Support My Blog

Thursday, October 19, 2023

TERNAKAN AYAM KAMPONG - FAKTA DI MEDIA (PT 1)

PENTERNAKAN AYAM KAMPONG
merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana Ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BiakBaka) telah diperkenalkan pihak oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia (JPV) iaitu melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ayam kampong ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang mana ia boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kamppong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau boleh ia dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor bagi ayam betina. Kapasiti bertelur ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 - 3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kongsikan beberapa fakta di media mengenai fakta ternakan ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik laporan dalam hmetro.com yang bertajuk '
Hasil 6,000 ekor sebulan' untuk dikongsikan faktanya. Laporan paparkan bagaimana ada lebih dari 600 ayam kampung asli betina dan 70 ayam jantan dalam reban gergasi diternak usahawan di Bukit KAtil, Melaka. Dilaporkan dimana dengan oelaburan sebanyak RM130,000 dalam sektor penetasan anak ayam kampung asli sejak enam tahun lalu kini membuahkan pulangan membanggakan buat penternak muda, Mohd Farid Baharom (30) dan rakan kongsi, Basri Abu Bakar (55). Apa pun berasaskan minat mendalam dalam bidang penternakan ayam kampung sejak kecil, Mohd Farid memulakan usaha menternak 70 ekor ayam kampung asli secara konvensional di belakang kediaman ibu bapanya di Kampung Bukit Katil, Melaka pada 2013. Selepas mendirikan rumah tangga pada 2014, Mohd Farid memulakan projek penternakan 350 ekor ayam kampung asli di kawasan berhampiran kediaman ibu bapa mentuanya di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara. Asas kepada kejayaan yang ditempa dalam tempoh empat tahun selepas itu menarik minat Basri untuk menyuntik dana bagi mengembangkan penternakan berkenaan. Sekali gus menjadi landasan untuk Basri terbabit dalam sektor penternakan ayam kampung asli secara komersial selepas bersara. Dengan tekad untuk mencapai kejayaan dalam sektor penghasilan anak ayam kampung asli, mereka menubuhkan syarikat Rezeki Toyyiba Enterperise bagi memulakan projek Pusat Penetasan Ayam Kampung Asli pada 2018. Usahawan terbabit melabur kira-kira RM100,000 untuk membina empat reban yang setiap satu berukuran 6 x 15 meter di kawasan seluas 0.4 hektar di belakang kediaman mentua Mohd Farid. Mereka turut melabur bagi mendapatkan lima unit mesin pengeraman telur ayam yang setiap seunit bernilai RM3,500 dan seunit mesin penetasan anak ayam yang juga bernilai RM3,500. Mereka menghadiri pelbagai kursus berkaitan penternakan ayam kampung dan anak ayam kampung, dia bersama Basri memulakan projek berkenaan dengan menternak 900 ekor ayam kampung pada 2018 selain kini berbangga dengan 600 ekor ayam betina serta 70 ekor jantan. Kini dengan menempatkan ayam kampung betina dalam tong cat yang dipotong separuh sebagai tempat untuk haiwan itu bertelur, setiap seekor mampu menghasilkan tiga biji telur dalam tiga hari. Selepas bertelur selalunya  ayam akan diasingkan dalam tempat khas selama 14 hari bagi mengubati ketegangan yang dialami haiwan itu kerana tidak mampu mengeram telur dihasilkannya. Dakwanya naluri ayam betina yang sudah bertelur, pasti ingin mengeramkan telurnya sendiri, tetapi ia tidak dapat berbuat demikian kerana telur itu diasingkan dalam bekas khas antara tiga hingga lima hari sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengeraman telur atau inkubator. Satu unit mesin inkubator mampu menampung 1,056 biji telur untuk dieram selama 18 hari dan dengan lima mesin berkenaan, sebanyak 5,280 biji telur mampu dieram. Apa pun setiap telur itu dicatat tarikh mula dieram dan tarikh perlu dikeluarkan dari mesin sebelum dimasukkan ke dalam mesin penetasan selama tiga hari. Suhu pengeraman yang dihadkan dalam mesin berkenaan ialah 38 darjah Celsius manakala suhu kelembapan 65 peratus. Bagi aktiviti proses penetasan pula, suhu ditetapkan ialah 37.5 darjah Celsius dan kelembapan 70 peratus bagi memudahkan anak ayam menetas. Anak ayam yang sudah menetas ditempatkan dalam reban yang dipastikan sentiasa diterangi lampu bagi mengekalkan suhu supaya anak ayam tidak kesejukan dan akhirnya mati. Seekor anak ayam berusia antara empat hingga tujuh hari dijual pada RM3.50 manakala yang berusia antara tujuh hingga 14 hari bernilai RM4 seekor. Setiap bulan kami mampu menghasilkan kira-kira 6,000 ekor anak ayam kampung asli untuk dipasarkan ke seluruh Melaka dan beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Pahang. Berikutan komitmen jitu dipamerkan kedua-dua penternak itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memilih mereka menyertai Projek Pengembangan Ayam Kampung Baka MARDI. Mardi memberikan mereka dua unit mesin pengeraman telur ayam kampung dengan setiap unit mampu menampung 3,168 biji telur, selain seunit mesin penetasan juga dengan keupayaan yang sama. Projek berkenaan dijangka mula mengeluarkan hasil pada pertengahan 2021, sekali gus meningkatkan kemampuan Mohd Farid dan Basri untuk muncul sebagai antara pengeluar anak ayam kampung asli utama di Melaka serta Malaysia.


Dalam pada itu utusan.com melaporkan fakta bertajuk 'Ternak ayam kampung di kebun getah' sesuai untuk dikongsikan. Kisah dari Padang Besar, Perlis ini melaporkan dimana walau [in pernah lalui rera Pandemik Co­vid-19 namun masih ramai dalam kalangan rakyat pantas bangkit mencari inisiatif bagi menjana pendapatan bagi meneruskan kesinambu­ngan hidup. Bagi seorang peneroka dari Felda Chuping iaitu dikenali sebagai Abdul Khair Hashim (67) dimana dia telah mengambil inisiatif mengusahakan ternakan ayam kampung di kebun getah miliknya bagi mencari pendapatan tambahan berikutan harga getah tidak menentu. Idea menternak ayam itu tercetus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dengan peringkat permulaan hanya sekitar 10 ekor ayam sahaja yang dilepas di kawasan kebun getah tersebut. Kini beberapa tahun me­ngusahakan ternakan tersebut maka jumlah ayam kampung yang dipelihara sudah mencecah lebih 2,000 ekor dan dia mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan melalui jualan ayam-ayam berkenaan. Dia telah memanfaatkan ruang kebun getah seluas 2.4 hektar miliknya itu dengan membina kira-kira lapan reban ayam di lorong-lorong kawasan pokok getah itu, sekali gus tidak mengganggu tanaman tersebut. Kini hasil kegigihan bapa kepada empat orang anak itu dalam mencari rezeki, dia kini bukan sahaja memperoleh hasil daripada menoreh getah, malah mampu menambah pendapatan melalui ternakan ayam tersebut. Menyedari hasil getah yang dakwanya tidak menentu mendorong dia untuk memanfaatkan ruang di kawasan kebun tersebut dengan ternakan ayam selain menanam serai wangi, halia serta beberapa jenis tanaman lain. Bermula dengan lima hingga 10 ekor ayam, saya kemudian membeli 500 ekor anak ayam dan mula membina reban di kawasan ini. Dalam dua bulan sahaja dakwanya ayam yang diternak itu sudah boleh dijual. Dia kini mampu menjana pendapatan daripada hasil ternakan ayam ini antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Malahan bahan tanaman serai dan tanaman lain juga membawa pulangan. JKalau dulu, hasil getah ha­nya sekitar RM600 hingga RM800 sahaja sebulan, dengan ternakan tersebut saya mampu menambah pendapatan.


Seterusnya dalam laporan kitaternak.com dilaporkan bagaimana '
Mula-mula hobi! Bekas tentera penternak ayam kampung berjaya' sesuai dijadikan fakta untuk rujukkan semua. Kisah bermua dengan ia dijalankan hanya sebagai hobi mengisi masa lapang selepas bersara sebagai anggota tentera akan tetapi kini bagi Rosdi Ali (47) yang juga adalah bekas Pegawai Waran 2, semakin serius dalam ternakan ayam kampung yang diceburi sejak setahun lalu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Kelantan.  Dilaporkan selepas berkhidmat selama 22 tahun dalam Batalion 9 RAMD (Para) di Kem Terendak, Melaka maka dia pun bersara pada tahun 2017 dan mengambil inisiatif mengikuti kursus ternakan ayam kampung di Institut Unggas Melaka selama seminggu. Sebaik sahaja kembali menetap di kampung halaman, beliau melakukan pelbagai kerja kampung bagi mencari sumber pendapatan sampingan, termasuk membuka stor untuk membaiki dan membuat perabot seperti kabinet dapur, bagaimana pun menternak ayam kampung lebih berjaya. Dia yang memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya, dari 20 anak ayam kampung yang diternak, kini beliau mampu menternak antara 300 dan 400 ayam kampung bagi tempoh empat bulan dan setakat ini sudah memasarkan lebih 1,000 ayam kampung. Jenis ayam kampung yang diternak itu akan dijual selepas mencapai berat satu kilogram atau satu setengah kilogram dengan harga pasaran tempatan RM12.50 sekilogram. Beliau juga menjual anak ayam kepada penternak yang turut terbabit dalam industri ternakan ayam kampung. Dia yang menggunakan sistem reban terbuka iaitu selepas menetas anak ayam di letakkan dalam reban induk tiruan selama sebulan hingga dua bulan sebelum dilepaskan semula bagi proses pembesaran dalam reban terbuka berkenaan untuk tempoh empat bulan. Bekalan anak ayam kampung yang baru menetas akan dilepaskan dalam reban induk tiruan untuk selama sebulan hingga dua bulan. Apabila mencapai berat yang dikehendaki ayam itu di pasarkan secara runcit ke pasar dan kedai makan selain jualan terus kepada mereka yang datang sendiri ke reban. Pada musim cuti permintaan meningkat apabila banyak kedai makan menyediakan menu masakan ayam kampung. Dilaporkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan itu dia terpaksa menghentikan seketika pemasaran ayam itu sebaliknya lebih menumpukan kepada kerja-kerja untuk dia memperbaiki dan membersih reban. Apabila masuk fasa ketiga PKP barulah dia berani menguar-uarkan semula pasaran ayam kampung itu khusus kepada pemilik kedai makan, manakala sesetengah individu datang sendiri ke reban untuk mendapatkan bekalan. Rosdi yang dibantu oleh isterinya, Ruslina Ramli, 39, turut merancang untuk membesarkan ternakan ayam kampung itu ke peringkat lebih besar dan lebih komersial di tanah miliknya di Pasir Mas, dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk mesin memproses sebaik sahaja ayam itu disembelih dan akan sentiasa memeriksa ayam kampung yang diternaknya supaya sentiasa sihat sebelum dipasarkan. Sekarang ini ayam yang ditempah pelanggan akan disembelih sendiri oleh beliau dan dihantar ke tempat memproses ayam untuk membersihkan bulu sebelum dihantar terus ke pasar atau kedai makan, dan ke rumah penduduk yang membuat tempahan. Kini dengan adanya kawasan reban yang lebih besar saya akan melakukan sendiri kerja-kerja membersih ayam itu dan proses berkenaan akan mempercepatkan lagi kerja penghantaran kepada pelanggan. Dia juga boleh memasarkan dengan jumlah yang lebih banyak anak ayam kampung kepada penternak lain kerana permintaan ayam kampung juga semakin meningkat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM KAMPONG... MAHAL HARGANYA...
BOLEH DITERNAK... RAMAI BERJAYA...
PASTIKAN BELAJAR...ILMU PERLU ADA...
SUDAH ADA BUKTI... LAPORAN DI MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...