan Bakar Umbai, Melaka atau Medan Ikan Bakar Kandang yang paling popular adalah 'KUPANG MASAK SWEET SOUR' yang dijual pada harga RM 8.00 - RM 15.00 satu pinggan (bergantung kepada saiz dan musim). Medan Ikan Bakar Kg. Sabak Awor di Muar juga menghidangkan Kupang Sweet Sournya kepada pengunjung yang datang tetapi dengan harga yang lebih murah dari di Melaka tadi. Menu Kupang Sweet sour ini dimakan bersama dengan NASI LEMAK dan ikan bakar istimewa yang dijual di lokasi tersebut. Setiap bulan akan saya makan dengan anak-anak di kedua-dua lokasi tersebut dan menu kupang tersebut memang menjadi satu kemestian untuk dihidangkan.


Industri ternakan kupang di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu. Masaalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan kupang perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau. Sampel-sampel kupang sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan kupang dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya. Pernah satu masa dulu air laut di sg Rambai timbul masaalah 'RED ALGAE' yang menyebabkan kupang beracun tidak boleh dimakan akibat pencemaran kualiti air laut. Pembangunan sektor industri di kawasan darat menyebabkan kualiti air laut tercemar dengan teruk yang mengakibatkan kupang tidak hidup atau pun jika hidup mengandungi organisma dan kandungan kimia merbahaya.


MAKANAN KUPANG...JUGA SIPUT SUDU....
BOLEH DITERNAK....JUMLAH BERIBU2...
RASA ENAK...MASAK SWEET SOUR TAU....
DIMAKAN SEGAR...ELAKAN YANG TIPU....


You may like to read:-
1. Tiram Sungai Muar (Klik disini)
2. Udang Galah (Klik disini)
3. Industri Ikan Akuarium di  Malaysia (Klik disini)
4. Ikan Laga (Klik disini)
5. Belut (Klik disini)
6. Rumpai Laut di Malaysia (Klik disini)
7. Industri Perikanan Malaysia (Klik disini)
8. Ikan Hiasan (Klik disini)


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Subuh 5.25 pagi ; 8 Ramadan 2011)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...