Support My Blog

Wednesday, October 4, 2023

PENYELIDIKAN BULOH DI MALAYSIA - BAGAIMANA? (Pt 2)

POKOK
BULOH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia. Sila baca artikel tulisan saya mengenai buloh sebelum ini dengan pautan (Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok sehingga dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripada perdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak  (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu   (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong  (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan kajian yang dilakukan di Malaysia iaitu dari Institut Penyelidikkan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk ia dijadikan bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Kajian mekanikal pula berdasarkan bentuk buluh iaitu ia sama ada dalam bentuk asal (buluh bulat), pecahan (split) dan bilahan (strip). Bagi kajian mekanikal buluh bulat, tumpuan hanya diberikan kepada 4 spesies iaitu Buluh Galah, Buluh Duri, Buluh Gading dan Buluh Semantan yang mana ia menggunakan piawaian IS 6874 sebagai rujukan. Dilaporkan dimana didapati buluh galah mempunyai nilai Modulus of Rupture (MOR), Modulus of Elasticity (MOE) dan tekanan yang tinggi berbanding buluh-buluh yang lain. Manakala bagi buluh pecahan, kajian ke atas 13 spesies komersial telah dijalankan di mana buluh lemang menunjukkan nilai MOR dan MOE yang tinggi iaitu 263 N/mm2 dan 21,136 N/mm2 , masingmasing, berbanding spesies lain yang dikaji. Mengenai aktiviti melakukan rawatan kepada buluh dilaporkan ada 
beberapa jenis rawatan yang telah digunakan untuk melindungi buluh daripada serangan serangga perosak dan kulat. Kajian berkaitan pengawetan yang telah dijalankan lebih tertumpu kepada 3 spesies buluh iaitu semantan, duri dan gading. Rawatan buluh boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Rawatan Secara Tradisional dan Rawatan Secara Konvensional. Rawatan secara tradisional adalah seperti kaedah sapuan dan pengasapan. Manakala rawatan konvensional melibatkan peralatan dan bahan pengawet. Pelbagai jenis bahan pengawet telah digunakan seperti Chromated Copper Arsenate (CCA), Alkaline Copper Quaternary (ACQ), Borax, bahan pengawet berasaskan pelarut organik berketumpatan rendah/Light Organic Solvent Preservative (LOSP) dan tributyltin oksida (TBTO). Sejak kebelakangan ini, rawatan menggunakan perekat fenolik juga telah dijalankan. Melalui kaedah ini, kestabilan dimensi buluh sama ada buluh bilah atau berlaminasi telah ditambah baik. Secara tidak langsung ia telah mempertingkat kestabilan dimensi dan kekuatan buluh yang telah dirawat.


Memang penting bagi penulis blog bagi menyatakan apakah dia produk yang boleh dihasilkan daripada buluh. Hasil daripada pelbagai jenis penyelidikan saintis di Malaysia dilaporkan pada masa ini antara 
produk yang dihasilkan secara komersial masih lagi bersifat tradisional seperti bakul, kraftangan, rebung dan sebagainya. Namun begitu, perubahan era dan teknologi kemudiannya mendorong para penyelidik FRIM untuk memberi tumpuan kepada penghasilan komposit daripada buluh. Buluh semantan dan betong merupakan spesies pilihan bagi penghasilan komposit. Buluh lapis atau buluh berlaminasi dihasilkan dengan menggunakan bilahan buluh. Pada tahun 2011 hasil kajian untuk menghasilkan venir daripada buluh betong telah dijalankan. Venir tersebut telah digunakan untuk membuat papan Buluh Lapis dan Venir Berlaminasi (LVL). Antara bahan termaju berasaskan teknologi laminasi yang dihasilkan ialah Moulded Laminated Bamboo Veneer as Furniture Component, Laminated Bamboo Strip Lumber (LBSL), Plybamboo, PTP (Exterior grade plybamboo), Scrimber (MYScrim-bambuseae), RovBAM, Bamwood, C-bam, Wood-V-Bam dan Bamboo and Wood Fiber Cement Composites. Pelbagai prototaip produk berjaya dihasilkan daripada R&D tersebut termasuklah perabot sekolah, set meja makan, meja kopi, bangku bar, sofa modular serta kabinet konsol TV. Bagi menghasilkan komposit buluh, beberapa jenis perekat telah digunakan. Antara perekat yang biasa digunakan ialah fenolik formaldehid, urea formaldehid, polivinil asetat (PVaC), polipropelena anhidrid termaleat dan vinil uretana. Sifat-sifat rekatan, fizikal dan mekanikal komposit telah menjadi tumpuan kajian dimana banyak kejayaan terbaik yang telah dicapai.


Memang penting mengetahui akan ujian ketahanan yang dilakukan di FRIM untuk dikongsikan infonya. Hasil k
ajian berkaitan ketahanan buluh terhadap serangan kulat (Pycnophorous sanguineus wulfex fries) dan anai-anai (Coptotermus curvignathus) juga telah dijalankan. Dilaporkan dimana Buluh Bilah dan Buluh Lapis yang telah dirawat dengan cara menggunakan beberapa jenis bahan pengawet. Penyelidik FRIM turut membangunkan kaedah rawatan yang mana mereka menggunakan perekat fenolik di mana ia berjaya meningkatkan kestabilan dimensi dan kekuatan mekanikal produk buluh berlaminasi yang sesuai digunakan untuk kegunaan luaran. Ketahanan buluh terhadap kulat, serangga perosak dan kesan cuaca amat penting untuk menjaga kualiti dan memanjangkan jangka hayat produk buluh yang berjaya dihasilkan. Hasil kajian mendapati bahawa buluh lapis yang tidak dirawat menunjukkan kemerosotan kualiti permukaan dalam tempoh 6 bulan berbanding buluh yang dirawat. Bagi kedua-dua kajian ini, tumpuan hanya dijalankan terhadap spesies buluh semantan. Laporan mengenai status industri buluh di Malaysia dimana pada awal tahun 1990-an memang ada beberapa artikel mengenai status industri buluh di Semenanjung Malaysia telah diterbitkan. Ia berkisar tentang bancian dan permasalahan utama industri buluh. Pada tahun 2019, satu lagi penerbitan berkaitan status industri buluh telah dihasilkan menggunakan data bancian yang dijalankan pada tahun 2015 - 2018. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya penurunan mendadak dari segi bilangan pengusaha bakul sayur. Walau bagaimanapun, satu industri baharu telah wujud iaitu industri pelancongan dengan adanya resort dan chalet yang telah dibina dengan menggunakan buluh. bagaimana pun hasil R&D buluh yang begitu mendalam dimana FRIM mendedikasikan hasil usaha tersebut dengan menubuhkan sebuah galeri khas yang mempamerkan pelbagai produk dan spesies buluh untuk rujukan umum. Galeri Buluh dan Palma dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada April 2014. Ia merupakan galeri buluh dan palma yang pertama di Malaysia dan telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records pada 20 Januari 2015. Galeri ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai potensi komersil sumber-sumber asli yang penting. Selain info berkenaan buluh, rotan dan palma, galeri tersebut turut menempatkan hasil R&D berkenaan produk berupa perabot dan pelbagai produk untuk kegunaan seharian. Walaupun kajian terhadap penggunaan buluh telah lama dijalankan, ia hanya tertumpu kepada beberapa spesies tertentu sahaja dan tidak menyeluruh. Buluh kini dilihat sebagai bahan alternatif yang berpotensi untuk masa hadapan. Oleh itu, kajian komprehensif harus dijalankan terhadap spesies-spesies lain selari dengan hasil produk yang akan dikeluarkan dan minat yang semakin meningkat terhadap penggunaan buluh dalam pembinaan. Ia harus merangkumi pemilihan spesies, awetan, kemasan, pemasangan, sambungan dan rekabentuk. Dengan adanya rangkaian maklumat terperinci, maka pihak industri akan mempunyai pilihan serta lebih berkeyakinan. Kajian-kajian sampingan terhadap bangunan dalam perkhidmatan juga amat penting untuk melihat jangka hayat struktur buluh tersebut. Selain penggunaan dalam struktur bangunan, buluh juga dilihat berpotensi sebagai bahan biomas. Dalam pembuatan produk buluh, banyak lebihan potongan yang terhasil. Bagi mengoptimumkan penggunaan, ianya boleh digunakan untuk menghasilkan arang dan briket. Buluh sebagai sumber bahan nanoselulosa juga boleh ianya dapat diperkembangkan lagi agar seiring dengan teknologi terkini. Secara amnya, kajian terhadap buluh wajar diberi penekanan agar ia dapat menampung keperluan bahan asli bagi pihak industri dan pengguna. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel panjang ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BULUH... ADA POTENSINYA...
BENIH DISEDIAKAN... BANYAK JENISNYA...
SENANG DIJAGA... CEPAT MENUAINYA...
PELBAGAI PRODUK... IA BANYAK GUNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...