Support My Blog

Sunday, October 15, 2023

TANAMAN BULUH - AGRESIF ATAU PASIF DI MALAYSIA

POKOK BULUH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia. Seua boleh merujuk artikel tulisan saya mengenai buloh sebelum ini dengan membuat pautan (Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos Linn.), Buluh Minyak  (Bambusa vulgaris)Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu  (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya ada menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti penanaman buluh di Malaysia sama ada agresif atau pasif di Malaysia sebagai bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Industri buluh di Malaysia dilihat seakan pasif walau pun dari kacamata pilak pelaksana dan pengusaha buluh dilihat seakan agresif. Dalam pada itu dilihat pihak k
ementerian sentiasa prihatin dan berusaha untuk dapat memperkasakan perkembangan industri buluh di Malaysia. Dilaporkan nilai pasaran global bagi buluh dan produk keluaran buluh adalah dianggarkan berjumlah USD 59.3 billion (RM280.16 billion) pada tahun 2021 sementara nilai eksport produk atau keluaran buluh dari Malaysia pada masa ini adalah masih rendah iaitu jika ianya hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Kemudian merujuk laporan MTIB dimana bagi tahun 2022, nilai eksport produk buluh adalah berjumlah RM14.46 juta iaitu berlaku banyak peningkatan sebanyak 66.1 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM8.70 juta. Malaysia dilihat masih lagi bergantung kepada pengimportan produk buluh dari negara-negara lain seperti China, Indonesia dan Vietnam. Nilai import produk buluh bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM129.18 juta iaitu peningkatan sebanyak 44.8% berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM89.22 juta. Apa pun terkini, terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi aktiviti dalam industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan. Apa pun bagi pelaksanaan pembangunan industri buluh dilihat masih tiada penubuhan agensi baru dan Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) diman ada program yang telah dilancarkan seperti Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia bagi tahun 2021 - 2030 yang memberi tumpuan kepada lima (5) teras strategi utama iaitu bagi i) Pengukuhan dasar dan perluasan sumber; ii) Peningkatan modal insan, kepakaran dan kapasiti; iii) Pengukuhan Inovasi, teknologi dan R&D&C; iv) Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan v) Pengukuhan strategi pemasaran dan perkongsian pintar. Setiap teras strategik ini akan menjadi penentu aras dalam perancangan bagi tujuan untuk merancakkan perkembangan industri buluh di Malaysia samada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga berperanan dalam memperkasakan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh di peringkat global.


Dalam pada itu pihak kementerian melalui anak syarikat MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB) telah pun membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian dan Penyelidikan Buluh seluas 1.72 hektar di Lahat, Perak. Kaedah ini dilaporkan memberi bertujuan untuk meningkatkan kemampuan penghasilan anak benih buluh berkualiti. Fasiliti ini dijangka mampu menghasilkan 30,000 anak benih buluh sebulan untuk menampung permintaan penubuhan ladang buluh di Malaysia. Sehingga kini dilaporkan dimana tujuan pembinaan tapak semaian ini telah siap sepenohnya dan telah memulakan pengeluaran anak benih buluh secara tisu kultur mengikut sasaran. Kementerian melalui agensi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sudah melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan kesedaran pengguna serta meningkatkan potensi industri buluh Negara seperti berikut (i) Menubuhkan Model Ladang Buluh seluas 15 hektar di Hulu Terengganu dengan kerjasama di antara MTIB dan Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). Ia melibatkan penanaman plot kajian dari spesies buluh Betung, Beting, Beti, Brang, Madu, Beema dan Semantan. Hasilan daripada penubuhan ladang buluh contoh ini akan memudahkan rujukan pemain industri ini bagi melihat potensi buluh dalam konteks perladangan itu sendiri; kedua (ii) Membangunkan Manual Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan yang melibatkan 3 komponen iaitu Penulisan Manual Buluh yang memberi penerangan lengkap penggunaan buluh dalam pembinaan, Pembangunan Binaan daripada Struktur Buluh yang boleh memberikan gambaran penggunaan buluh secara terperinci dari segi fabrikasi dan rekabentuk serta Latihan Sumber Manusia meliputi pengenalan spesies buluh serta teknologi pemprosesan buluh; (iii) Menyediakan pinjaman mudah untuk membangunkan ladang buluh dengan nilai RM10,000/hektar kepada syarikat yang layak; dan (iv) Melaksanakan program Pembangunan Community Farming Buluh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi meningkatkan penglibatan usahawan ladang dan penduduk luar bandar serta pendalaman dalam penanaman buluh di tanah hak milik persendirian atau di sekitar rumah kediaman. Program ini melibatkan penyediaan bantuan anak pokok dan baja bagi penanaman buluh. Sehingga 31 Disember 2022 dimana ada sejumlah 90 permohonan yang melibatkan keluasan 169.8 hektar tanah telah diterima oleh MTIB bagi menyertai program ini dan sedang dalam proses penilaian untuk dipertimbangkan bagi proses selanjutnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 permohonan melibatkan keluasan 63.67 hektar telah diluluskan dan agihan anak benih buluh dan baja sedang dijalankan bagi tanaman buluh.


Sebagai satu langkah agresif untuk mengkomersialkan buluh dimana pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) diminta menjalankan kajian lanjut bagi memastikan nilai komersial industri buluh dapat dipertingkat. Dilaporkan dimana walaupun sudah 10 tahun Sambutan Hari Buluh Sedunia dilihat dimana perkembangan industri itu masih perlahan atau agak pasif. Bagaimana pun dilihat belum terlalu lambat untuk mengambil langkah memastikan negara bergerak ke hadapan dalam industri buluh. Di harap Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) mengambil langkah-langkah lebih agresif untuk pengurusan serta penanaman buluh bagi tujuan komersial. Ini kerana dunia sudah mula bercakap dan menggunalan produk-produk daripada buluh. Sampai ada bangunan, baju serta pelbagai produk lain diperbuat menggunakan tanaman tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Bamboo Sedunia Malaysia (WBD). Dilaporkan pada tahun 2021 dimana industri perkayuan menyumbang sebanyak RM22.7 bilion kepada pendapatan eksport negara dengan peningkatan sebanyak 3% berbanding nilai eksport pada 2020. Bagi nilai eksport produk buluh pada 2021 pula dilaporkan iaitu sebanyak RM8.41 dicatat dan ia dilihat masih lagi rendah kerana nilai import produk buluh pada tahun sama adalah RM89.23 juta. Potensi buluh sangat besar untuk masa depan dan pertumbuhan ekonomi negara, oleh itu perlu dijadikan sebagai satu bidang agrikomoditi bagi menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat. Pihak FRIM juga ada memainkan peranan sangat penting kerana sudah menemui pelbagai jenis buluh. Jadi kita nak minta FRIM melangkah satu langkah ke hadapan lagi untuk mengenal pasti buluh yang berkualiti tinggi dan bagus untuk dikomersialkan. Sekiranya ia dapat komersialkan tumbuhan tersebut maknanya pendapatan juga meningkat, kita boleh fokus menanam buluh berkualiti tinggi. Dilaporkan negara seperti China dan India dimana mereka hanya ada tumbuhan tersebut tetapi tidak fokus dari segi teknologi serta kajian untuk meningkatkan kualiti atau produktiviti. Malaysia lebih kehadapan dalam industri komoditi ini dari segi teknologi.


Menarik bagaimana '
Bamboo One-Stop Centre bakal bantu perkembangan industri buluh Malaysia' dilaporkan dalam media bernama untuk kisah ini dikongsikan. Setakat ini Malaysia dilaporkan dimana negara mengeksport produk buluh bernilai hanya RM8.2 juta dengan permintaan pasaran tempatan masih tidak dapat dipenuhi seluruhnya. Pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bakal menubuhkan Bamboo One-Stop Centre yang akan berperanan sebagai pusat maklumat dan rujukan kepada lebih ramai usahawan buluh Malaysia selain sebagai usaha untuk memperkasa industri hiliran buluh yang bernilai tinggi. Pusat ini dibina di Tadom Hill Resort, Banting, Selangor dengan kos sekitar RM2 juta akan turut berfungsi sebagai pusat informasi setempat termasuk promosi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri buluh. kementerian pilih Tadom Hill Resort ini untuk dijadikan sebagai model kerana tempat ini telah ada asasnya adalah lebih mudah untuk dibangunkan. Ia juga akan kemudian di kembangkan di Pahang dengan pendekatan sama. Tadom Hill Resort merupakan pusat penginapan ekopelancongan berkeluasan 18.2 hektar bertemakan taman buluh unik yang turut berjaya menghasilkan produk buluh komersial seperti cuka dan bio-arang buluh (bamboo bio-char). Kini Malaysia mengeksport produk buluh bernilai hanya RM8.2 juta dengan permintaan pasaran tempatan masih tidak dapat dipenuhi seluruhnya.  Ada seramai 577 pengusaha terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan, arang buluh serta kraftangan.  Diperingkat kementerian pula kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar memulakan perniagaan dalam industri buluh termasuk memberi bantuan RM10,000 bagi setiap hektar penanaman buluh dan pemberian percuma benih dan anak pokok buluh. Semuga artikel panjang ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BULUH... ADA POTENSINYA...
BENIH DISEDIAKAN... BANYAK JENISNYA...
SENANG DIJAGA... CEPAY MENUAINYA...
PELBAGAI PRODUK... BANYAK GUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...