Penulis blog yang meminati makan keladi rebus, keladi goreng dan kerepek keladi mengetahui dimana ada lapan (8) jenis keladi yang boleh dimakan dengan selamat dan tidak gatal. Dalam penulisan sebelum ini data sudah paparkan kesemu 10 jenis keladi tersebut akan tetapi terkini saya akan bincangkan hanya 8 jenis keladi yang selamat di makan. Apa pun jenis keladi tersebut adalah jenis keladi tikus, jenis keladi hitam, jenis keladi air, jenis keladi china, jenis keladi mawar, jenis keladi selatah, jenis keladi pinang dan jenis keladi telur. Dari penelitian yang dilakukan diman akesemus 8 jenis keladi yang boleh dimakan ini pun memiliki banyak khasiat kesihatan diman sebahagiaan diantaranya ada yang sesuai diproses menjadi ubatan, makanan kesihatan, produk kosmetik dan sebagainya. Pembaca blog perlu berhati-hari semasa menuai keladi dikebun atau membelinya dipasar dimana kenalah berhati-hati ketika ingin makan jenis keladi yang boleh dimakan sahaja. Ini kerana banyak jenis keladi yang tidak boleh dimakan (terutama jenis keladi hiasan atau ornamental plants) yang boleh menjejaskan kesihatan apabila di makan. Diluar sana ada ubi keladi yang kelihatannya sama akan tetapi sebenarnya ia mempunyai getah dibatang dan bahagian ubinya menyebabkan gatal. Saya ada membincangkan isu keladi gatal atau keladi biang (ada perumpamaan 'biang keladi') walau pun ia datang dari keladi yang boleh dimakan. Ini kerana kejadian isi keladi menjadi gatal disebeban ia dipetik pada musim hujan dimana selalunya musim ini adalah ia sedia untuk pembiakan.
Jenis Keladi yang paling popular boleh di makan di Malaysia adalah Keladi Cina. Keladi Cina (Colocasia esculenta) pada penulis blog merupakan varieti keladi paling banyak dijual dipasaran. Ia adalah sejenis keladi yang boleh dimakan. Saya ada menulis mengenai keladi cina dalam blog ini yang boleh dibaca dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Proses menanam keladi China hanya memerlukan waktu yang sangat singkat. Bagian keladi china yang boleh dimakan atau diolah adalah ubinya. Pada penulis blog memang sering membeli keladi cina yang ada dijual di pasaraya, pasar basah, pasar malam, pasar tani, pasar tamu, kedai runcit dan sebagainya. Harga jualan sekitar RM10.00 - RM16 sekilogram bergantung kepada saiz dan lokaliti. Apa pun selalunya keladi cina ini sesuai di rebus sahaja, di goreng, di buat pengat atau pelbagai jenis kuih tradisional yang enak. Jenis kedua popular di Malaysia adalah Keladi Mawar yang mana ia sesuai di makan dan banyak di tanam di seluruh negara khususnya di Melaka dan Muar. Penulis blog ada menulis mengenai keladi mawar dalam blog ini yang boleh di akses dengan pautan seperti yang berikut (Sila klik disini). Keladi Mawar adalah jenis keladi yang saiznya sangat besar dibanding jenis keladi lainnya. Berat sebiji keladi mawar dari 2.5 kg - 3.5 kg. Penulis blog selalu membeli keladi ini semasa berada di Melaka dengan harga yang menyamai dengan keladi cina atau lebih mahal sedikit terutama di Pasar Malam Bukit Baru, Melaka. Paling enak keladi mawaar di buat pengat atau di goreng berempah dan dimakan dengan sambal kicap. Pada penulis blog mendapati jenis keladi boleh dimakan yang ke 3 dalah Jenis Keladi Telur atau Keladi Sarawak. Apa pun keladi telur (Colocasia esculentum) adalah jenis keladi yang memiliki saiz ubi besar dan ada banyak saiz ubi yang kecil-kecil dan dijual. Apa pun dibahagian batang keladi telur tidak boleh dimakan kerana ada getahnya berisiko dan ia menyebabkan gatal. Sama juga dengan namanya dimana jenis keladi telur memiliki ubi-ubi yang terlihat seperti telur. Ini jenis keladi yang ditanam dan akan mula berhasil setelah 12 bulan penanaman.
Dilaporkan di Malaysia dan Indonesia ada 5 lagi jenis keladi yang boleh dimakan. Ini termasuklah Keladi Tikus, Keladi Air, Keladi Hitam, Keladi Selatah dan Keladi Pinang. Pertama yang agak susah untuk membelinya adalah jenis keladi Tikus dimana Keladi Tikus (Typhonium flagelliforme) adalah jenis keladi yang boleh dimakan dimana selalu dikaitkan dengan makanan ubatan atau untuk kesihatan. Banyak maklumat teknologi menanam dan fedah keladi tikus dalam tulisan saya dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini). Keladi tikus dikaitkan dengan keupayaan mampu menghalang pertumbuhan sel kanser dan sudah di komersilkan dalam bentuk ubatan moden. Seterusnya adalah jenis Keladi Air iaitu jenis keladi yang sering tumbuh subur di kawasan sawah ataupun kawasan yang berair seperti parit. Nama lain dari keladi air adalah seperti Keladi Rawan ataupun Paku Rawan. Apa pun dilaporkan bagi jenis ini ia adalah keladi yang boleh dimakan pada bahagian batang dan daunnya. Ia dilaporkan berasal dari Brazil dan kini ditanam diberbagai penjuru dunia. Dilaporkan dimana jenis Keladi Hitam (Alocasia plumbea) adalah jenis keladi yang boleh dimakan. Jenis keladi ini dilihat dimana batangnya berwarna sedikit gelap daripada jenis keladi lainnya. Jenis keladi yang boleh dimakan ini biasa diambil pada bahagian batangnya menjadi berbagai makanan. Apa pun pada bahagian ubi keladi hitam tidak boleh dimakan disebabkan ada getahnya dikenal sangat gatal. Habitat keladi ini adalah ia suka tumbuh di kawasan pinggir sungai walau pun ia kini habitat aslinya sudah sangat sulit ditemukan. Ia juga sejenis keladi yang bentuk daunnya bergelombang dan di seluruh permukaannya terdapat tekstur yang menarik. Agak ramai kurang tahu mengenai Keladi Selatah iaitu sejenis keladi yang boleh dimakan. Ia sejenis keladi yang biasa diambil dan diproses pada bahagian ubinya menjadi berbagai jenis makanan. Di Malaysia selalunya jenis keladi selatah biasa dibuat kerepek keladi. Akhir sekali adalah Keladi Pinang iaitu sejenis keladi yang boleh dimakan. Biasanya dimana bahagian keladi pinang yang biasa dimakan adalah bahagian batang dan ubinya. Selalunya ukuran ubi keladi pinang kecil dan lebih kecil dari jenis keladi yang lain. Ini mengapa jenis keladi pinang sangat sesuai dimasak menjadi berbagai macam jenis makanan yang dimakan bersama nasi. Pastikan membeli atau menuai jenis keladi yang boleh dimakan sahaja. Kalau berminat dengan keladi hiasan atau ornamental plant boleh membaca artikel lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
MEMBELI SAHAJA... DI MANA-MANA...
JENIS BOLEH DIMAKAN.. APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU JENISNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, BAndar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rabiulawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.