Ramai kalangan petani terutama mereka yang teribat dengan sektor tanaman sama ada tanaman singkat masa, jangka sederhana dan tanaman saka pastinya akan perlu menjaga kebun mereka. Ini berpunca kerana kehadiran rumapai akan bersaing dengan tanaman dari semua aspek selain kemungknan ia membawa patogen penyebab peyakit tumbuhan atau penjadi perumahnya. Dari seggi teknikal 'Rumpai' adalah sebarang jenis tumbuhan atau baka tanaman yang tidak diinginkan dalam kebun tetapi tumbuh di dalam kawasan kebun. RUMPAI (WEEDS) adalah tumbuhan yang tumbuh dikawasan tanaman atau tanah yang tidak dikehendaki. Ini kerana rumpai akan bersaing dengan tanaman dari segi perebutan bahan nutrien, ruang, cahaya matahari serta selalunya menjadi pesaing dalam pengeluaran hasil tanaman. Umum juga kenal akan istilah rumpai ini yang sering tumbuh dengan agresif atau cepat tumbuh tanpa apa-apa bantuan daripada manusia. Selain daripada rumpai tumbuh dan mengganggu dikawasan pertanian (kebun pengeluaran bahan makanan), rumpai juga menganggu ditaman bunga, halaman rumah, kawasan tepi jalan, padang permainan terbuka dan belukar. Rumpai adalah jenis tumbuhan dari spesis mampu penceroboh yang tumbuh sendiri dan lazimnya mempunyai daya tahan hidup yang tinggi serta sangat effisien dalam proses sebaran dan pembiakannya. Keadaan ini selalu akan menyebabkan tanaman kita (sama ada tanaman makanan, ornamental, landskap dsb) akan terencat pertumbuhannya akibat tewas dalam merebut sumber pertumbuhan dan akibatnya pokok akan menjadi kurang penghasilan atau lebih teruk pokok akan mati. Dalam beberapa definasi mengenai rumpai, ada yang mengatakan rumpai sebagai 'tumbuhan yang menganggu dengan matlamat pengurusan pada kawasan tertentu bagi masa yang tertentu'. Ini bermakna mungkin ia merupakan tanaman yang kita perlu tetapi oleh kerana ia tumbuh semasa kita tidak mahu akan dianggap sebagai rumpai juga dan perlu dimusnahkan.
Pengurusan Rumpai penting dilakukan seppanjang masa aktiviti tanaman di kebun dari mula menanam sehingga menuai dan menanam semula. Apa pun bagi penulis blogd dimana tujuan pengurusan rumput-rumpai di kebun termasuk bagi mengurangkan persaingan untuk sumber air, nutrien dan cahaya matahari dengan tanaman yang ditanam. Ia juga dilakukan dengan tujuan mengelakkan saingan rumput-rumpai yang boleh merencatkan pertumbuhan tanaman seperti kelapa sawit (contohnya, lalang, rumput kemarau atau Ischaemum muticum), Selaput tunggul atau ulam tikus (Mikania micrantha) dan lain-lain. Kehadiran rumpai yag tidak dikawal akan terus menganggu tanaman dan dalam tahap teruk rumpai dikebun dimana ia boleh menyebabkan kematian kepada tanaman dikebun. Pengurusan rumpai dilakukan bagi tujuan dalam menyediakan tempat tanaman bebas rumpai di kawasan bulatan pangkal pokok tanaman kelapa sawit dimana jatuh tandan buah sawit (drop zone) apabila tandan buah jatuh selepas di sabit dan juga apabila buah lerai dan jatuh dibawah pokok agar dapat dilihat dan dikutip. Bagi jenis tanah bercerun pula kawalan rumpai berkait dengan aktiviti melindungi tanah daripada hakisan dan bertujuan untuk memelihara tahap kelembapan dan kesuburan tanah. Ini dilakukan dengan cara untuk menggalakkan pertumbuhan rumput-rumpai lembut (soft grasses), pakupakis atau kekacang penutup bumi terutama dibahagian tebing dan cerun yang mudah berlaku hakisan. Ini bermakna pengurusan rumpai bukan hanya mempastikan keadaan kebun bersih tanpa rumpai sebaliknya ia diperlukan untuk mengelakkan berlakunya hakisan dan menjaga kelembapan tanah. Tanaman durian matang dan berbuah sebagai contoh memang pantang jika disembur dengan racun rumpai jensi sistemik dipermukaan tanah ada rumpai. Hasil penelitian penulis bloh dusun durian komersil memang perlu waspada didalam menyembur racun rumpai dan sebaiknya sesuai di potong sahaja rumpai dala dusun durian.
Terdapat banyak teknik-teknik dalam aktiviti Pengurusan Rumpai sesuai dijalankan bergantung kepada banyak faktur. Faktur kawalan rumpai termasuk jenis rumpai yang hendak dikawal, jenis tanah, jenis tanaman, umur tanaman, cuaca (hujan atau kemarau), jenis racun rumpai, tujuan kawalan dan sebagainya. Bagi penguruusan rumpai paling asas adalah dengan merumput disekeliling pokok dengan mengawal secara membuat bulatan atau kawasan dibawah kanopi pokok. Bagi kebun kelapa sawit pastinya disekeliling pokok matang agar dapat dilihat tanda buah dan buah lerai sama juga dengan pokok durian dewasa yang diterangkan dibawahnya. Cara ini dilakukan dengan merumput bersih secara bulatan sejauh 1.5 meter (5 kaki) dari pangkal batang pokok atau dengan jarak sesuai dengan mempastikan tiada rumput-rumpai atau sampah. Bagi sesetengah tanaman pula sesuai dibersihkan dengan merumput lorong seperti dalam ladang sawit adalah Laluan Keluar Tandan Buah Sawit (TBS) iaitu dengan merumput lorong selebar 1 meter atau kurang dari pokok ke pokok iaitu sekiranya diperlukan atau boleh dibuat bergantung kepada cara-cara mengeluarkan TBS. Dalam dusun buah-buahan seperti kebun betik, mangga, jagung manis, kacang tanah dan sebagainya aktiviti merumput tempat pejalan dari pokok ke pokok untuk tujuan melakukan aktiviti agronomi seperti membaja, menyembur racun kimia, menuia hasil dn sebagainya. Bergantung kepada situasi dimana cara mengawal rumpai boleh dijalankan Secara Manual atau Secara mekanikal melalui mencantas atau memotong secara manual atau dengan jentera/mesin atau mencabut rumpai. Teknik mencabut memang ia lambat dan makan masa yang
lama untuk sempurnakan tetapi teknik ini adalah paling praktikal, murah dan rumpai lambat tumbuh semula. Kaedah memotong rumput menggunakan jentera atau mesin pemotong rumput dilakukan dengan lebih cepat tetapi kadar tumbuh semula juga cepat. Paaling popular diamalkan disemua peringkat sama ada estet, pekebun komersial atau pekebi=un kecil adalah dengan menggunakan Racun Rumpai. Teknik ini selalunya lebih cepat dilaksanakan dan tempoh kawalan rumpai yang lama berbanding
dengan kawalan secara mekanikal. Perlu diketahui jika penggunaan racun rumpai ini secara amnya dibahagi mengikut cara racun memasuki dan
mengawal rumpai sama ada jenis Racun Sentuh atau jensi Racun Sistemik. Racun Sentuh (contacut herbicide) akan merosakkan tisu-tisu daun, batang yang bersentuh dengan racun dan sebaiknya semburan mesti dibuat secara menyeluruh terhadap daun dan batang rumpai. Apa pun diantara contoh racun sentuh yang popular dan diluluskan pihak berkuasa untuk penggunaannya termasuk Glufosinate ammonium (e.g. Basta®) dan Jenis Sodium
chlorate. Jenis kedua yang boleh digunakan adalaj jenis Racun Sistemik dimana cara tindakannya adalaj ia akan memasuki tisu-tisu tumbuhan melalui serapan daripada akar atau
daun. Racin ini akan merosakkan rumpai dengan menganggu fungsi biokimia, pertumbuhan
dalam rumpai walau pun ia mengambil masa agak lama untuk rumpai mati. Diantara jenis-jenis racun sistemik termasuk Glyphosate isopropylamine(e.g. Roundup®) dan juga Metsulfuron methyl (Ally®). Cara menyembur racun rumpai ini ada pelbagai faktur semasa ia dilakuakn di kawasan tanaman. Paling asas adalah dengan menggunakan peralatan Pam Penyembur Berjentera (Power Booster Weedicide Sprayer) sehingga paling asas iaitu Penyemburan Galas atau 'Knapsack Spray Pump' yang murah dan praktikal. Semuga artikel ini memberi inf berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KENALI JENIS RACUN...BANYAK JENISNYA...
DICABUT PERLAHAN...DISEMBUR SAHAJA...
ELAKKAN GANGGU... SUBUR TANAMANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Mewah Indah,
Raub, Pahang.
Malaysia.
(9 Syaaban 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.