Tanaman barli asasnya ia memerlukan suhu sesuai kerana barli dapat disemai lebih awal apabila benihnya yang boleh bercambah pada suhu 1-2 °C sehingga pada suhu 4 - 5 °C. Walau bagaimanapun selalunya dimana percambahan anak benih yang optimum tanaman bijirin ini adalah 15-20 ° C. Barli musim sejuk tidak bertolak ansur dengan suhu musim sejuk dengan sedikit salji bersama embun beku yang berpanjangan dimana jika berlaku perubahan suhu secara tiba-tiba pada musim bunga dan air yang bertakung yang boleh rosakkan tanaman. Anak benih barli toleran dengan fros hingga -8 ° C itu pun jika fros dalam waktu singkat sahaja. Pada peringkat pertumbuhan awal ketahanan terhadap suhu negatif menurun boleh mennurun dimana biji barli boleh rosak oleh embun beku dari -1 hingga - 2 ° C. Apa pun tanaman barli adalah salah satu tanaman musim bunga yang paling tahan kemarau. Walau bagaimanapun diperlukan kelembapan tinggi dan suhu sederhana akan mampu untuk ianya menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih baik dengan berlaku pembentukan sebilangan besar pucuk baru yang memberikan hasil yang tinggi. Sebilangan besar air yang diserap oleh barli dimana jika kekurangan kelembapan semasa pembentukan organ pembiakan tumbuhan maka kesannya ia mengurangkan pengeluaran debunga. Dilaporkan dalam keadaan kemarau atau gersang pula selalunya tanaman barli memberikan hasil yang lebih tinggi tetapi disebabkan oleh sistem akar yang cetek dan lemah maka selalunya ia tidak dapat menahan kekeringan musim bunga dengan baik. Salah satu syarat utama untuk menuai barli adalah bagaimana amalan agronomi dilakukan dimana ia sebaiknya ditanam secara bergiliran dengan jenis tanaman lain yang memberikan banyak unsur nitrojan (N) dalam tanah seperti tanaman kacang tanah, kentang, rapeseed dan sebagainya. Pemberian baja organik terhadap tanaman barli adalah kritikal diperingak penyediaan tanah kerana tanaman ini perlukan tanah yang subur dan kaya dengan nutrien. Dalam pada itu pemberian baja kimia atau baja mineral mempunyai kesan positif kepada pertumbuhan bali dan hasilnya terutama jika ditanam pada musim sejuk. Pemberian unsur baja Nitrogen (N) yang mana ia digunakan adalah signifikan diberi mengikut jadual. Apa pun faktur benih barli dari varieti yang baik akan menentukan hasil kelak. Sebaiknya sebelum menyemai maka benih barli perlu dirawat dengan bahan sesuai. Selalunya bagi tujuan untuk meningkatkan kecekapan pertumbuhsn bsrli maka baja mikronutrien sesuai untuk ddigunakan diladang seperti syor.
Teknologi penanaman barli melibatkan proses dari masa penyemaian biji barli sehinggsa sesuai untuk dituai iaitu di kawasan yang mempunyai tanah yang subur serta ia bebas dari rumpai. Amalan penanaman secara bergilir (Crop rotation) antara barli dengan tanaman lain dimana jenis tanaman yang terbaik seperti kekacang, kentang, jagung dan juga tanaman lain yang ada menambah unsur Nitrojen (N) kedalam tanah teruta,a bagi penanaman barli untuk dalam musim sejuk. Memberikan baja organik dan baja mineral dengan kadar sesuai mesti dilakukan. Adalah lebih baik disyorkan menanam tanaman jenis kekacang dulu dan kemudian barulah kemudian ditanam dengan barli. Banyak laporan menyatakan jika penanaman barli dilakukan berulang-ulang kali dikawasan sama atau berterusan maka hasilnya akan kurang dan rendah kualitinya. Walau pun tanaman barli menunjukkan hasil yang lebih tinggi pada musim panas dan kemarau akan tetapi sistem pengairan semestinya baik. Dari segi ketahanan kemarau dimana tanaman barli ini menduduki tempat pertama di antara bijirin lain seperti oat, gandum dan jagung. Benih barli tumbuh di tanah yang dibasahi dengan baik dimana kemudian setelah biji membengkak maka ia akan menyerap sehingga 50% kandungan air dari kelembapan jisim biji kering. Pertumbuhan awal biji barli memerlukan keadaan kelembapan yang paling tinggi dimana air perlu diberikan sehingga bercambah (Sila lihat foto disebelah). Apa pun lazimnya disebabkan jika ada isu kekurangan air semasa menyemai akan menjejaskan kadar percambahan dan berlaku kelewatan pertumbuhan awal barli. Begitu juga kekurangan air atau kemarau semasa tanaman barli semasa ia diperingkat pendebungaan akan menganggu proses pengeluaran debunga dan kesannya hasil barli akan menjadi rendah. Jika kemarau maka kesannya akan ada banyak jumlah bunga steril menyebabkan hasil barli juga akan menurun. Keperluan cahaya matahari kepada tanaman barli sangat signifikan dimana sebaiknya terdapat cahaya disepanjang hari. jika berlaku kekurangan cahaya matahari mala ini melambatkan proses pertumbuhan dan pendebungaan barli. Lazimnya jangkamasa tanaman barli adalah sekitar 70 - 110 hari (seakan sama dengan jangkahayat padi). Dilaporkan dimana semuanya adalah bergantung kepada varieti barli yang akan ditanam dimana jenis barli yang masak paling awal di antara bijirin juga bergantung kepada amalan agronomi. Bagi varieti tanaman barli musim sejuk selalunya ia mampu menahan suhu beku yang berpanjangan piaitu sehingga -10 sehingga -12 ° С. Barli musim sejuk pada awal musim akan berbunga dengan cepat daripada varieti barli yang ditanam pada musim lain. Tanaman barli dilaporkan mampu bertoleransi dengan suhu tinggi dengan baik dimana apabila suhu udara sekitar meningkat hingga + 40 °C dimana proses fotosintesis melalui stomata hanya berlaku selama lebih 12 jam dan ini amampu meningkatkan hasil barli kelak.
Keperluan tanah bagi tanaman barli dari pelbagai jenis tanah dimana asas bagi ia boleh memberikan hasil yang tinggi dengan disebabkan oleh cara amalan agronomi baik. Jenis tanah paya yang dikeringkan dan tanah gambut yang dikeringkan juga sesuai digunakan untuk barli dengan meratakannya dahulu. Tanah berpasir dan tanah sangat masin tidak sesuai digunakan untuk penanaman bijirin iaitu termasuk barli. Sebelum menyemai dimana benih barli dirawat dengan racun kulat dan bahan perangsang akar untuk percambahan yang berkesan. Penyediaan tanah dilakukan 2-3 minggu sebelum permulaan penaburan. Rawatan benih dan tanah (jika perlu) adalah bagi mengawal penyakit berbahaya seperti penyakit reput akar, kulat berdebu dan reput perdu. Menanam barli musim bunga bermula pada separuh pertama musim bunga iaitu sebaik sahaja penyediaan tanah selesai sekitar bulan March atau tidak lewat dari April-Mei. Penanaman dilakukan dengan membuat jalur atau barisan berjarak 7.5 cm di antara baris dan antara tanaman dengan jarak baris 15 cm. Kaedah menanam rapat ini sesuai dengan penyediaaan kawasan dan cara pembajaan yang optimum. Barli adalah tanaman bijirin di jaga mengikut jadual kerana jika berlaku kelewatan maka akan menyebabkan berlaku penurunan hasil. Menanam barli musim sejuk dilakukan dari bulan September hingga Oktober. Pembajaan barli dilakukan agar mampu memberikan hasil maksima. Baja Phosforus (P) dan Potash (K) digunakan semasa tanaman tumbuh dan unsur baja N mesti diberikan sepanjang proses tumbesaran. Tanaman barli responsif terhadap pemberian baja kimia daripada jenis baja organik. Bagaimana pemberian baja organik dilakukan secara langsung semasa membajak tanah iaitu di awal sebelum penanaman dilakukan. Kawalan perosak dan penyakit tanaman barli dilakukan melibatkan banyak cara sama ada dengan kaedah Kawalan Kimia, Kawalan Biologi, Kawalan IPM dan amalan pertanian yang betul. Amalan Agronomi seperti kaedah penggiliran tanaman, membajak tanah, mengikuti jadual penanaman betul, menggunakan kadar benih tepat dan memilih varieti barli sesuai adalah diantara kaedah sesuai dijalankan. Dilaporkan diantara jenis-jenis perosak menyerang barli seperti kutu gandum bergaris, kutu batang dan ulat bijirin. Serangan boleh berlaku disemua peringkat pertumbuhan seperti Kutu Makan Daun, Kutu Makan Batang dan juga Kumbang Makan Daun yang selalunya agak akitif semasa dalam cuaca musim panas. Keadaan tanaman yang lemah ini menyebabkan serangan perosak boleh merugikan petani. Penggunaan racun kimia seperti racun serangga sesuai boleh dilakukan bagi mengawal perosak ini. Masaalah penyakit seperti Penyakit Smut Berdebu, Cendawan, Karat, Reput Akar juga boleh berlaku sepanjang tumbesaran dimana ia mesti dikawal. Kawalan rumpai penting dalam penanaman barli dari peringkat awal lagi. Beberapa jenis racun rumpai digunakan terasuk racun jenis amonium, 2,4-D dan yang setara dengannya boleh digunakan. Aktiviti penuaian barli perlu dilakukan apabila barli sudah masak dengan seragam. Bagaimana pun jika berlaku keadaan masak tidak sekata maka penuaian dilakukan secara terpilih dengan penuaian secara manual. Biji barli yang dituai perlu dikeringkan dengan kadar kelembapan sekitar 14-17% sebelim di simpan atau dijual. Proses pengeringan biji barli dilakukan dengan teliti agar ia sekata dari mengelakan berlaku serangan kulat apabila ia agak lembap didalam simpanan. Barli sesuai di tuai apabila terdapat lebih daripada 80% biji barli berubah menjadi kuning sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi sedikit info mengenai tanaman barli untuk dijadikan bahan bacaan bagi pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TAK PERNAH LIHAT... TIADA DI MALAYSIA...
CUBA MEMBACA... ARTIKEL INI SAHAJA...
KURANG FAHAM... PERGI KELOKASINYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1445H),
Posted from:
Room 2108, Tok Aman Bali Beach Resort,
Pasir Puteh, Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.