Support My Blog

Saturday, March 4, 2023

ISU-ISU HANGAT TENTANG BAJA (Part 1)

ISU-ISU BAJA
pertanian di Malaysia merupakan perkara yang sesekali dibincangkan dalam media. Dalam sektor pertanian di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana ada dua jenis tanaman yang paling banyak menggunakan baja adalah Tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dan Tanaman Padi (Oryza sativa) diikuti dengan tanaman sayuran dan buah-buahan. Tanaman kelapa sawit pada 2022 yang seluas 5.865 juta hektar memerlukan banyak kuantiti baja untuk digunakan bagi mempastikan pengeluaran hasil signifikan. Kawasan tanaman padi pula seluas 647,789 hektar pada 2022 juga memerlukan jumlah baja yang banyak setiap kali musim penanaman padi sama ada berbentuk baja subsidi atau baja komersial dipasaran. BAJA (Fertilizer) adalah salah satu perkara yang asas dalam bidang pertanian yang mesti ianya difahami oleh mereka yang terlibat dalam sektor pertanian terutamanya sektor tanaman. Ini kerana baja adalah bahan yang biasanya mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang perlu dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), Phosforus (P) dan Kalium (K) adalah unsur paling asas untuk baja yang selalu disebut 'Baja NPK'. Unsur-unsur lain adalah sedikit di gunakan tetapi penting iaitu Unsur Pekit (Trace element) seperti Magnesium (Mg), Boron (B), Manganese (Mn), Zinc (Zn), Zat Besi (Fe) dan banyak lagi dimana kesemuanya akan dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Dalam pada itu terdapat bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah bertujuan untuk meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah. Bahan ini adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment), pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bertujuan bagi menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Dipasaran terdapat banyak produk dan jenama baja daripada dalam bentur butiran (granule), serbuk (powder), cecair (liquid), ketulan, pekatan dan bermacam lagi. Bagaimana pun paling asas adalah apakah sebenarnya keperluan tumbuhan untuk unsur baja yang diperlukan melalui beberapa kaedah penentuan. Pada penulis blog kefahaman petani terhadap kepentingan dan keperluan baja adalah asas kepada pertanian. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu hangat atau menarik untuk ianya dikongsikan dan bagaimana  kepentingannya untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Salah satu isu hangat dalam media bharian.com adalah bagaimana 'Tiada data lengkap petani punca subsidi baja diseleweng' yang wajar diberikan perhatian. BH melaporkan dimana ketiadaan data lengkap jumlah petani aktif dipercayai menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit setiap tahun akibat ketirisan dan penyelewengan dalam cara agihan subsidi baja. Walaupun kerajaan secara tetap akan menyalurkan subsidi dan insentif berjumlah RM1.9 bilion khususnya baja setiap tahun, namun pengeluaran perkapita padi negara menyaksikan penurunan iaitu 2,741 metrik tan pada 2015 kepada sebnayak 2,740 metrik tan pada 2016 dan terus merosot lagi kepada 2,571 metrik tan pada 2017. Terkini penulis blog merujuk laporan dimana pada 2021 jumlah hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2,429 metrik tan dari keluasan kawasan padi dituai seluas 645,732 hektar (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Mengikut rekod dimana ada terdapat 155,000 pesawah di seluruh negara namun difahamkan jumlah mereka yang aktif dengan keluasan kawasan yang diusahakan tidak dikemaskini sejak 20 tahun lalu. Apa pun dilaporkan dimana isu ini adalah diantara beberapa faktor menyebabkan ada pihak tertentu menggunakan kesempatan akibat kelemahan pengumpulan data berkenaan dengan menyeleweng baja subsidi. Menurut satu sumber ada mendedahkan dimana lazinya setiap individu yang terbabit dalam proses agihan subsidi baja mempunyai potensi untuk menyeleweng, termasuk pegawai kerajaan, individu yang dilantik menguruskan pemberian subsidi, orang politik serta petani itu sendiri. Ada juga dilaporkan mengenai bagaimana 'baja dijual kepada petani lain' pernah ia ada dilaporkan. BH laporkan dimana ada antara bagaimana modus operandinya dimana pesawah atau pun petani ini akan mendakwa kononnya mengusahakan keluasan sawah yang maksimum kepada Persatuan Peladang Kawasan (PPK) untuk memperoleh subsidi penuh namun sebahagian besar akan dijual kepada petani lain. BH juga laporkan dimana antara taktik lain pula membabitkan ‘orang dalam’ agensi berkaitan yang menyorok baja subsidi tanpa diagihkan kepada penerima sepatutnya. Baja subsidi ini akhirnya akan dijual kepada pembeli yang bersekongkol dengan mereka lapor BH. Dalam pada itu menurut seorang pegawai kanan dalam industri padi mendedahkan dimana isu ketirisan memang sudah berlaku sejak pemerintahan kerajaan terdahulu namun tidak berjaya diselesaikan ekoran campur tangan ‘orang dalam’ dan juga pengaruh politik. Antara baja padi yang dipercayai diseleweng berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Parit Buntar, Perak dahulu.  

Dalam pada itu BH laporkan dimana kalangan petani takut buat laporan mengenai isu pemberian baja yang menimbulkan polemik dalam kalangan petani itu sendiri kerana sering dikaitkan dengan politik. Biasanya ada pihak yang dilantik menguruskan baja ini adalah ‘orang kuat’ parti tertentu dan sudah tentu ia digunakan sebagai gula-gula politik. Kalangan petani sendiri mengetahui penyelewengan berlaku tetapi tidak berani tampil membuat aduan. Dalam perkembangan sama, BH mendapat makluman dimana ketiadaan data ini juga berlaku disebabkan sikap petani itu yang mahu mendapat ‘untung atas angin’ walaupun tidak lagi mengusahakan tanah sawah. Isu bagaimana ada senarai nama masih aktif digunakan dimana pihak tertentu tahu jika menjual sekampit baja subsidi itu maka mereka mampu memperoleh untung sekitar RM5 sahaja dan memperoleh keuntungan itu kerana tiada pihak yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka. Petanin ini tidak lagi mengusahakan sawah sama ada tanah itu sudah dijual atau dibina bangunan atau tidak sesuai untuk ditanam padi lagi tetapi rekod yang masih ‘aktif’ menyebabkan mereka mendapat bantuan baja. Biasanya tanpa pembajaan yang betul maka pengeluaran padi akan terjejas akibat kekurangan nutrien.  Ia berkait dengan isu dan punca petani terus mundur dan gagal perbaiki taraf hidup. BH laporkan dimana isu yang berkaitan dengan penyelewengan subsidi baja yang juga menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit setiap tahun, dikesan antara punca petani negara ini gagal memperbaiki taraf hidup. Walaupun berdekad-dekad mengusahakan sawah dimana petani kekal dalam situasi sama seolah-olah mereka dipinggirkan kerajaan sedangkan pelbagai jenis subsidi khususnya membabitkan baja diberikan kepada mereka. Artikel ini ditulis oleh Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad. Dia juga dakwa isu ketirisan itu dilakukan mereka yang mempunyai peranan penting dalam proses pengagihan baja dan kesannya diterima oleh petani.

Beliau nyatakan dimana isu ini adalah sudah lama berlarutan berkaitan dengan ketirisan dan penyelewengan dan kesannya kini boleh lihat keadaan petani itu sendiri yang tidak berubah. Mereka gagal untuk maju dan masih berharap dengan kerajaan. Dakwanya apabila ini berlaku, ke mana peruntukan yang sepatutnya membantu golongan petani dan ini saya percaya, ia diseleweng oleh mereka yang mempunyai peranan dalam struktur ini seperti ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam agensi berkaitan katanya kepada BH. Mengulas lanjut, Dr Fatimah berkata dimana ada pelbagai pihak sudah melakukan kajian terhadap isu subsidi baja tetapi masih tidak mampu untuk mengubah nasib petani. Isu lain bersangkutan dengan laporan dimana ada kalanya baja sampai lambat. Melalui hasil kajian yang mana ia menunjukkan 30 hingga 40 peratus baja yang selalu dan sepatutnya diterima petani sampai lambat sehingga memberi kesan besar kepada pengeluaran padi. Malah ada juga kajian menunjukkan satu pertiga baja yang dikeluarkan tidak bermutu. Malah dilaporkan ada petani mengadu dimana komposisi baja sebatian tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. BH laporkan bagaimana ini boleh berlaku jika ia bukan berpunca akibat penyelewengan. Ditanya transformasi yang perlu dilaksanakan untuk menghentikan ketirisan dan isu penyelewengan itu, Dr Fatimah berkata sudah sampai masanya petani diberi peluang untuk membuat keputusan. Apa pun beliau pernah menyarankan agensi seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) perlu kembali kepada peranan asal memajukan kepentingan petani dan bukannya menjadi tempat mengkayakan pihak tertentu, ahli lembaga pengarah atau anak syarikat. Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) diperkenalkan pada 1979 dengan nama Skim Subsidi Baja Padi (SSBP). Bagi satu hektar kawasan penanam petani disaran menggunakan empat beg baja urea serta 12 beg baja sebatian. Setiap beg selalu mempunyai berat 20 kilogram. Purata bagi harga setiap beg urea berharga sekitar RM23 manakala beg sebatian RM26, menjadikan kos per hektar penggunaan baja bagi petani adalah kira-kira RM400 bagi satu musim penanaman. Skim Baja Padi Kerajaan berjumlah RM465 juta, Skim Bantuan Input Pengeluaran (RM563 juta), Insentif Benih Padi Sah (RM85 juta), Skim Subsidi Harga Padi (RM616 juta), Skim Baja dan Racun Padi untuk Pertanian Padi Bukit (RM70 juta) dan Insentif Input Pengeluaran Padi RM112 juta.

Isu lain dilaporkan oleh portal berita  hmetro.com dimana '
Dah mati dapat subsidi' juga wajar dikongsikan. Kisah diari Kuala terengganu dimana ada petani yang memang suka apabila dapat beli baja bersubsidi berkualiti dengan harga murah sebab dia tahu ia ada standard yang perlu dipatuhi tidak seperti baja lain yang didapati dari luar. Menurut pembekal baja yang hanya ingin dikenali sebagai Abu Bakar yang biasanya menerima baja yang diperoleh daripada pembekal luar berharga RM150 untuk satu beg mengandungi 50 kilogram (kg) bagi padi matang. Apabila dia hendak beli baja bersubsidi harganya hanya antara RM25 hingga RM30 bagi beg berisi 20kg hingga 25kg. Dia sudah dapat berjimat hampir RM1,000 untuk satu tan baja dan bayangkan untuk setahun dia akan dapat beli 10 tan baja daripada pesawah dimana ini sekali gus mampu mengurangkan kos hingga RM10,000 dengan membeli baja bersubsidi daripada pesawah yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Dilaporkan dimana ada pesawah menjual baja bersubsidi yang diperoleh itu kerana sudah tidak lagi mengusahakan tanaman berkenaan akan tetapi namanya tidak dikemas kini oleh PPK untuk dikeluarkan daripada penerima baja bersubsidi. Jika dilihat pada sebelah pihak dimana ia menguntungkan golongan sepertinya kerana dapat membeli baja yang murah akan tetapi kerajaan menanggung kerugian disebabkan sikap pihak tidak bertanggungjawab tersebut. Abu Bakar mendakwa dimana Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) yang sudah diperkenalkan untuk memastikan petani mendapat bekalan baja bermutu dan berkualiti seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Menurutnya, skim yang diperkenalkan sejak 1998 dilihat menjadi barah yang mendatangkan kerugian kepada negara disebabkan sikap tamak sesetengah pihak. Apa pun padanya niat kerajaan sudah bagus akan tetapi sikap tamak sesetengah pihak yang melakukan penyelewengan sama ada membabitkan individu di dalam agensi berkenaan atau dalam kalangan pesawah sendiri mengambil kesempatan mengaut keuntungan. Agak  kecewa juga apabila melihat ada kalangan pesawah yang berdaftar dengan PPK menerima baja subsidi walaupun tidak lagi mengusahakan tanaman berkenaan. Berdasarkan pandangannya hal seperti ini berlaku sebab pihak berkaitan iaitu PPK tidak mengemas kini data yang ada hingga berlaku ketirisan seperti mungkin ada sesetengah pesawah berdaftar sudah meninggal dunia atau tidak lagi mengusahakan tanaman berkenaan, tetapi tetap juga menerima baja subsidi itu. Menurutnya, jika PPK ada mempunyai 100 ahli berdaftar memang baja subsidi itu akan diberikan kepada mereka yang berdaftar tetapi ketirisan berlaku dalam kalangan pesawah yang bertindak menjual semula baja itu kepada pihak lain. Ketirisan ini tidak akan berlaku sekiranya PPK sentiasa mengemas kini data pesawah yang ada seterusnya hanya mereka yang benar-benar mengusahakan tanaman padi saja yang layak menerima subsidi itu. Dia juga tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada PPK kerana penyelewengan tidak berlaku jika pesawah juga jujur. Akhbar hmetro juga menyatakan dimana menurut Abu Bakar sudah sampai masanya kerajaan menghapuskan subsidi dalam pertanian jika tidak mahu berterusan menanggung kerugian disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Kini jika subsidi dalam pertanian dihapuskan maka kerajaan akan tahu golongan mana yang benar-benar mengusahakan tanaman dengan betul. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!...
BAJA TANAMAN.. PENTING DIBERIKAN...
BANYAK ISU... MASIH BERLANJUTAN...
LAPORAN MEDIA... MENJADI RUJUKKAN...
BOLEH DIPERBAIKI... PERLU TINDAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...