Penting penulis dibincangkan mengenai perbezaan sabun mandi bentuk buku, cecair dan gel dan persoalan yang mana satu lebih baik kepada pengguna. Pada umumnya terdapat pelbagai jenis sabun mandi yang digunakan untuk mencuci badan. Selalunya mungkin pembaca blog ini tidak peduli tentang jenis sabun mandi yang digunakan untuk mencuci badan sama ada berbentuk buku, cecair atau gel asalkan sabun ia memang ada digunakan. Tetapi sebenarnya perkara itu perlu diberikan perhatian kerana bukan semua jenis sabun sesuai dengan kulit seseorang malah faktanya dimana ciri sabun berbentuk buku, cecair dan gel mempunyai fungsi berbeza dimana ia bergantung kepada jenis kulit dan tempat tinggal. Menurut pakar dermatologi ada dijelaskan perbezaan utama di antara tiga jenis sabun ini adalah bentuk dan bagaimana produk tersebut berinterkasi dengan kulit manusia. Dilaporkan dimana jenis sabun buku lebih 'kuat' berbanding cecair dan gel. Apa pun kesemua jenis sabun ini mampu membersihkan tubuh tetapi sabun berbentuk buku biasanya lebih kuat berbanding dalam bentuk cecair atau gel kerana ia dapat menghilangkan protein dan lipid penting atau mengubah tingkat pH kulit serta menyebabkan kerengsaan, Bagi yang memiliki kulit normal atau kering adalah disarahkan sabun dalam bentuk cecair adalah pilihan paling terbaik. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dan tinggal di kawasan dengan kelembapan tinggi dan panas maka jenis sabun buku paling sesuai digunakan. Selalunya sabun berbentuk cecair dan gel adalah kurang terdedah kepada kuman dan bakteria jika ia dibandingkan dengan sabun buku yang mana kebiasaannya dibiarkan terdedah selepas ia digunakan. Sabun mandi yang berbentuk gel lebih sesuai untuk kulit biasa dan bukan sensitif. Dilaporkan dimana bakteria dapat hidup pada sabun buku dan bertahan padanya sehingga sabun habis dipakai. Apa pun untuk menghindari penumpukan bakteria maka sebaik-baiknya bilas sabun buku selepas digunakan dan biarkan ia benar-benar kering. Persoalan apakah persamaan dan perbezaan sabun cecair dan gel dijawab dengan mana kedua-dua sabun ini jelasnya adalah sama tetapi tidak serupa. Kedua-duanya merupakan sabun dalam bentuk cecair yang biasanya akan diperbuat daripada femollient untuk tujuan melembutkan kulit. Bagi jenis sabun gel dimana ia memiliki konsistensi yang lebih pekat dan biasanya lebih wangi manakala cecair pula selalu mempunyai manfaat untuk melembutkan serta melembabkan kulit dan sesuai digunakan dalam cuaca yang panas. Mereka yang cukup duit boleh beli disyorkan gunakan sabun dalam bentuk gel sebagai pilihan terbaik bagi mereka yang tinggal dengan iklim lembab dan panas atau memiliki kulit berminyak.
Selalunya sabun adalah dibeli dari kedai atau pasaraya dalam apa juga bentuknya dan kegunaannya. Bagaimana pun ada laporan dimana 'Buat sabun sendiri' menarik minat penulis blog untuk kisah ini dirujukk. Akhbar hmetro.com ada nyatakan dimana bagi Mohd Nur Khuzaini sedang mengisi cecair sabun yang dihasilkan sendiri oleh Ko-Pekerti agak unik kisah dan faktanya (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Marang dimana pada kebiasaan bahan campuran (pes) diguna secara meluas dalam aktiviti masakan namun berlainan bagi Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Terengganu (Ko-Pekerti) kerana sudah memperkenalkan pes sabun untuk kegunaan harian. Idea itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan dan perbelanjaan orang ramai memandang kos sara hidup kini semakin meningkat. Pengguna boleh membancuh sendiri sabun yang mana setiap pes seberat satu liter dan harganya juga dijangka tidak membebankan. Koperasi tidak berhajat untuk bersaing dengan mana-mana pengeluar sabun kerana tujuan utama kita adalah ingin menyediakan produk sabun mampu milik. Koperasi telah memilih produk sabun buat masa ini memandangkan bahan pencuci itu merupakan satu keperluan bagi setiap rumah. Promosi sabun daripada kilang Koperasi dan Produk Sabun D'Iman dilakukan di Unit Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) Bukit Kor , Marang. Apa pun dilaporkan dimana selain memberi fokus pes sabun dimana ia akan mengajar usahawan di kampung yang ingin menceburi bidan pembuatan sabun ini dan mereka boleh menjual sabun dengan kaedah isi semula. Dianggarkan dengan kaedah isi semula ini pengguna dapat menjimatkan wang mereka antara 30 hingga 50 peratus. Kini kos membuat sabun bukannya mahal namun kos-kos sampingan seperti pengangkutan, botol, label dan jenama sabun itu sendiri membuatkan sabun menjadi mahal. Sudah ada sebuah mesin membancuh sabun sekitar RM10,000 dan pihaknya bersedia memberi kursus kepada mereka. Diperkenalkan 'konsep isi semula' sabun kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.
Menarik fakta dimana 'Bahan cucian bebas kimia' untuk dijadikan bahan rujukkan. Dilaporkan di media dimana syarikat Arrange Group Sdn Bhd berada di landasan tepat bagi menjadikan iaitu produk cuciannya 'Vibe Smells Good' pilihan keluarga Malaysia yang mencari produk selamat, bebas kimia dimana ia didakwa berkesan menghilangkan kotoran. Pengasasnya, Naimmi mendakwa Sykt Vibe Smells Good bermula pada 2018 dan pihaknya menjadi syarikat Bumiputera pertama yang mengeluarkan sabun cucian selamat digunakan untuk semua peringkat usia. Bermula dengan hanya mengeluarkan pencuci fabrik kini Vibe Smells Good kini mempunyai 32 unit simpanan stok (SKU) pada harga serendah RM9 sehingga RM37.50 terdiri daripada pencuci pakaian, dapur, dobi, bilik air serta pembersih tablet dan isi rumah lain. Antara kelebihan produk Vibe Smells Good adalah formulasinya berasaskan tumbuhan dan disebabkan itu, ia lebih selamat digunakan dan paling utama, ia berkuasa menghilangkan kotoran selain mempunyai haruman berkekalan. Objektif syarikat adalah enghasilkan produk sebegini adalah untuk menggalakkan masyarakat mendidik anak-anak kecil mereka supaya mencuci tanpa ibu bapa risau kimia 'keras' yang selalunya terdapat pada produk cucian di pasaran. Pengguna tidak perlu risau tangan menggelupas dan formulasi yang kami hasilkan mampu memberi haruman berkekalan serta tiada bau hapak jika pakaian lama tak bersidai. Dilaporkan kini syarikat memfokus untuk memantapkan pasaran di Malaysia sebelum memasuki pasaran luar negara dalam tempoh tiga tahun lagi. Syarikat juga merancang memperluas penjualan Vibe Smells Good melalui platform digital sendiri dan platform e-dagang sedia ada serta bekerjasama dengan Ninja Mart bagi menembusi pasaran di kawasan luar bandar. Kiini agak ramai pengguna dengan mudah mendapatkan produk Vibe Smells Good sekali gus menggalakkan minat mencuci dalam kalangan keluarga di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.