MAKAN NANAS BUAH NANAS atau BUAH NANAS MUDA dikatakan mempunyai kesan negatif kepada pemakannya terutama kepada wanita yang berkait dengan kehamilan dan keguguran. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang penting di tanam di Malaysia dimana ia sejak dahulu ditanam untuk di kalengkan, di makan segar atau di buat bahan masakan serta minuman jus yang beik untuk kesihatan. Tanaman nanas di Malaysia bermula semenjak zaman kolonial lagi apabila ia di tanam di Negeri Johor dan menjadi ikon produk pertanian yang tersohor masa itu dimana Malaysia pernah menjadi pengeluar nanas dalam tin tersbesar didunia. Kalau dahulu industri penanaman nanas terutama di kawasan tanah gambut adalah kebanyakannya untuk di tinkan (dikalengkan) akan tetapi pada abad ini penanaman nanas adalah untuk di makan segar dan di eksport. Varieti nanas untuk di tinkan adalah ia berlainan dengan varieti nanas untuk di makan segar masa kini. Kalau dulu penanam nanas hanya tertumpu untuk menanam Nanas Morris (AC1), Nanas Gandul (AC3), Nanas Josapine (AC5), Nanas N36 (AC8) yang kebanyakannya sesuai di hantar kekilang untuk di proses akan tetapi kini sudah bertukar kepada Nanas MD2, Nanas Yankee (AC6), Nanas Keningau Diamond (AC12), Nanas Jambul Mas (AC15), Nanas Sarawak Gold (AC16) iaitu untuk dimakan segar dan di eksport. Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi serta enzim Bromelin yang baik untuk tubuh badan manusia. Buah nanas juga dilaporkan mempunyai banyak zat dan pelbagai nutrien penting lain seperti unsur potassium, magnesium, iron, thiamin dan Vitamin B6. Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) merupakan agensi yang ujud untuk mempastikan industri nanas negara terus berkembang dengan nilai pengeluaran mencapai RM1.2 billion pada tahun 2022. Penanaman varieti nanas segar untuk dimakan terus semakin mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna dimana dilaporkan permintaan dan penanaman nanas premium varieti MD2 sudah mencecah 50% daripada keluasan penanaman nasas Malaysia melebihi 5,000 hektar sehingga tahun 2022. Bagaimana pun ada kalangan rakyat Malaysia masih 'fobia' dengan makan nanas kerana ia dikaitkan dengan mitos negatif seperti bila makan nanas akan menyebabkan keguguran, sakit perut, lidas dan sebagainya. Pernah penulis blog hulur sepotong nanas MD2 kepada pegawai wanita semasa membuat tinjauan teknologi di lapangan dan 'mati-mati' dia takut memakannya kerana mitos yang dianuti selama ini dan pesanan dari orang tuanya. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu makan nanas dan isu makan nanas muda untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Menarik penulis blog merujuk kepada artikel dari hellodoktor.com yang bertajuk 'Buah Nanas Boleh Jadi Punca Wanita Hamil Keguguran: Fakta Atau Auta?' untuk dikupas dan fahami akan ulasan isi artikel ini. Mungkin ramai pembaca yang percaya bahawa nanas menyebabkan keguguran jika wanita ambil ia di awal kehamilan kerana buah ini yang punya sifat ‘tajam’. Benarkah perkara ini? Jom terus baca artikel ini sehingga selesai dan dapat memahami isinya. Pertama sekali perlu faham apakah dia manfaat buah nanas seperti kaliaj saintis. Ia dilaporkan mampu menyokong sistem imun tubuh kerana buah nanas mengandungi vitamin C yang baik dalam membantu menguatkan sistem imun dan juga ia menyediakan perlindungan untuk ibu hamil. Malahan bahan bromelain juga adalah bahan yang berkesan dalam usaha melawan gejala selesema. Lazimnya jika seseorang itu ada selesema ataupun sakit tekak maka memakan buah nanas boleh membuatkan anda rasa lebih baik. Buah nanas didakwa mampu untuk menguatkan tulang dan tisu kerana buah nanas mengandungi banyak Manganese (Mn) iaitu bahan penting di dalam cara pembentukan tulang dan tisu penghubung. Ke tiga kelebihan buah nanas adalah pemakannya mampu mengelakkan kes sembelit dimana sebenarnya buah nanas yang mengandungi banyak serat yang membantu mencegah sembelit semasa hamil. Selain itu, kandungan bromelain di dalamnya juga dapat menggalakkan proses pencernaan. Kehebatan yang jarang disebut mengenai buah nanas adalah dimana ia juga akan mengurangkan simptom mabuk kehamilan. Dalam sesetengah kes dimana wanita hamil yang makan nanas boleh membantu mengurangkan simptom mabuk hamil. Maka persoalannya adalah bolehkah ibu hamil makan nanas?. Ini kerana masih terdapat mitos yang mengatakan makan buah nanas menyebabkan keguguran di awal kehamilan. Salah faham ini adalah berdasarkan kepada kehadiran bromelain dalam buah nanas itu sendiri. Apa pun fahaman logik di sebalik mitos ini adalah bromelain memecahkan protein dan memandangkan janin yang sedang terbentuk mengandungi protein, jadi pengambilan bromelain akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Walau bagaimanapun masih tiada bukti yang menyokong dakwaan nanas menyebabkan keguguran ini. Sebaliknya bagi ibu hamil dimana dia perlu makan sekurang-kurangnya 7 biji nanas sehari untuk dapat menerima kesan negatif pada kehamilan mereka. Sebenarnya memang agak adalah mustahil untuk seseorang makan nanas sebanyak itu sehari (7 biji - banyaknya!). Jadi dengan cara pengambilan nanas yang bersesuaian adalah selamat untuk wanita hamil.
Artikel ini menyarankan agar amalkan langkah berjaga-jaga apabila makan nanas. Sebaiknya amalkan makan dua biji nanas segar setiap minggu pada awal kehamilan anda dianggap masih lagi selamat. Namun begitu jika ramai masih risau untuk mengambil nanas segar maka sebenarnya boleh memilih nanas yang dibeli dalam tin ataupun minum jus nanas (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana proses pengetinan dan pembotolan sedikit sebanyak menyingkirkan bromelain dalam buah nanas. Apa pun sama seperti makanan-makanan lain dimana cara pengambilan nanas yang berlebihan juga pasti akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Dilaporkan meskipun nanas mengandungi vitamin C namun pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit, loya dan pedih hulu hati. Disyorkan agar ibu hamil khususnya dinasihatkan untuk tidak makan atau minum nanas muda kerana boleh menyebabkan keracunan. Bromelain dalam nanas sahaja tidak cukup untuk menyebabkan pengecutan rahim, tetapi jika anda makan terlalu banyak nanas boleh menyebabkan masalah sakit lidah ataupun timbul ruam alergi serta mungkin mengalami kesukaran bernafas. Jika eorang yang mempunyai berat badan berlebihan, anda seharusnya mengelak daripada makan nanas kerana kandungan tinggi kalori di dalamnya. Dalam pada itu kepada penghidap diabetes dimana apabila kandungan tinggi gula yang ada dalam buah nanas akan hanya memburukkan keadaan juga. Oleh itu dilaporkan dimana kepercayaan atau mitos bahawa memakan buah nanas akan menyebabkan keguguran itu adalah tidak benar malah ia punya banyak manfaat buat ibu hamil.
Kemudian penulis blog merujuk kepada portal klikdokter.com dari negara jiran yang bertajuk 'Nanas Muda Boleh Mencegah Hamil, Mitos Atau Fakta?' dimana ia sesuai dijadikan sumber rujukkan. Dilaporkan iaitu manfaat makan nanas muda dilaporkan ada mitos yang ramai percaya tetapi benarkan bahawa makan nanas muda boleh ianya mencegah kehamilan?. Ini kerana dilaporkan terdapat beberapa pasangan yang telah menikah yang tidak ingin langsung memiliki anak. Mereka pun dengan suka rela menerapkan cara kontrasepsi guna mencegah kehamilan iaitu baik dengan minum ubat ataupun menggunakan kondom semasa mereka berhubungan seks. Apa pun selain dari cara-cara tersebut ada pasangan yang enggan hamil juga sering dianjurkan untuk mengambil buah nanas muda kerana ada dakwaan yang nanas muda tidak menyebabkan kehamilan. Perkara ini berpunca dari anggapan bahwa nanas muda boleh mencegah hamil bagi pasangan yang berkahwin. Apabila merujuk kepada kandungan nutrisi dalam buah nanas muda dilaporkan menurut laporan dari USA (Department of Agriculture - USDA) dimana setiap 175 gram buah nanas muda ia mengandungi Kalori (82.5 kcal), Lemak (0.2gram), Sodium (1.7 gram), Karbohidrat (22 gram), Serat (2.3 gram), Gula (16.3 gram), Protein (0.9 gram) dan zat Vitamin C (79 miligram). Dilaporkan dimana buah nanas muda mengandungi banyak zat berguna yang dapat membantu kesihatan tubuh. Berdasarkan kajian oleh Dr. Theresia Rina Yunita dimana buah nanas muda sebenarnya ia selamat dimakan oleh ibu hamil bila dimakan asalkan jumlahnya tidak berlebihan. Persoalan benarkah Nanas Muda boleh mencegah berlaku kehamilan dimana di jawab oleh Dr. Theresia Rina iaitu ia mengatakan 'Tidak'. Apa pun anggapan nanas muda untuk perempuan boleh mencegah kehamilan hanyalah mitos belaka. Menurut dr. Theresia Rina dimana tidak ada kajian khas maupun jurnal yang mengatakan bahwa nanas muda boleh ia mencegah kehamilan. Oleh itu jika sesiapa sengaja makan nanas muda untuk mencegah kehamilan maka perkara tersebut 'hanyalah sia-sia belaka'. Di syorkan agar pasangan tersebut mencegah hehamilan dengan Cara yang Pasti!. Ada penjelasan dimana cara mencegah kehamilan dengan cara yang efektif dan mudah secara betul termasuk lakukan 'Kontrasepsi Semulajadi' dimana risiko kehamilan dapat diturunkan dengan menghindari ejakulasi di dalam vagina. Boleh juga diamalkan dengan cara menggunakan kaedah Kalender iaitu dengan mengetahui puingan haid setiap bulannya untuk menentukan masa subur. Boleh juga amalkan kaedah 'Amenorea laktasi' atau menyusukan bayi iaitu dengan cara memberikan susu eksklusif kepada bayi selama enam bulan. Perkara ini dilaporkan akan menjadi kontrasepsi secara semulajadi dan dapat menurunkan kemungkinan untuk hamil. Kaedah lain adalah seperti 'Kontrasepsi Barrier' yang dilakukan dengan cara menggunakan kondom semasa berhubungan seksual. Cara ini juga boleh dilakukan dengan meletakkan diafragma pada mulut rahim untuk menghalang sperma masuk dalam rahim. Pasangan juga dilaporkan boleh menggunakan bahan 'spermiside' yang mengandung zat nonoxynol-9 dimana ia didakwa adalah efektif membunuh sel sperma. Cara halang kehamilan seterusnya secara medik adalah dengan 'Kontrasepsi Hormonal' yang mana ia boleh dilakukan dengan mengambil pil perancang keluarga atau pun melalui suntikan atau memasang implan atau dengan cara menggunakan alat kontrasepsi dalam rahim (AKDR). Apa pun semua cara tersebut sebaiknya ia mesti dilakukan di bawah pengawasan doktor agar dijamin selamat. Kaedah terkini adalah menghalang kehamilan dengan cara 'Kontrasepsi Operatif' yang boleh dilakukan ketika pasangan tidak ingin memiliki anak sama sekali (bahasa pasai - dikasi). Jenis kontrasepsi ini bertindak melalui mensterililkan fungsi organ pembiakan individu. Apa pun cara jenis kontrasepsi ini boleh berupa pembedahan tubektomi untuk wanita dan operasi vasektomi untuk lelaki juga. Apa pun mitos dan pendapat mengenai makan nanas muda bolej ia mencegah hamil ternyata hanya mitos belaka. Jangan lagi amalkan kaedah tersebut untuk mencegah kehamilan. Lebih baik lakukan cara yang dinyatakan diatas dengan nasihat doktor. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERNYATA TIDAK.. KALAU IKUT CARANYA...
MITOS KEGUGURAN... KEHAMILAN JUGA...
DI JELASKAN DOKTOR... JELAS FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precibt 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rabiulawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.