Support My Blog

Monday, October 23, 2023

ADA ANGIN, ADALAH POKOKNYA

Menarik satu bidalan mudah iaitu 'ADA ANGIN, ADALAH POKOKNYA' untuk dibincangkan pada kali ini dalam blog yang berkaitan dengan sektor pertanian. Bidalan ini juga melibatkan dua perkara iaitu kewujudan 'tiupan angin' yang menyebabkan 'pokok' akan bergoyang dan jika terlalu kuat pula akan menyebabkan akan ada dahan yang patah atau pun buah-buahan berguguran diatas tanah. Dalam keadaan ekstrim pula tiupan angin ini boleh juga menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap rumah atau menyebabkan kes-kes kematian manusia. Apa pun merujuk kepada sumber dinyatakan peribahasa ini sebenarnya membawa makna iaitu 'S
egala sesuatu kejadian itu pastilah ada sebabnya (asal mulanya) bila berlaku' yang masih relevan dengan cara kehidupan masyrakat sehingga kini. Bagi menjelaskan maksud dengan lebih jelas cuba fahami akan contoh ayat yang saya disediakan iaitu 'Pihak polis akan menyiasat terlebih lanjut kes-kes dahulu setiap kejadian jenayah yang berlaku sehingga menganggu ketenteraman awam terutama kes-jes berkaitan dengank dadah dan kecurian bagai bidalan kerana ada angin, adalah pokoknya'. Semua perkara atau kejadian sama ada baik atau kurang baik itu yang berlaku didalam masyarakat atau apa juga pastinya ada penyebabnya dan perlu di kenalpasti jika sesuai untuk membantu didalam usaha mencari jalan penyelesaian. Penyelesaian penyebab segala kejadian ini perlu ditangani dengan baik dan sistematik agar ia tidak berulang lagi atau menjadi ketidak selesaan kepada kalangan masyarakat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas mengenai peribahasa 'ada angin, adalah pokoknya' dalam aspek teknologi pertanian untuk ia dijadikan bahan bacaan semua.


Angin (Wind)
merupakan pergerakan udara dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain yang mana lazimnya ia boleh disebabkan oleh perbezaan tekanan udara yang terdapat di persekitaran didorong 'putaran bumi' atau dari kesan Coriolis. Angin juga berlaku sebab ada 'perbezaan suhu' hasil proses pemanasan suhu mukabumi yang tidak sekata diserata permukaan bumi lalu zarah-zarah gas dalam udara bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah selaras dengan hukum fizik. Apa pun kelajuan angin ini boleh dipantau melalui satelit dan juga beberapa jenis peralatan seperti AlatUkur Angin yang ada dipasang (Sila lihat foto disebelah). Angin yang dirasai di permukaan disukat atau diukur dengan cara menggunakan anemometer  yang mengukur kelajuan dalam unit meter per saat atau 'knot'  serta mengenalpasti arah angin. Kelajuan angin ini selalu diukur dengan kelajuannya dalam unit lazim seperti kilometer sejam. Selalunya angin wujud dalam pelbagai bentuk dan peringkat dengan kelajuan dan tenaga yang dijana sehingga akan mampu dalam membentuk keadaan cuaca dimuka bumi dalam keadaan sama ada biasa atau juga menyebabkan bencana. Kuasa yang dibawa oleh angin ini sudah banyak digunakan sepanjang zaman tamadun manusia sejak dahulu dimana kini ia lebih popular sebagai suatu punca untuk 'menjana eletrik' dengan pemasangan Kipas Gergasi (wind turbine) yang mampu didalam cara mengerakkan generator berkuasa angin atau Wind Turbine Generator (Sila lihat foto paling bawah sekali). Faktor yang boleh menyebabkan terjadinya angin termasuk aspek kecerunan barometrik dimana bilangan yang selalu  menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km dimana semakin besar kecerunan barometrisnya angin semakin cepat. Faktur kedudukan di sesuatu tempat itu jika ia berhampiran dengan garisan Khatulistiwa selalunya kelajuan angin di kawasan itu lebih tinggi berbanding di kawasan lain.  LFaktur ke tiga adalah ketinggian dimana semakin tinggi sesuatu lokasi itu maka kadar angin di kawasan itu akan bertiup dalam kelajuan yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang rendah. Faktur ke empat adalah aspek Waktu dimana angin akan bertiup dengan lebih laju pada waktu siang berbanding pada waktu malam. Arah mata angin dinyatakan menggunakan darjat: angin dari arah utara dicatatkan dari arah 360 darjah, arah timur dari 90 darjah dan begitulah seterusnya; angin yang sangat lemah dan tidak dapat dipastikan arahnya ditandakan "0". Kelajuan angin dirumuskan berdasarkan skala Beaufort yang juga mampu memperolehi maklumat mengenai tenaga yang dihasilkan.


Pokok (Tree)
merupakan 'tumbuhan berkayu' dalam alam tumbuhan (plants). Semua jenis tumbuhan berkayu' akan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan dan daun. Berlainan dengan tumbuhan herba (herbaceous plants) yang tidak mempunyai kesemua ciri diatas adalah tidak dipanggil pokok. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama jika ia berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian melebihi dari 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005 ada dilaporkan dimana terdapat kira-kira 400 bilion pokok di seluruh dunia atau jika dianalisa mempunyai purata 61 pokok untuk setiap orang. Apa pun pada penulis blog dimana antara bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akar, badan, dahan, ranting dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem) dan tisu pengangkutan floem (phloem). Apa pun sebenarnya kayu pada batang pokok itu terdiri daripada sel xilem dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).  Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah. jika dilihat diatas permukaan tanah dilihat iaitu batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok terdapat susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan. Pokok durian (Durio zibethinus) sebagai contoh mempunyai sistem percabangan menarik jika dibentuk dengan baik.


Dalam portal bharian.com dilaporkan ada kes bagaimana 'Maut dihempap kelapa di kebun sendiri' yang berlaku di Sabak Bernam amat memilukandan berkait dengan tajuk artikel ini. Dilaporkan bagaimana seorang lelaki maut di tapak bekas rumah lamanya di Jalan Haji Sabri, Kampung Sungai Tegar, Sungai Air Tawar, selepas ditimpa pokok kelapa.  Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Abdul Latif Md Nor (58) yang sedang mengayuh basikal pulang ke rumahnya selepas ke kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar, apabila sebatang pokok kelapa tumbang menimpanya. Menurut sepupu mangsa dikenali Mustafa Hajiri nyatakan dimana Abdul Latif pernah menetap bersama arwah bapanya di situ sejak dilahirkan sebelum mereka berpindah ke rumah baharu kira-kira satu kilometer dari tapak asal. Arwah yang dilahirkan di situ memang tidak sangka dia meninggal dunia di tapak bekas rumah lamanya yang kini menjadi kebun kelapa. Apa pun rumah lama mereka dirobohkan dan tanah itu ditanam pokok kelapa, namun tak sangka, tanaman berusia puluhan tahun itu meragut nyawa arwah. Kali terakhir beliau bertemu Abdul Latif kira-kira dua hari lalu di sebuah kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar. Selama dia kenal arwah, tak pernah pula dia minta saya duit, tak sangka kelmarin (Jumaat), dia minta saya duit RM10. Itu kali terakhir saya bertemu dengannya dan sempat hulur RM10 kepadanya. Dalam pada itu isteri mangsa, Raba'yah Yahadi berkata yang arwah suaminya itu tinggal bersendirian di rumah pusaka arwah bapanya, manakala beliau menetap di rumah anak kedua mereka, Abdul Halim, 28, di Parit 9, Sekinchan. Dia juga  yang sudah berkali-kali ajak dia tinggal dengannya tapi dia tak mahu duduk sini sebab nak jaga rumah pusaka arwah bapanya. Sesekali kami anak beranak balik ke kampung ziarah arwah di rumahnya. Kematian suaminya itu kemudian dimaklumkan anak sulungnya selepas menerima panggilan telefon daripada adik perempuan mangsa. Mereka amat rasai kehilangannya, lebih-lebih lagi dia seorang pendiam dan tak banyak bercakap. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam berkata mangsa cedera serius di bahagian dada akibat dihempap pokok kelapa berkenaan kerana pokok kelapa terbabit tiba-tiba tumbang dipercayai ditiup angin kuat.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA ANGIN... BIASA DAN KUAT TIUPANNYA...
POKOK TUMBVANG... MEMANG MERBAHAYA...
MEROSAKAN TANAMAN... BAWA MAUT JUGA...
SEMUA KEJADIAN... PASTI ADA PUNCANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...