Beberapa rakan penternak ikan ada menyatakan dimana ikan Tilapia merupakan salah satu projek penternakan akuakultur yang menguntungkan. Ini kerana di Malaysia dan beberapa negara lain menyatakan dimana ikan tilapia telah lama diiktiraf sebagai spesies ternakan utama dalam industri akuakultur kerana ketahanan dan kebolehsuaian yang tinggi. Ikan tilapia yang berasal dari benua Afrika telah diperkenalkan di seluruh dunia dan telah menjadi bseahagian penting dalam diet orang di pelbagai negara. Ada testimoni menyatakan dimana diantara kelebihan ikan tilapia disebabkan ia merupakan ikan yang mendiami kawasan air tawar dan kawasan air payau yang mudah di uruskan. Ikan tilapia merupakan sejenis haiwan ternakan jenis omnivor dimana makanan utamanya ialah rumput-rumput atau alga dan tumbuhan air yang lain. Apa pun memang banyak spesis ikan tilapia yang kerap diternak di Malaysia teteapi yang popular adalah Tilapia Merah dan Tilapia Hitam. Daripada pemerhatian penulis dilapangan dimana kalangan penternak lebih gemar untuk menternak spesis tilapia merah (Sila lihat foto disebelah). Hal ini disebabkan tilapia merah mempunyai permintaan tinggi daripada pembeli. Tambahan pula isinya yang lebih enak dimakan.Baka tilapia merah. perlu diketahui dimana ikan tilapia merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di Malaysia dimana terdapat lima jenis tilapia yang biasa dipelihara di Malaysia antaranya Ikan Tilapia Merah Taiwan, Ikan Tilapia NIFI, Ikan Tilapia Chitralada, tilapia BEST dan tilapia GIFT. Secara umumnya apa yang penulis blog lihat dimana bentuk ikan tilapia ini terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama mempunyai muncung yang pendek dan bulat sementara jenis kedua pula memiliki muncung yang tirus. Apa pun yang membezakan kedua-dua jenis ini adalah daripada kandungan isi. Jenis muncung bulat mempunyai jumlah isi yang lebih tebal berbanding dengan jenis muncung tirus. Paling penting adalah dimana proses tumbesaran Ikan Tilapia apabila sudah mencapai umur matang iaitu 6 - 7 tujuh bulan. Secara saintifiknya proses tumbesaran ikan tilapia ini diukur berdasarkan berat badan seekor ikan. Lazimnya amalan biasa adalah didalam satu kolam dimana berat badan ikan tilapia boleh berbeza-beza bergantung kepada empat faktor utama. faktur tersebut akan mempengaruhi saiz tilapia ialah kualiti air, penjagaan persekitaran kolam, kuantiti makanan dan tahap kesihatan ikan. Amalan akuakultur yang dilakukan penternak akan menentukan kualiti ikan tilapia yang di tuai kelak dan menentukan harga.
Dalam beberapa rujukkan dinyatakan penggredan atau pun pengkelasan ikan tilapia ditentukan mengikut spesifikasi gred yang akan menentukan harga pasaran. Bagaimana pun harga ini sangat bergantung kepada kualiti, keperluan permintaan dan bekalan serta kesegaran ikan itu sendiri. Pernah penulis blog merujuk piawaian gred ikan tilapia di Malaysia dimana ada 5 gred di kenalpasti. Gred A adalah dimana saiz ikan melebihi 600 seekor dan boleh dijual dengan harga diatas RM9 sekilogram, Gred B dimana sain ikan antara 500 - 6000 gram seekor dipasarkan dengan harga RM8 -RM9 sekilogram. Sementara itu bagi gred C berukuran berat 400 - 500 gram seekor dijual dengan harga RM7 - RM8 sekilogram, Gred D adalah ikan tilapie berukuran 300 -400 gram seekor dengan anggaran harga RM6-7 sekilogram dan gred E adalah ikan tila pia dengan beratnya dibawah 250 gram dan anggaran harga dibawah RM5 sekilogram. Bagaimana pun harga terkini kini ia jauh lebih tinggi kerana kos makanan, kos pengurusan dan kos-kos lain semakin meningkat pada tahun 2023. Ikan tilapia merupakan haiwan ternakan jenis omnivor iaitu ia boleh diberikan makanan tumbuhan-tumbuhan hijau dan daging walau pun penternak kini menggunakan makan pelet yamg ada dijual dipasaran. Dalam paa itu dikalangan penternak pula mereka dalam menjimatkan kos pemakanan ada yang memberikan makanan dari perut ayam dan roti-roti. Kini makanan pallet pula adalah makanan yang terbaik kerana ianya lengkap dengan nutrisi untuk tumbesaran ikan. Walaupun begitu memang kos untuk membeli pallet ini agak tinggi jika nak dibandingkan dengan makanan jenis lain seperti perut ayam dan roti-roti. Jika menternak didalam kolam tanah dimana selain daripada faktor makanan dimana keadaan kolam juga merupakan faktor penentu kepada saiz ikan yang diternak. Kolam yang bersih dan mempunyai kualiti air yang baik akan menjadi pemangkin kepada tumbesaran ikan. Kolam ikan yang baik selalu dapat memberikan kandungan oksigen mencukupi kepada ikan. Jika keadaan kolam tidak dijaga, kandungan oksigen akan merosot dan ini adalah punca kepada serangan penyakit. Ikan akan menjadi lemah apabila kekurangan oksigen. Ketika inilah kejadian dimana ikan tilapia mudah untuk terkena serangan penyakit dan boleh mengakibatkan kematian juga. Selain daripada itu, kolam perlulah mempunyai keluasan yang mana ia bersesuaian dengan kuantiti ikan kerna jika menternak didalam kolam yang sempit boleh menyebabkan ikan bersaiz kecil daripada saiz sepatutnya. Menyentuh mengenai tahap kesihatan kolam dimana ia penting dan perlu sentiada dilakukan pemeriksaan berjadual. Terdapay beberapa cara dimana pemeriksaan boleh digunakan semasa memeriksa kesihatan kolam ini. Diantaranya adalah dengan penternak selalu mrnggunakan alat penyukat kandungan oksigen, pH dan tahap ammonia. Paras kandungan oksigen oksigen air kolam ialah perlu melebihi 4 ppm. Manakala paras pH airnya pula ialah di antara 6.5 hingga 9.0. Paras ammonia ialah tidak melebihi 0.02 ppm. Alat pengukur pH air kolam adalah alatan yang mesti ada dikalangan penternak ikan ini. Selain itu dimana tahap kesihatan air kolam juga boleh diketahui melalui warna. Air kolam yang berada dalam keadaan baik akan berwarna hijau atau jernih. Air kolam berkualiti rendah pula berwarna kehitaman atau coklat. Kolam juga sebaiknya tidak menghasilkan apa-apa bau. Kolam yang tidak sihat pula akan berbau busuk dan hanyir. Ikan juga akan kelihatan lebih lincah berenang dan tidak mengalami sebarang penyakit kulit apabila kondisi air yang baik.
Terdapat laporan dimana semakin besar kolam ternakan tilapia akan memberikan pulangan lebih baik. Ini juga kerana semakin mudah untuk para penternak sebab ada lebih banyak ikan tilapia pada masa yang sama. Dan ini membuatkan projek ternakan ikan ini berpotensi mendapat keuntungan lebih lumayan. Asasnya dimana faktor pemilihan jenis kolam ternakan ikan tilapia yang betul sangatlah penting kerana ia akan mempengaruhi sesebuah projek ternakan tersebut. Kejayaan menternak sehingga dapat saiz ikan tilapia yang berkualiti sangat bergantung kepada kebersihan kolam serta kualiti air kolam ternakan tersebut. Jika silap memilih jenis kolam ternakan dan cara penjagaannya maka ia pastinya boleh merugikan. Kes kolam yang kotor boleh menyebabkan ikan-ikan tilapia yang hidup dalamnya menghidap penyakit, menjadi semakin lemah dan berisiko tinggi untuk mengalami kematian. Kolam yang terlampau sempit selalunya ia boleh mengakibatkan jumlah ikan terlalu padat dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut tidak diberikan makanan yang sama rata dimana ini akan membantutkan tumbesarannya. Ada 4 jenis kolam yang terbaik untuk projek penternakan ikan Tilapia akan tetapi setiap jenis kolam mempunyai kelebihan dan aspek kekurangannya sendiri serta mempunyai cara penjagaannya yang berbeza. Pengurusan penternakan ikan tilapia akan berbeza jika memilih Kolam Jenis Tanah, Kolam Jenis Simen, Kolam Jenis Tangki PVC atau Kolam Jenis Kanvas. Apa yang penulis blog faham dimana jika menternak didalam Kolam Jenis Tanah iaitu jensi kolam kolam paling banyak digunakan oleh para penternak terutamanya yang selalu menjalankan penternakan komersial kerana faktor kos yang sangat rendah tapi ia juga dalam masa yang sama ia memang agak sukar untuk diuruskan. Apa pun diantara kelebihan kolam jenis ini ialah termasuk kos pembinaan yang rendah, pastikan ia mendapat sumber air semulajadi yang baik dan juga memang boleh menggunakan keluasan tanah secara maksimum. Bagaimana pun kolam ini kekurangannya pula adalah potensi airnya sangat mudah kotor dan berlumpur dan juga ianya agak susah dicuci. Selain itu ternakan ikan tilapia juga akan mudah terdedah kepada penyakit serta kes-kes serangan pemangsa. Kolam jenis ini adalah jenis tetap lokasinya dimana memang ia tidak boleh dipindahkan lagi.
Jenis Kolam kedua iaitu Kolam Jenis Simen juga agak popular bagi penternak ikan tilapia hari ini di Malaysia kerana ianya mudah untuk dicuci dan tidak mudah kotor. Kos untuk menguruskan kolam jenis ini juga agak rendah selain mampu menternak ikan yang berkualiti. Apa pun hasil penelitian penulis blog mendapati dimana diantara kelebihan kolam jenis simen ini ialah dimana proses pembersihannya dan juga cara penjagaannya sangat mudah selain ternakan lebih selamat dari pemangsa dan musuh. Selalunya dilihat ikan-ikan mampu membesar dengan lebih sihat tanpa ada sebarang penyakit. Kolam ini sangat mudah untuk mengawal kualiti air kolam kerana dinding simen mudah dicuci dan dirawat. Bagaimana pun diantara kekurangannya pula ialah dari segi kos untuk membinanya agak sederhana tinggi bagi membina tmobok dinding simen serta kerja-kerja memasang peralatan kolam. Selalunya kolam jenis ini perlukan kawasan tanah yang tetap dimana memang ianya tidak boleh untuk berpindah-pindah. Jenis ketiga menternak ikan tilapia boleh dilakukan didalam Kolam Jenis Kanvas (Sila lihat foto disebelah). Kolam jenis kanvas ini juga menjadi pilihan para penternak ikan tilapia di Malaysia kerana ianya sangat mudah alih dan tidak memerlukan kawasan yang besar. Kolam jenis kanvas ini mudah untuk disimpan dan boleh juga dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuaian. Diantara kelebihan bagi kolam jenis kanvas ini ialah dimana ianya tidak mudah kotor, sangat mudah dijaga selain kualiti airnya mudah untuk dikawal dan dijaga. Kolam ini juga tidak memerlukan tanah yang luas untuk memulakan projek ternakan ikan tilapia. Bagi kolam jenis ini kos operasinya adalah murah kerana selalu ia juga memang kurang gunakan air. Bagaimana pun diantara isu dan kekurangannya pula ialah dimana kos untuk memasang paip-paip serta membeli peralatannya sehingga boleh beroperasi sepenohnya adalah agak tinggi. Dalam kes lain ia sangat perlukan kemahiran tentang penggunaan serta fungsi kolam
Ianya mudah koyak dan juga mudah tembus jika tidak dijaga dengan baik. Ketahanan kanvas yang digunakan juga mudah rosak jika terdedah kepada hujan panas dalam masa lama. Jenis ke empat adalah Kolam Jenis Tangki PVC dimana ia kini sudah pun menjadi pilihan ramai para penternak kerana ianya mudah alih dan anda tidak perlu memiliki ataupun menyewa tanah untuk membina kolam jenis ini. Apa yang penulis blog lihat dimana jenis ini ia juga sangat mudah dijaga dan tidak mudah kotor. Dari segi kelebihan kolam jenis PVC ini ialah dimana penternak mudah menjaga kualiti air kolam ini kerana ia adalah sangat mudah dikawal. bagi jenis ini selalunya jumlah kos operasinya yang sangat rendah kerana ianya kurang menggunakan air. Dalam pada itu ia juga dilihat adalah mudah untuk diselenggarakan atau digantikan bahagian yang rosak. Bagaimana pun diantara beberapa aspek kekurangannya pula ialah dimana ia memerlukan satu kawasan yang lebih luas dan besar dan juga kolam jenis ini agak sukar disimpan kerana saiz tangkinya yang besar. Secara teknikalnya bagaimana cara memilih kolam untuk menternak ikan tilapia adalah subjektif bergantung ekpada siz penternakan, bajet, keadaan kesesuaian tanah, sumber air, kaedah pemasaran, jumlah tenaga kerja, sumber benih dan sebagainya. Kesesuaian jenis kolam bergantung kepada tujuan penternakan dan modal kerana jika hanya mempunyai modal rendah maka jenis kolam jenis tanah adalah pilihan terbaik. Dari segi rekod dilaporkan kolan jenis tanah monopoli dimana kolam jenis ini juga sesuai dengan projek ternakan komersial. Kecuali jika pembaca mempunyai modal besar dan tanah yang luas maka boleh memilih sama ada mahu untuk membina kolam jenis simen, kolam kanvas ataupun jenis kolam tangki PVC. Apa pun faktur lain seperti lokasi kolam yang dibina sebaiknya berdekatan dengan jalan raya untuk mudahkan kerja-kerja anda serta pekerja anda. Dan pastikan juga tempat tersebut bebas dari haiwan pemangsa seperti biawak dan sebagainya yang boleh mengancam ikan ternakan anda. Pastikan juga kolam tersebut berada di kawasan yang tidak mengganggu atau menjejaskan ekonomi setempat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KOLAM TANAH... JENIS KANVAS SESUAI JUA...
KOLAM SIMEN... KOLAM TANGKI PVC ADA...
SUDAH BERMINAT... KENAPA TIDAK MULA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1445H).
Posted from:
Room 2108, Tok Aman Bali Resort,
Pasir Putih, Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.