Support My Blog

Tuesday, October 31, 2023

GAJAH BERPERANG , PELANDUK TERSEPIT

Peribahasa lama 'GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH' yang mengkiaskan haiwan gajah dengan pelanduk agak unik kerana ia libatkan gajah yang bersaiz besar dan pelanduk yang bersaiz kecil. 
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk tersepit di tengah-tengah. Jika di rujuk mengenai maksud bidalan ini ia memberi makna iaitu 'Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar akhirnya ia sendiri yang binasa' masih relevan dengan masyarakat hari ini. Bagaimana pun kalangan masyarakat umum masih ingat akan peribahasa ini menjadi kelakar dan viral beberapa tahun lepas dimana seorang menteri kabinet masa itu cuba menggunakannya dalam bahasa Inggeris. Perang merupakan perbalahan antara manusia atau negara menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat serta merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. Dalam pada itu ada keterangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan dengan panduan tentang cara untuk bertahan dalam bencana nuklear iaitu hanya beberapa jam selepas Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa Russia ‘kini berperang dengan Barat’, lapor portal berita Fortune. Termasuk dalam garis panduan itu ialah senarai ubat-ubatan yang perlu disimpan oleh negara-negara di dunia untuk menghadapi situasi kecemasan radioloaktif atau nuklear. Badan kesihatan global itu berkongsi maklumat bagaimana stok ubat yang disimpan boleh digunakan untuk mencegah atau mengurangkan pendedahan kepada radiasi sekiranya bencana nuklear berlaku. WHO memberi amaran bahawa kerajaan-kerajaan di dunia perlu segera menyediakan rawatan untuk radiasi dan pendedahan kepada agen nuklear. Adalah penting bahawa kerajaan-kerajaan di dunia bersiap sedia melindungi kesihatan penduduk dan bertindak balas segera sekiranya berlaku kecemasan. Ini termasuk menyediakan bekalan ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko serta dapat merawat kecederaan akibat radiasi. Potensi bagi senario yang terkandung dalam garis panduan WHO termasuk kecemasan radiasi atau nuklear di loji jana kuasa nuklear dan penggunaan bahan radioaktif yang disengajakan serta ber niat jahat. Senario tersebut boleh mengakibatkan pendedahan kepada dos sinaran maut, namun banyak negara kurang bersedia untuk berdepan situasi berbahaya itu, demikian menurut dokumen WHO. Panduan itu menekankan 'Adalah sangat penting bagi kerajaan-kerajaan dapat bertindak balas dengan cepat terhadap ancaman sedemikian'. Garis panduan baharu itu bagi menggantikan laporan WHO pada tahun 2007 mengenai pembangunan simpanan nasional untuk tujuan kecemasan radiasi. Pertubuhan antarabangsa itu turut mengeluarkan maklumat terkini tentang rujukan stok ubat berdasarkan perkembangan dalam perubatan kecemasan melibatkan sinaran radioaktif pada dekad lalu. Ia menyediakan nasihat asas tentang cara pemerolehan ubat-ubatan yang boleh menghalang atau mengurangkan penyerapan bahan berbahaya radionuklid atau meningkatkan penyingkiran radionuklid dalam tubuh manusia. Panduan itu dikeluarkan ketika Setiausaha Agung Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, Stefano Sannino mengumumkan bahawa Russia telah mengalihkan tumpuan pencerobohan tenteranya di Ukraine. Nampaknya peribahasa ini masih lagi digunakan oleh pihak tertentu didalam menyampaikan ucapan dan masih sesuai sepanjang masa. Apa pun kedua-dua haiwan yang dinyatakan didalam bidalan tersebut memang ada di Malaysia sama ada yang masih liar dihutan atau pun boleh melihatnya didalam zoo sahaja. Artikel pada kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana peribahasa ini diperjelaskan lagi untuk menambahkan pengatahuan kepada pembaca blog semua.


Merujuk beberapa artikel dimana ada jenis 
Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus) ialah subspesies Gajah Asia yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Sekarang Gajah Malaysia diklasifikasikan sebagai sebahagian dari Gajah India (Elephas maximus indicus) kecuali Gajah Borneo (Ia adalah kecil). Ciri-ciri bagi gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai. Gajah Malaysia biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder seperti di Pahang, Perak, Kelantan, Johor Terengganu dan sebagainya. Diet atau makanan utama gajah Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan dan uniknya juga dimana Gajah Malaysia juga suka makan buah-buahan. haiwan Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea. Secara tradisional iaitu terdapat dua spesies yang diakui yang jenis Gajah Afrika (Loxodonta africana) dan Gajah Asia (Elephas maximus). Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 meter dan beratnya mencapai sehingga 7 tan. Gajah mempunyai ciri-ciri unik dikepalanya iaitu ada organ belalai yang digunakan untuk banyak tujuan antaranya bagi bernafas, menyedut air dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai senjata dan alat untuk ia dapat memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan punggung yang cekung, sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung. Haiwan Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Ia cenderung berada di tepi air. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah dimana haiwan pemangsa seperti singa, harimau. dubuk dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan keluarga yang terdiri daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-anaknya. Anak gajah merupakan pusat perhatian kawanan keluarga dan bergantung pada induknya selama lebih kurang tiga tahun. Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam bebas dan liar. Gajah berkomunikasi melalui sentuhan, penglihatan, menghidu dan melalui bunyi suara. Kajian mendapati gajah menggunakan komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. Kecerdasan gajah telah dibandingkan dengan haiwan lain adalah menyamai kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba. Gajah nampaknya mempunyai kesedaran diri dan menunjukkan empati kepada gajah lain yang hampir atau sudah mati.


Haiwan Pelanduk (Tragulus spp.) atau Kancil merupakan sejenis haiwan mamalia yang kecil dan banyak diperkatakan didalam cerita dongeng kepandaiannya di zaman kanak-kanak lagi. Cerita 'Sang Kancil' dengan pelbagai variasi kisahnya memang merupakan satu ingatan kepada kita semua. Bagaimana pun setelah dewasa kebanyakan pembaca blog hanya dapat melihatnya semasa melawat di Zoo sahaja. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai kancil dalam blog ini yang boleh cicapai dengan pautan (Sila klik disini). Memang sukar untuk anda berpeluang melihat pelanduk hidup liar di hutan. Pelanduk dilaporkan sejenis haiwan berkaki empat dari rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Lazimnya haiwan yang didakwa 'cerdik' ini mempunyai berat sekitar 0.7 - 8.0 kg seekor. Bagi ukuran badannya pla cuma sekitar 40 -75 cm dimana ia dikelaskan sebagai haiwan ungulat yang kecil sekali di dunia. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina dan Pulau Jawa. Sesetengah spesis pelanduk kurang dikenali akan tetapi semuanya adalah dipercayai bersifat nokturnal (aktif waktu malam) dan makan daun-daun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal. Pelanduk dilaporkan hidup secara bersendirian atau ianya berpasangan. Biasanya pelanduk jantan tumbuh gigi taring panjang dimana sama ada [elanduk jantan atau pun betina tidak tumbuh tanduk yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain dimana lazimnya pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakan. Membuat beberapa rujukkan dimana pelanduk pada asalnya hanya dikenali dua spesis iaitu dalam genus Tragulus iaitu Tragulus napu (Dikenali sebagai Napuh) yang agak besar saiznya dan Tragulus javanicus (di kenali sebagai Kancil atau pelanduk Jawa) yang saiznya agak kecil. Bagaimana pun kemudian pada tahun 2004, genus Tragulus nigricans dan Tragulus versicolor dipecahkan dari Tragulus napu dan Tragulus kanchil dan Tragulus williamsoni dipecahkan dari Tragulus javanicus. Di Malaysia pelanduk adalah haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 atau P.U. (A) 345 dibawah Jabatan Perhilitan dimana pesalah boleh dihukum jika sabit.


Menarik peribahasa ini di negara kita kerana ada banyak berita menggunakan peribahasa ini. Dalam sebuah portal lokal mindarakyat.com ada kisah bertajuk 'Kancil tersepit kerana gajah tak henti-henti beradu’ yang sesuai dikongsikan. 
Apa pun bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin. “Rakyat ‘jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.’ Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda sempena istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, Perak. Pada 4 Disember lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu tumbang apabila dia gagal bagi mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya. Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali. Dengan itu Ahmad Faizal pun dia berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar Perak. Sebaliknya, selepas hampir seminggu berlalu, Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru. Pada titahnya Sultan Nazri turut menyebut bahawa apa yang berlaku sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua kali, pertama pada tahun 2018 selepas PRU14 sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan. Dia sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional pula. Titah baginda, sifat sebenar seseorang itu akan terserlah ketika beliau mendapat jawatan, kuasa, kekayaan dan harta, sehingga lenyapnya budaya seperti kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak. Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang bersifat ada kepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin. "Beringatlah, semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan' Sultan Nazrin bertitah, pelbagai pihak daripada kalangan pakar perundangan, para pegawai kerajaan, orang perseorangan serta pemimpin PN dan PH mengadap baginda bagi menyampaikan cadangan, pendapat dan saranan masing-masing. Kesemua mereka mempunyai niat dan tujuan yang murni mahu membantu supaya kemelut yang berlaku dapat ditangani. Kepada kesemua mereka sultan telah menzahirkan penghargaan tinggi. Baginda juga menghargai peranan petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan, untuk dapat melaksanakan tugas melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggung jawab kepada rakyat. "Demikian juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal keadaan membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing secara tenteram dan teratur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
GAJAH BESAR...BERLAWAN KEDUANYA...
PELANDUK TERSEPITT... DITENGAHNYA...
ORANG KECIL... TERLIBAT BERSAMA...
AKHIRNYA DIA... MANGSA YANG BINASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulawal 1445H).
Posted from
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...