POKOK BULOH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia. Sila baca artikel tulisan saya mengenai bulog sebelum ini dengan pautan (Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok buluh dari dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan kajian yang dilakukan di Malaysia iaitu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk ia dijadikan bahan rujukkan untuk pembaca semua.
Beberapa laporan mengenai spesis buloh iaitu sebanyak 59 spesies buluh yang terdiri daripada 14 genera yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah di bukukan. Jadual 1 diatas juga menunjukkan dimana disenaraikan 3 kategori buluh iaitu Kategori II (Buloh Lemang dan Buluh Dinding), Kategori III (Buluh Gading, Buluh Galah, Buluh Brang, Buluh Tumpat, Buluh Semantan, Buluh Betingm Buluh Beti dan juga Buluh Semeliang). Bagi kategori IV pula ada 3 jenis iaitu Buluh Duri, Buluh Aur atau Minyak dan Buluh Betong. Dilaporkan dimana jenis Buluh Semantan merupakan antara spesies buluh yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia. Taburan utama buluh adalah di sepanjang Banjaran Titiwangsa dari Negeri Sembilan hinggalah ke Kedah. DAris egi sejarah dilaporkan dimana pada awal tahun 1980-an dimana pihak FRIM telah memperkenalkan 4 spesies buluh jenis monopodial yang dibawa dari China dengan kerjasama University of China. Spesies ini telah ditanam di Genting Highland, Fraser Hill dan Cameron Highland. Spesies tersebut kini masih boleh didapati di Pejabat Hutan Cameron Highland, Pahang. Kadar pertumbuhan spesies ini adalah rendah berbanding di tempat asal. FRIM juga telah mewujudkan bambusetum di dalam kampusnya di Kepong, Selangor sebagai tempat rujukan buluh. Sebanyak 26 spesies buluh telah ditanam yang terdiri daripada 20 spesies tempatan dan 6 spesies yang dibawa dari luar negara. Buluh-buluh tersebut ditanam di kawasan seluas 1.5 ha di FRIM. Selain bambusetum, kajian di dirian asal buluh juga telah dijalankan. Kawasan kajian terletak di Hutan Simpan Chebar, Nami, Kedah. Fokus kajian adalah untuk melihat kadar pertumbuhan semula spesies buluh semantan di dirian asal bagi tempoh 5 tahun tanpa sebarang rawatan. Ladang dirian buluh semantan semulajadi juga terdapat di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Jeli, Kelantan.
Adalah penting bagi penulis blog untuk mengetahui akan sifat anatomi, kimia, fizikal dan mekanikal jenis buluh. Jadual 2 diatas menjelaskan beberapa spesis buluh tempatan setelah di analisa akan penciriannya. Laporan kajian mula melibatkan buluh pecahan (split) dan buluh bilahan (strip) seiring dengan kajian penghasilan produk komposit daripada buluh. Kajian anatomi tertumpu kepada 4 jenis spesies iaitu buluh galah, duri, gading dan semantan. Pada tahun 2019, kajian anatomi terhadap 13 spesies buluh komersial telah dijalankan. Secara amnya, buluh yang telah dikaji dikategorikan mengikut berkas vaskular. Daripada 13 spesies yang telah dikaji, buluh beting dan buluh tumpat mempunyai gentian terpanjang iaitu 4,071 μm dan 3,930 μm. Dari segi nisbah aspek (aspect ratio), 13 spesies buluh tersebut menunjukkan kesesuaian yang baik bagi penghasilan pulpa di mana nisbah aspeknya adalah melebihi 100. Manakala bagi sifat kimia pula, kajian telah dijalankan untuk melihat kandungan kimia seperti selulosa, hemiselulosa, lignin dan sebagainya. Antara spesies buluh yang telah dibuat kajian ialah seperti buluh minyak, duri, semantan, galah dan lain-lain. Ujian spektroskopik dan haba juga telah dijalankan bagi buluh beti dan brang. Selain itu, kajian sifat fizikal juga telah dijalankan seperti ketumpatan dan kandungan kelembapan. Secara amnya, ketumpatan buluh meningkat dari bahagian bawah buluh ke bahagian atas, manakala kandungan kelembapan menurun. Bagi kajian takat tepu gentian (fibre saturation point) hanya 1 spesies buluh telah dibuat kajian iaitu buluh semantan. Sifat fizikal seperti tinggi dan ketebalan batang, panjang ruas dan ketumpatan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POTENSINYA ADA... KURANG DI PERCAYA...
BANYAK KAJIAN... IA SUDAH DILAKSANA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHU CERITA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.