Support My Blog

Sunday, October 1, 2023

KEGUNAAN KAYU BULOH - APA DIA?

POKOK BULOH
(Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel tulisan saya mengenai bulog sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana s
aiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4  tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai kegunaan dari tanaman buloh sebagai bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Penulis blog dapati batang kayu dari pokok buloh 
merupakan bahan semula jadi yang sangat bagus untuk dijadikan bahan asas dalam pembinaan bagi  sesebuah bangunan atau fasiliti serta pelbagai kegunaan lain. Jika pembaca blog semua inginkan kelainan daripada batu bata dan simen sebenarnya memilih kayu buloh adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk dijadikan bahan binaan. Di antara beberapa kelebihan-kelebihan kayu buluh sebangai bahan binaan termasuk faktur ketahanan, kecantikan serta kos. Pokok buloh memang sangat Mudah Didapati kerana buluh merupakan bahan semula jadi yang sangat mudah tumbuh. Batang buloh di Malaysia selalunya banyak diambil daripada dari hutan atau rumpun buloh yang ditanam sendiri dikawasan kampong. Oleh itu memang batang buloh di kampong selalu digunakan untuk pelbagai tujuan dan dijadikan bahan makanan juga (rebong). Di kampong selalunya bahan binaan yang dihasilkan dari kayu buloh adalah lebih murah berbanding dengan bahan lain (tetapi sekarang ini sudah terbalik maksudnya kerana bahan binaan buluh berkualiti juga sudah mahal). Kayu buloh adalah bahan yang Kuat dimana jika ia diawet dengan betul maka kayu buluh dapat dijadikan tiang asas sesebuah binaan dan dapat bertahan untuk jangka masa yang lama. Ia juga boleh menampung berat yang tinggi. Selain itu kehebatan kayu buloh adalah dimana ia adalah Ringan jika hendak dinilai dibandingkan dengan jenis kayu lain. Kayu Buluh merupakan bahan yang ringan dimana selalunya dikilang dimana ia tidak memerlukan jentera yang besar untuk mengendalikan kerja-kerja pembinaan. Selain itu apa yang penulis blog tahu dimana kos juga dapat dapat dikurangkan memandangkan kayu buloh tidak memerlukan begitu banyak tenaga kerja untuk mengendalikannya. Tumbuhan buluh diantara jenis tumbuhan yang mampan (sustainable) kerana ia mudah tumbuh liar atau pun ditanam dan ia dilihat hanya memerlukan masa yang singkat untuk matang. Pokok buloh juga adalah merupakan bahan yang mampan dan bagus untuk ekonomi serta kelestarian alam sekitar kalau buloh ini ia hendak dibandingkan dengan kayu balak yang memerlukan masa yang lebih lama untuk matang. Pada penulis blog mendapati dimana kayu buloh yang dijadikan bahan binaan memberikan Nilai Estetika disebabkan oleh ciri keunikan dan keindahan kayu buluh menambah kepada nilai estetika sesebuah binaan. Contohnya apabila dilihat bangunan chalet-chalet dan alat kelengkapan perabutnya di buat dari kayu buloh maka ia menjadi suatu daya tarikan dan kecantikan yang unik berbanding dengan bahan binaan lain.


Pokok buluh merupakan tumbuhan yang mudah hidup dengan cepat dan agak sukar di musnahkan pula. Dikalangan para saintis pertanian ada mengelarkan pokok buloh ini sebagai 'Worst Weed of The World' atau ringkasnya sebagai 'www'. Memang t
erdapat banyak pokok buluh liar di Malaysia dimana pokok buloh lazimnya mudah hidup terutamanya di tebing sungai. Pokok buluh mempunyai batang yang lurus dan mempunyai ruas begitu juga dengan bahagian daun pokok buluh yang mana ia berbentuk tirus. Penulis blog dapati pokok buluh mempunyai banyak kegunaan. Paling utama adalah apabila 'Batang Buloh' yang dituai dan diproses untuk menjadi pelbagai jenis produk atau barangan sama ada untuk bahan bakar, bahan binaan, bahan kraftangan dan sebagainya. Pada zaman dahulu dimana ada kegunaan penting apabila batang-batang buluh yang diikat rapat boleh digunakan untuk dibuat rakit dan digunakan sebagai alat pengangkutan penting di atas air. Rakit Buloh ini sering digunakan sebagai alat pengangkutan di sungai dimana ia mudah dibina, tahan lasak, boleh membawa muatan banyak dan praktikal. Batang buluh yang dibelah kecil-kecil dan diraut panjang boleh dibuat 'Bubu' atau 'Lukah' yang sesuai ianya digunakan untuk menangkap ikan di sungai, tasek atau pun didalam sawah padi. Ada banyak jenis bubu di buat untuk kegunaan pelbagai tujuan. Buluh yang telah siap diraut rapat-rapat dengan berukur lilit bulat dan berbentuk bujur. Bubu boleh digunakan untuk memerangkap ikan di sungai dimana saya ada menulis artikel mengenai bubu atau lukah 13 tahun lalu dan boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila Klik Disini)Batang buluh juga boleh dibuat pelbagai jenis perabot seperti kerusi, meja dan barang-barang perhiasan. Barang-barang yang diperbuat daripada buluh juga boleh dijual kepada para pengguna dan para pelancong dalam bentuk kecil untuk ianya dijadikan sebagai cenderahati. Paling ketara dimana batang buluh juga boleh dijadikan alatan muzik seperti angklung dan seruling. Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Seruling pula adalah sebuah alat muzik dari famili alat tiup kayu atau woodwind. Berlainan pula dengan alat berlelidah, seruling ialah sebuah alat aerofon atau alat tiup tanpa rid yang mengeluarkan bunyi daripada aliran udara yang merentasi lubang. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik. Mengikut klasifikasi instrumen muzik Hornbostel-Sachs, seruling atau flut dikategorikan sebagai alat muzik tiupan. Dalam pada itu penulis blog dapati dimana ruas tengah buluh yang ditebuk boleh dibuat sarung lemang yang merupakan sejenis  makanan atau kuliner terhebat turun temurun. Lemang merupakan pulut yang dimasak bersama santan di dalam buluh khas yang di bakar sehingga masak. Makanan lemang buloh menjadi hidangan istimewa setiap kali ketibaan Hari Raya Puasa. Dalam pada itu hasilan 'rebung buluh' yang tumbuh sebagai anak sulur keluar pokok buluh merupakan sejenis sayuran paling penulis blog suka. Rebung ini boleh dimakan dan sedap apabila dimasak lemak cili api. Ia juga boleh di jadikan rebung buloh jeruk yang di minati oleh ramai penduduk Malaysia sehingga kini.


Pokok buluh banyak tumbuh di mana sahaja termasuk di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya. 
Pokok buloh merupakan salah satu tumbuhan yang suka tumbuh di permukaan tanah bergambut dan selalu tumbuh secara berkelompok. Pokok buloh selalu mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada rebungnya atau umbut yang boleh dimakan sebagai lauk sayur seisi keluarga. Paling awal digunakan batang buloh adalah sebagai Rakit. Pokok buloh ini dipilih yang batangnya lurus dan mempunyai ruang udara di dalamnya serta terapung di air untuk dibuat rakit. Zaman dahulu batang pokok buloh ini merupakan salah satu kenderaan rakit atau kemudahan pengangkutan sungai dari satu kawasan ke kawasan lain. Masih ingatkan pembaca kalau dikampong dahulu (sebelum ada tong gas memasak) dimana batang buloh akan digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak?. kayu buloh yang kering memang ia juga boleh dijadikan bahan bakar untuk memasak makanan di dapur rumah. Ia haruslah dikeringkan terlebih dahulu agar ianya mudah terbakar. Selalunya pokok ini juga sangat mudah diperolehi dan di potong dengan saiz yang kecil untuk dijadikan kayu api di rumah. Paling ketara adalah di kampong Orang Asli di Malaysia dan Penduduk Kampong di Indonesia dimana kayu buloh digunakan untuk Membuat Rumah Kediaman dan Rumah Haiwan dan sebagainya. Kayu buloh yang mempunyai ketahanan yang kukuh memang ia amat sesuai untuk dijadikan rumah iaitu khususnya bahagian lantai, dinding dan juga rangka rumah. Selain itu juga penulis blog dapati ia juga boleh dijadikan atap dengan membelanya seperti zink bagi mengelakkan hujan memasuka rumah. Pokok bambu juga mudah di bentuk kerana ianya lurus dan sangat sesuai untuk di aplikasikan dengan bentuk rumah yang disukai pemiliknya. Memang bahan dari buloh sesuai dibuat Tikar dimana walau pun pada zZaman teknologi dengan penggunaan mesin yang canggih dimana pokok buloh masih boleh dijadikan tikar. Kayu buloh ini akan dihiris secara kecil dulu mengikut saiz yang pembuat dikehendaki agar mudah untuk dicantumkan atau di anyam menjadi tikar yang cantik dan tahan lama. Memang kayu buloh tidak dapat diasingkan sebagai Alat Muzik. Batang buloh juga boleh dijadikan pelbagai alat muzik seperti Seruling, Gitar buloh, Wisel dan banyak lagi bergandung kepada kreativiti seseorang. Dalam masa sama selalunya hasil ukiran daru buloh juga serta yang dibuat produk kraftangan memang ia boleh dipasarkan di pasaran tempatan dan eksport. Produk kraf berasaskan buloh adalah sangat baik dimana ini secara tidak langsung mampu menjadi sumber kepada pendapatan ekonomi isi rumah yang rajun berusaha. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA BULOH... KUAT KAYUNYA....
JADI BAHAN BINAAN... CANTIKNYA....
BAHAN BAKAR... DI ANYAM JUGA...
PELBAGAI PRODUK... ADA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...