Support My Blog

Sunday, October 22, 2023

BAGAI DURI DALAM DAGING

Satu peribahasa agak lama yang berkaitan dengan makanan dan pertanian kali ini adalah 'BAGAI DURI DALAM DAGING' dimana ia memberi makna mendalam dalam masyarakat tempatan. Peribahasa ini gunakan bagaimana ada duri didalam daging yang merbahaya dan mengancam akan kesihatan manusia dan sesiapa yang memakannya. Apa pun melalui beberapa bulu teks dan di lamanweb dimana peribahasa inni membawa maksud sebagai 'Sesuatu perkara yang amat tidak menyenangkan hati' yang jelas semua orang mungkin akan menghadapinya. bagi menjelaskan akan peribahsa in lebih baik menggunakan c
ontoh ayat seperti 'Kehadiran anak saudaranya dari kampong yang menumpang dirumah Ahmad mempunyai sifat yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah dimana perkara ini memang tidak lagi boleh menyenangkan keharmonian keluarganya'. Secara umumnya dagig (merujuk kepada daging haiwan yang enak dimakan seperti daging lembu, daging kambing, daging ayam, daging haiwan buruan, daging ikan dan sebagainya) adalah sejenis makanan agak mewah masa dulu. Penulis blog masih ingat pada tahun 1970an dulu dimana keluarga akan hanya dapat makan daging (ayam atau lembu) setahun hanya beberapa kali sahaja masa itu. Ini kerana keluarga dikampong perlu ternak ayam  dan kembing yang akan disembelih apabila cukup umur dan bilangannya tidak seperti zaman moden sekarang mudah membeli daging ayam dan daging lembu sepanjang masa setiap hari. Kini sudah ada pula perkhidmatan membeli barang basah termasuk daging ayam secara on-line sahaja. Memang sungguh bangga dan gembira apabila ada ayam kampong uang disembelih dan di masak ungkep dimakan dengan nasi putih. Masa itu keenakan ayam kampong masak kicap pun sangat enak dimakan selepas balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Apa pun artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan satu peribahasa lama bagai duri dalam daging untuk dijadikan pencetus dalam teknologii pertanian sebagai bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog sering juga ditanya APAKAH DIA PERBEZAAN DIANTARA DAGING MERAH DENGAN DAGING PUTIH?
... Ramai orang Malaysia merupakan masyarakat yang dikatakan sederhana didalam memakan daging didalam menu makanan mereka. Bagaimana pun dilaporkan dimana orang Malaysia lebih banyak memakan daging putih berbanding dengan daging merah kerana kita mempunyai bekalan ayam yang melebihi permintaan setiap tahun. Sebenarnya diantara contoh daging merah termasuk Daging Lembu, Daging Kambing, Daging Kerbau, Daging Babi dan sebagainya manakala daging putih termasuklah Daging Ayam, Isi Ikan dan lain-lain. Daripada aspek penternakan lazimnya kebanyakan haiwan boleh dikategori sebagai sama ada daging merah atau daging putih. Secara asasnya memang terdapat banyak perbezaan yang penulis blog dapati diantara kedua-dua jenis daging ini secara fizikal. Ini kerana daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi dimana pada darah merah dilaporkan amat tinggi kandungan bahan seperti Zinc, Riboflavin, Niacin, Thiamin, Vitamin B6, B12, Zat Besi (Iron) yang selalu ada diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Oleh kerana itu maka faktor kepada keperluan tenaga maka daging merah biasanya akan digunakan semasa peringkat proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika ianya hendak dibandingkan dengan daging putih. Artikel ini ditulis panjang dimana boleh diakses dengan pautan (Sila klik disini) sahaja. Daging merah pula jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab masaalah kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi daripada laporan saintifik maka pengambilan makanan daging merah selalunya ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.


Merujuk kepada beberapa tulisan artikel dimana 
Duri (thorn atau spine) adalah merupakan segala macam bagian tumbuhan atau haiwan yang berujung tajam dan cukup keras sehingga cenderung melukakan lapisan kulit atau permukaan tubuh lainnya. Duri pada penulis blog merupakan istilah yang umum (generik) dimana secara teknikal ia boleh merujuk kepada istilah yang berlainan iaitu sesuai dengan cara terbentuk dan asal-usulnya (ontogeni). Duri yang ada pada tumbuhan (Duri Tumbuhan) mempunyai bentuk dan fungsi dengan duri yang berada pada haiwan (Duri Haiwan). Pada penulis blog dalam dunia  botani  mendapati dimana duri dapat dijumpai pada berbagai organ. Duri merupakan organ aksesori dan berfungsi sebagai alat perlindungan diri dari pemangsa mahupun sebagai alat adaptasi iaitu khususnya terhadap cuaca kekeringan seperti pokok kaktus yang tumbuh digurun panas dan kering. Dilihat dari cara pembentuknya dimana selalunya duri berasal dari proses pengubahsuaian organ pokok tumbuhan (sama ada ia dari daun, batang atau akar) sebagai organ 'spine' dan dianggap sebagai 'Duri Sebenar' tetapi jika ia terjadi dari sel-sel epidermis ditambah jaringan di dalamnya (emergentia) ia adlah 'duri melekat'. Duri sebenar selalu ia adalah keras, berkayu dan tajam serta memang sukar untuk ditanggalkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika ia ditanggalkan maka akan terdapat luka ketara dan dilihat mengeluarkan cecair atau getah. Terdapat juga jenis Duri Akeseori yang selalu dijumpai pada batang, daun dan juga buah. Asal usul terbentuknya jenis duri ini adalah dari jaringan epidermis dengan atau tanpa jaringan korteks. Duri aksesori mudah tanggal dan tidak memiliki kompponen pembuluh didalamnya. Selain iatu ada jenis Duri Batang dimana ia paling mudah ditemui pada batang bunga ros atau bunga mawar. Duri pada permukaan daun biasanya berbentuk kecil-kecil dan duri pada buah dapat dijumpai misalnya pada kulit buah durian. Terakhir adalah jenis Duri Haiwan dimana antaranya adalah Landak, Ikan dan Avertebrata. Apa yang penulis blog lihat dimana duri pada landak sebetulnya adalah rambut yang termodifikasi menjadi besar dan mengeras. Duri landak tersusun dari bahan yang sama dengan rambut yaitu keratin, suatu protein. Dalam pada itu Duri Ikan pula sering dijumpai diluar dan didalan badan ikan. Banyak jenis ikan mempunyai duri seperti ikan puyu, ikan keli, ikan buntal, ikan keli dan banyak lagi yang mana ia merupakan striktur (tulang ikan) atau diluar sebagai senjata pertahanannya.


Menarik kisah dalam utusan.com bertajuk 'Anggota polis jangan menjadi duri dalam daging' yang berkaitan dengan tajuk peribahasa dibincangkan. Dilaporkan dimana para anggota polis jangan jadi ‘duri dalam daging’ rakan sepasukan Md. Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan iaitu pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di IPD Lumut, Perak. Anggota dan pegawai polis diingatkan agar tidak menjadi ‘duri dalam daging’ dan racun kepada rakan sepasukan dengan menimbulkan pelbagai masalah dan kesalahan disiplin yang mencemarkan nama baik pasukan itu. Ketua Polis Perak masa itu Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata jika ramai pegawai dan anggota pasukan itu yang mahu bertugas dengan cemerlang, berintegriti dan berdisiplin tetapi akan ia dirosakkan dengan segelintir anggota yang bermasalah. Anggota jangan menjadi seperti nila (yang merosakkan susu sebelanga) kepada anggota lain yang mahu bertugas mendapatkan pendapatan yang halal,” katanya berucap pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah. Semua pegawai dan anggota harus melihat tugasan mereka sebagai jihad di jalan Allah dan tidak mengulangi kesilapan dilakukan anggota yang telah dibuang kerja, ditahan kerja dan diturunkan pangkat sebelum ini. Orang ramai sentiasa melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi yang diharapkan apabila mereka menghadapi masalah dimana mereka akan memerlukan perlindungan serta keselamatan. Justeru, nasihat beliau agar pegawai dan anggota polis menjalankan tugas dengan integriti, berdisiplin, bersemangat dan berlandaskan undang-undang agar sentiasa dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan masyarakat. Pada masa sama dia menegaskan agar semua pegawai dan anggota pasukan polis perlu terus melaksanakan tugas dengan tata kelola yang baik, mental yang kuat serta mengetahui peranan tugasan yang diberikan. Semua pegawai, penyelia dan anggota perlu memahami tugasan masing-masing, mengikut arahan dan jangan melakukan perkara yang dilarang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua sekali pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAGAI DURI...ADA DALAM DAGING DIA....
PERIBAHASA LAMA... SUSAHKAH SAHAJA...
MEMBELI DAGING... PILIH SEGAR MAHALNYA...
ELAKKAN KENA DURI... MEMANG IA BERBISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...