Ubi atau Umbisi (tubers) adalah batang tebal yang dimiliki oleh beberapa jenis tanaman. Ia merupakan tempat simpanan karbohiderat dan lain-lain nutrien kepada tumbuhan tersebut yang berada didalam tanah. Ubi merupakan sejenis tanaman yang dihasilkan dan sudah sekian lama ia dijadikan sumber makanan terpenting manusia semanjak dari zaman batu lagi. Ada jenis umbisi yang boleh dimana dan ada jenis ubii yang tidak boleh dimakan (beracun) yang menyebabkan kes maut. Jenis makanan umbisi paling popular didunia adalah Kentang yang menjadi makan ruji di kebanyak belahan penduduk dunia dalam pelbagai olahan. Jenis umbisi lain yang boleh dimakan adalah seperti Ubi Kayu, Keledek, Keladi, Bit, Halia, Lengkuas, Ubi Kemili, Jicama, Tigernut, Taro dan beberapa lagi. Tanaman Umbisi (Tuber Crop ) di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman kontan yang terus mendapat perhatian petani khususnya beberapa jenis tanaman yang mana hasilnya berada didalam tanah. Menurut Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) tanaman umbisi ini adalah semua jenis tanaman yang ada termasuk umbisi berkanji (starchy roots), tubers, rizom, coms dan stems. Bagaimana pun di Malaysia, Jabatan Pertanian hanya memasukan beberapa tanaman dibawah umbisi iaitu Ubi Kayu, Keladi dan Keledek. Uniknya di negara kita, tanaman ini dimasukkan dalam kelas Tanaman Kontan atau Tanaman Singkat Masa (Cash Crops) termasuk tanaman Jagung dan juga Kacang Tanah. Apa yang penulis blog semak, tanaman umbisi ini ada dimasukkan didalam Dasar Agro Makanan Negara (2011 - 2020) dengan dinyatakan merupakan tanaman penting untuk diusahakan. Data menunjukkan tanaman ini mampu menjana penghasilan sebanyak 238 metrik tan setahun dengan nilai pengeluaran sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2015. Tanaman ini hanya meningkat sebanyak 11.2% daripada tahun 2014 dari segi jumlah pengeluaran tetapi meningkat sebanyak 44% dari segi nilai pengeluaran. Apa pun tanaman jenis ini adalah jenis komoditi yang boleh cepat memberi pulangan kepada petani dimana ia mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh seawal 3 bulan sahaja. Apakah dia kepentingan tanaman umbisi dan singkat masa ini kepada masyarakat?. Ini merupakan perkara asas bagaimana tanaman ini memberikan nilai tambah selain daripada kegunaan segar sahaja seperi produk hiliran IAT yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Tanaman Ubi Kayu (Manihot esculenta Crantz ) atau Cassava atau Tapioca yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Penulis blog dapati di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Ramai mungkin tidak mengetahui akan jenis dan spesis ubikayu yang sesuai ditanam di Malaysia. Sebenarnya ada ubikayu ditanam mengikut kegunaan terakhir sama ada untuk dimakan segar, diproses menjadi keripik, untuk biodisel, barangan kosmetik, kanji, ubatgigi dan sebagainya yang berlainan jenisnya. Jenis-jenis ubi kayu boleh dikenali dengan ciri-ciri tertentu. Umpamanya dikelaskan berdasarkan ciri morfologi seperti bentuk daun, saiz daun, warna tangkai daun, tinggi pokok, batang dan kulit ubi serta kandungan asid hidrosianik. Kandungan asid hidrosianik telah digunakan untuk mengkelaskan ubi kayu jenis manis dan jenis pahit. Menurut Gerona (1994) dilaporkan dimana Ubi Kayu Jenis Pahit mengandungi kandungan Asid hidrosianik dari 100 ppm hingga 400 ppm berdasarkan berat ubi segar. Sementara itu jenis Ubi Kayu Jenis Manis mempunyai nilai kandungan asid hidrosianik kurang dari 100 ppm. Kandungan Asid hidrosianik pada varieti jenis manis hanya terdapat pada bahagian kulit ubi dan pada bahagian isinya boleh dikatakan rendah. Pengkelasan varieti ubi kayu berdasarkan kandungan Asid hidrosianik harus berhati-hati kerana kandungan Asid hidrosianik pada varieti-varieti tertentu mungkin berbeza mengikut keadaan persekitaran tanaman ubi tersebut ditanam (Onwueme,1978 ). Dilaporkan dimana Ubikayu Jenis Manis ini biasanya digunakan untuk makanan dan tangkai daunya kebiasaanya berwarna merah. Diantara jenis-jenis varieti ubi kayu yang tergolong dalam jenis manis ialah Varieti Sawah, Varieti Medan, Varieti Kabu, Varieti Betawi, Varieti Pulut dan sebagainya. Pada umumnya jenis manis mencapai kematangan 6 - 10 bulan selepas ditanam. Ubinya mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Jabatan Pertanian mengesyorkan varieti Sawah untuk ditanam oleh petani. Varieti ini didapati sesuai untuk dimakan setelah direbus kerana isinya empuk. Disamping itu juga ianya boleh digunakan untuk membuat kuih yang berasaskan ubi kayu.
Dalam sektor tanaman aktiviti atau amalan agronomi menyediakan lubang penanaman adalah penting. Ini kerana definasi 'Lubang Tanaman' ialah satu lubang yang digali mengikut spesifikasi tertentu sesuai dengan saiz dan jenis tanaman yang hendak ditanam. Selalu amalan ini digunakan sebagai tapak untuk menanam sesuatu jenis pokok dimana saiz dan kedalamnya berbeza mengikut jenis tanaman dan keadaan jenis tanah juga. Tujuan lubang tanaman ialah untuk ianya membaiki struktur tanah tapak tanaman supaya gembur, meningkatkan kesuburan tanah tapak tanaman serta memperbaiki pengudaraan dan aliran air dalam tanah. kemudian akar tanaman dapat tumbuh dengan selesa dan subur. Saiz dan bentuk lubang penanaman adalah bergantung kepada beberapa faktur antaranya jenis, umur dan saiz tanaman dan jenis tanah. Bagaimana pun amalan biasa dimana saiz lubang yang biasa digunakan ialah seperti berukuran 25 cm - 90 cm lebar, 25 cm - 90 cm panjang dan ukuran 25 cm - 90 cm dalam. Penulis blog selalu melihat akan beberapa bentuk lubang tanaman dimana ia biasanya ada dua iaitu Bentuk Empat Segi atau Bentuk Bulat. Lazimnya ada beberapa kaedah menggali lubang tanaman iaitu dengan cara menggunakan jentera seperti back hoe terutama bagi tujuan untuk menggali lubang berbentuk empat segi. Cara lain adalah dengan menggunakan traktor yang dipasang auger bagi menggali lubang yang berbentuk bulat atau bentuk silinder. Ketiga kaedah membuat lubang dengan kaedah iaitu menggunakan mesin tangan auger bertujuan menggali lubang berbentuk bulat atau bentuk silinder. Paling konvensional adalah mebuat lubang dengan menggunakan alatan tangan seperti cangkul, Penggali dan Alatan lain yang sesuai. Apa pun faktur keselamatan yang perlu diambil berat semasa menggali lubang tanaman seperti perlu memakai pakaian seragam ladang yang disediakan, memakai kasut ladang atau kasut keselamatan dan juga pakai sarung tangan dan topi. Sebaiknya dipastikan alatan yang hendak digunakan adalah berfungsi dengan baik dimana gunakan alatan mengikut panduan tatacara kerja dan sentiasa jga disiplin dan tata perlakuan diri semasa bekerja. Sebaiknya dibersihkan serta kemaskan alatan, bahan, tempat kerja dan diri selepaskerja. Secara praktikalnya dimana keperluan kerja menggali lubang tanaman bergantung kepada kaedah yang akan ia digunakan untuk menggali lubang tanaman. Sebaiknya bagi tujuan menggali lubang tanaman menggunakan alatan tangan, keperluan untuk kerja yang patut disediakan ialah seperti Cangkul, Penggali Tanah, Pita Ukur, Kayu Penanda, Kayu cucuk dan juga ada kayu pancang. Bagi cara manuak membuat lubang dimana teknik menggali lubang tanaman secara manual dengan membersihkan sekeliling kayu yang di pancang (1.5 m jejari) dari segala bahan yang tidak lagi ia dikehendaki seperti rumpai dan sebagainya. Kemudian dimasukkan lekuk tengah kayu penanda pada pangkal kayu pancang dan pacakkan kayu cucuk di kedua-dua hujungnya. Gali lubang penanaman mengikut spesifikasi dengan tanah atas diasingkan dengan tanah bawah. Pastikan lubang penanaman masih sesuai digunakan sebelum penanaman dijalankan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.
Wasallam!!!!...PENGGALI LAMA... IA BERKARAT DISIMPAN...
YANG PENDIAM... SUKAR MENJADI KAWAN...
JENIS SOSIAL,BERFIKIR... CEMAS, MENAHAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1445H)
Bersamaan 27 Okr 2023.
Visit Genting Highland Resort,
enjoy with family today....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.