Daripada beberapa sumber rasmi dilaporkan keluasan tanaman getah yang mana ia sebagai salah satu komoditi yang kedua terbesar negara. Dilaporkan terdapat sekitar 1,240,000 hektar kawasan getah dengan mana ada penglibatan seramai 500,000 orang (mungkin angka ini sudah kurang tepat) dimana sekitar 73.4 % dari jumlah kawasan getah kini masih lagi berada di Semenanjung Malaysia. Dilaporkan industri getah Malaysia terikat dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) di mana badan terlibat seperti RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) perlu memastikan keluasan getah pada tahun 2030 ialah hanya seluas 1.115 juta hektar sahaja. Angka ini dirangka oleh DAKN berdasarkan pencapaian pada tahun 2020 iaitu kawasan tanaman getah seluas 1.107 hektar. Keluasan getah yang ditetapkan ini sepatutnya menjadi refleksi peningkatan pengeluaran getah asli menjelang tahun 2030. Pada penulis blog mendapati dimana jumlah keluasan tanaman getah ini hanya mengambil kira tanah-tanah yang mempunyai kebun getah yang berskala ekonomik. Cabaran utama untuk RISDA bagi mencapai matlamat ini ialah melaksanakan tanaman semula getah di kebun-kebun lama yang sudah tidak lagi mempunyai pokok getah berekonomik. Dalam tinjauan peribadi semasa penulis blog dikampong ada terlihat iaitu beberapa kebun getah sudah ditinggalkan atau tidak lagi diusahakan atau menjadi 'kebun getah terbiar' di kampong penulis blog di Muar, Johor. Mungkin disebabkan harga getah yang rendah faktur menyebabkan ramai penoreh getah beralih arah kepada pekerjaan lain. Apa pun dilaporkan dalam kes lain dimana pihak RISDA dilihat masih turut bertanggungjawab merangsang pembukaan kebun getah baharu bagi menambah keluasan tanah yang ditetapkan oleh DAKN. Secara teorinya demi memenuhi objektif yang sudah ditetapkan oleh DAKN maka pihak RISDA tetap mensasarkan keluasan bagi penanaman getah baru seluas 25,000 hektar setahun bagi proses penanaman semula getah dan juga aktiviti pembukaan kebun getah baru.
Isu bagaimana pemilikan tanah juga menyumbang kepada cabaran industri getah negara adalah relevan. Terkini dilihat dimana perkongsian pemilikan tanah bagi perusahaan getah di Malaysia lazimnya terbahagi kepada dua iaitu pemilikan peribadi dan pemilikan korporat. Di Malaysia apa yang penulis blog faham dimana tanah milikan peribadi khususnya dalam kalangan pekebun kecil merupakan pihak majoriti. Berdasarkan pemerhatian RISDA dimana tanah milikan pekebun kecil di seluruh Malaysia mempunyai purata keluasan sebanyak sekitar 1.9 hektar sahaja. Pekebun kecil pula dimaksudkan sebagai kebiasaannya merupakan individu persendirian yang memilih untuk mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah. Ini mengakibatkan satu ketidaktentuan dan seperti ketidakseragaman lokasi kebun-kebun getah. Kebanyakan kebun-kebun getah yang diusahakan oleh pekebun kecil lazimnya berselerak dan ia terletak jauh di pedalaman. Situasi ini menyukarkan pihak RISDA untuk mengatur dan membantu pekebun kecil dalam skala yang lebih besar. Aspek produktiviti dari tanaman getah selalu diperkatakan dan ada di bincangkan. Dilihat dimana seiring dengan peningkatan keluasan tanah, DAKN turut mensasarkan peningkatan produktiviti getah negara sebanyak 1,950kg/hektar/tahun menjelang tahun 2030. Seperti angka perangkaan keluasan tanah dimana perangkaan sasaran peningkatan produktivit getah ini juga berdasarkan hasil pada tahun 2021. Pada tahun 2021 dilaporkan dimana jumlah produktiviti getah negara yang dilaporkan oleh Lembaga Getah Malaysia ialah sebanyak 1,422 kg/hektar/tahun dengan sektor pekebun kecil berada pada tahap sebanyak jumlah 1,573 kg/hektar/tahun. Apa pun jika sekadar asasnya mengambil kira produktiviti getah sektor pekebun kecil maka sasaran yang ditetapkan oleh DAKN memerlukan peningkatan sekurang-kurangnya sebanyak 19% lagi. Proses meningkatkan produktiviti getah perlu juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk aspek cuaca, kawalan penyakit dan pengurusan kebun. Faktor-faktor ini juga memberi impak berbeza di setiap kebun getah terutama mengambil kira lokasi dan kapasiti pekebun kecil.
Pada penulis blog betul dakwaan umum jika ramai kalangan pekebun getah Usia Pekebun Kecil Getah adalah orang yang sudah berumur atau 'tua'. Isu ini amat berkait dengan produktiviti dimana apa yang dimaksudkan adalah kapasiti pekebun kecil termasuk keupayaan untuk mereka mejalankan operasi pengurusan kebun getah dengan lancar dan juga status kewangan. Berdasarkan laporan banci yang dilakukan oleh RISDA pada tahun 2013 dilaporkan seramai 58% pekebun kecil getah Malaysia berusia 51 tahun ke atas. Pekebun kecil pada usia sebegini dilaporkan mereka kurang berupaya untuk mengusahakan kebun getah mereka sendiri dengan optimum. Bagi menangani isu ini dilihat para pekebun kecil biasanya akan menggajikan penoreh getah untuk mengusahakan kebun getah mereka. Isu lain yang kemudian berbangkit dilapangan adalah biasanya ialah 'gaji penoreh' getah agak rendah kerana bergantung kepada jumlah kemampuan kewangan bagi pekebun kecil. Ini menyukarkan pekebun kecil mendapatkan bantuan tenaga kerja untuk kebun getah mereka. Ini sudah menjadi satu cabaran bagi RISDA ialah untuk menarik minat generasi muda dalam lingkungan usia 18 hingga 40 tahun untuk mengusahakan kebun getah mereka sendiri dan membantu membekalkan bantuan tenaga kerja yang cukup kepada pekebun kecil berusia. dalam pada itu pada hemat penulis blog isu terbesar sejak beberapa tahun berlalu adalah isu Harga Pasaran Getah yang terus tidak menentu bagi menjamin industri getah Malaysia terus bertahan. Ia kini sudah menjadi isu penting atau cabaran yang sering berbangkit dalam industri getah dimana ketidakstabilan harga pasaran getah. Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa pada tahun 2009 dimana harga purata SMR20 adalah RM6.37 dan harga pasaran getah ini mengalami peningkatan ketara pada tahun 2011 dengan harga purata RM13.48. Namun begitu kemudian harga purata SMR20 mula menurun pada tahun berikutnya sehingga serendah RM6.87. Selain itu dimana dilapangan majoriti hasil getah daripada pekebun kecil ialah dalam bentuk getah sekerap sedangkan susu getah (lateks) atau getah asli selalunya ia dalam harga lebih mahal. Ini juga yang menyebabkan direkodkan dimana kekerapan penoreh untuk mengumpulkan getah sekerap lebih jika dibanding dengan kutipan susu getah. Bagi pekebun kecil yang tidak mempunyai kudrat untuk menoreh getah dengan lebih kerap maka rata-rata mereka menoreh mengumpulkan saja getah sekerap yang menjadi satu-satunya hasil dari pokok yang dipasarkan. Ketidakstabilan harga pasaran getah adalah salah satu sebab pihak RISDA sukar menarik minat generasi baru dan memotivasikan pekebun kecil sedia ada untuk terus mengusahakan kebun getah mereka. Isu terbesar dalam ketidakstabilan harga pasaran getah ialah hakikat bahawa penetapan harga pasaran ini bergantung kepada pasaran getah dunia. Walau pun usaha dan proses menstabilkan harga pasaran getah memerlukan usahasama gigih antara Malaysia dan negara-negara pengeluar getah yang lain. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaity Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel panjang ini memberi info sesuai untuk rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KEDUDUKAN KE 7...PENGELUARAN DI DUNIA...
BANYAK CABARAN..PEKEBUN TUA DAN HARGA....
PERLU DI LIHAT... BAGAIMANA PEMULIHANNYA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.