Support My Blog

Tuesday, March 28, 2023

POTENSI TANAM PADI TAHAN AIR MASIN

VARIETI PADI
yang tahan dengan air masin merupakan satu potensi yang perlu dilakukan didalam mempastikan tanaman padi terus ditingkatkan. Dilaporkan dimana Negara China yang berjaya mencipta varietu padi yang sesuai ditanam ditanam masin dengan menghasilkan produktiviti tinggi yang perlu untuk dicontohi. Pada penulis blog dimana tanaman padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin penting dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Apa pun di Malaysia tanaman padi yang ditanam ia terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis Padi Sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan jenis Padi Huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dilaporkan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan beberapa varieti terpilih. Antara varieti padi yang popular di tanam di Malaysia adalah varieti MR220CL2, MR219, MR220 dan terbaru adalah MR315 dan IS21. Padi sawah memang ia memerlukan banyak menggunakan air (kesemuanya adalah air tawar), baja dimana ia perlu ditanam dengan cara yang teratur. Padi sawah ada banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di 8 kawasan Jelapang Padi Utama yang kebanyakannya berada di negeri bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3,500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang biasanya berpanjangan. Penanaman padi menjadi utama dibeberapa negara di ASEAN seperti di Vietnam, Thailand, Myanmar dan juga Indonesia. Malaysia ada menanam sekitar 660,000 hektar tanaman padi dengan purata hasil sekitar 4.3 mt sehektar walau pun di Sawah Sekinchan ia mampu untuk menghasilkan sebanyak 13 mt/ha. Artikel kali ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi bagi mendapatkan dan menanam padi yang tahan air masin untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Memang masih kurang dilakukan penyelidikan mengenai usaha mendapatkan varieti padi yang tahan air masin di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog sempat merujuk laporan penyelidikan oleh MADRI bertajuk '
Varieti padi toleran kepada tekanan air masin' dimana ada kajian sebagai sumber genetik padi bagi menangani isu perubahan iklim di Malaysia untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana pernah berlaku kejadian kelimpahan air laut di Malaysia berlaku ketika fenomena air pasang besar yang menyebabkan air laut memasuki sistem pengairan dan ada kawasan sawah padi yang berdekatan pesisiran laut terjejas. Fenomena air pasang besar berlaku semasa bulan penuh atau anak bulan di mana kedudukan matahari, bumi dan bulan pada kedudukan selari. Air laut yang memasuki sawah padi mendatangkan risiko dan tekanan kemasinan yang mana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan kepada pokok padi. Tekanan kemasinan ini menyebabkan kesan perencatan osmotik dan ketoksikan ion ke atas pokok padi. Perencatan osmotik mengurangkan keupayaan tanaman untuk mengangkut air dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan padi akan menjadi perlahan. Ketoksikan ion berlaku apabila lebihan air masin memasuki saluran transpirasi dan menyebabkan kecederaan sel pada daun. Kes ini juga yang menyebabkan penurunan kepada kandungan relatif air daun yang akhirnya menyebabkan akan berlaku kemerosotan kepada berat basah dan berat kering. DiMalaysia kes kejadian kelimpahan air laut iaitu ke dalam kawasan sawah padi banyak berlaku ketika fenomena air pasang besar. Kawasan yang pernah dilaporkan menghadapi bencana ini ialah Kuala Kurau di Parit Buntar dan Kampung Padang Garam di Alor Setar, Kampung Alor Akoi di Sungai Padang, Perlis dimana ia memmusnahkan kawasan sawah padi seluas 35 hektar. Tekanan air masin menyebabkan kesan serius kepada pengeluaran hasil padi maka menjadi satu keperluan kepada negara untuk mengenal pasti sumber genetik padi yang toleran kepada air masin bagi membantu pengusaha sawah padi yang menghadapi risiko ini. Varieti-varieti padi yang dikenal pasti ini penting untuk menyokong industri padi negara dalam usaha menghadapi perubahan iklim dengan memastikan sumber genetik padi ini dapat digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan varieti padi baharu yang toleran kepada perubahan iklim di Malaysia. Kajian tersebut mendapati dimana diantara beberapa varieti padi yang toleran kepada air masin yang berdasarkan kepada perbandingan ciri fenotip dan kesamaan genotip bagi melihat kehadiran gen saltol didapati adalah varieti KHAO TAH HAENG, CITANDANG, MAYANG KELUBI, KAO SAARD 108, AZUCENA dan NAM DOCK MAI 2028. Ia juga adalah merupakan varieti berpotensi yang toleran kepada air masin dalam saringan 1. Manakala untuk kajian saringan 2 pula dilaporkan antaranya varieti KHAO TAH HAENG, LUI UOI, SINANDOMENG dan KAO SAARD 108 adalah varieti yang dikenal pasti toleran kepada air masin. Varieti-varieti padi yang dikenal pasti ini merupakan sumber genetik padi yang penting untuk penyelidikan dan program pembaikbakaan padi untuk memacu pembangunan varieti padi baharu yang toleran kepada air masin bagi menangani isu perubahan iklim.


Menarik laporan dalam beberapa youtube dimana 'China Berjaya Menghasilkan Padi Kalis Air Masin Bagi Menyelesaikan Isu Bekalan Makanan' yang sesuai dirujuk. Didakwa dimana umumnya tanaman padi ialah tanaman yang sensitif kepada tahap pH dan tidak boleh hidup dengan menggunakan bekalan air masin. Perkara tersebut adalah masa dahulu di China akan tetapi sekarang saintis dari China berjaya membangunkan baka padi yang bukan sahaja kalis air masin tetapi kalis air beralkali. Dalam ujian yang dilakukan di Tianjian, China lokasi yang terletak berhampiran laut dilaporkan sebanyak 4.6 tan metrik beras dapat dituai untuk setiap ekar yang mana jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding purata pengeluaran hasil padi biasa di negara China. Dilaporkan baka padi yang kalis air masin ini telah dibangunkan sejak 2012 oleh Yuan Longping yang ada menerima gelaran “bapa beras hibrid” di China bagi memenuhi keperluan bekalan makanan China. Yuan sendiri sudah  pun berjaya menanam padi air masin di UAE pada tahun 2018 dalam sebuah projek rintis dengan sasaran 10% permukaan tanah UAE akan ditanam padi. Negara besar ini dilaporkan masih lagi memerlukan import dari negara Rusia dan Amerika Syarikat untuk keperluan gandum. Terbaru dengan tekanan perang perdagangan, perubahan iklim dan ketidakstabilan politik pengeluaran beras tempatan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Apa pun di 
Malaysia baka padi tahan banjir telah dibangunkan bersama dengan padi yang boleh ditanam beberapa kali setahun termasuk di luar musim. Penggunaan teknologi dron juga dipertimbangkan kerana seperti China keperluan kepada makanan negara bergantung kepada import. Isu kekurangan bekalan makanan yang berlaku sekarang adalah kerana isu rantaian bekalan yang sudah berlarutan hampir setahun dan hanya kini dapat dilihat.


Portal hmetro.com laporkan '
UMT perintis tanaman pada air masin pertama' iaitu kisah dari Kuala Nerus membolehkhan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mencipta sejarah apabila menjadi perintis tanaman padi air masin pertama di negara ini diperkenalkan. Dilaporkan Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan UMT Profesor Dr Aziz Ahmad berkata dimana pengeluaran padi masih bergantung kepada beberapa faktor utama seperti bekalan air tawar yang bersih. Apa pun bagi menghasilkan padi yang banyak bagi setiap rumpun maka ia memerlukan air bersih yang mencukupi. Tumbesaran padi merosot dan terbantut sekiranya bekalan air tidak mencukupi pada fasa penghasilan buah. Hanya 2.5% air tawar bersih sahaja terdapat di dunia. Air tawar ini selalunya dipecahkan untuk kegunaan domestik seperti dalam sektor perkilangan, pemprosesan, pembersihan dan kegunaan harian populasi manusia yang meningkat saban tahun. Pihak UMT menjalankan kajian berkaitan kaedah penghasilan padi dengan menggunakan air masin bagi memenuhi permintaan Negara. Sekiranya kajian ini membuahkan hasil, ia merupakan pencapaian baru dalam penghasilan padi negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan import padi negara. Air masin yang memasuki sistem pengairan sawah padi akan merencatkan kesuburan tanaman padi. Kebanyakan sawah padi di Malaysia adalah berhampiran dengan laut oleh itu kebarangkalian air masin memasuki sistem pengairan sawah padi agak tinggi disebabkan faktor peningkatan paras air laut. Kes yang selalu berlaku menyebabkan penghasilan padi negara akan berkurang secara mendadak pada masa akan datang. Satu kajian berterusan perlu dilakukan dengan mana ia melibatan semua pihak dan kini kajian menunjukkan ada beberapa faktor pengeluaran padi boleh dilakukan dan mempunyai potensi tinggi seperti kacukan atau hybrid, kombinasi moden dan klasik, mutasi aruhan dan kejuruteraan genetik. Kini dengan populasi penduduk dunia dijangka meningkat kepada 9.8 bilion dan ia memerlukan permintaan bekalan makanan yang tinggi sehingga kira-kira 70 peratus. Walaupun di Malaysia terdapat banyak sawah padi tetapi kini masih perlu mengimport sebanyak 30 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan tempatan. Pengeluaran padi perlu dipertingkatkan dan institusi pertanian berkaitan adalah disarankan untuk terus berusaha mencari solusi terbaik.


Dalam portal utusan.com dan beberapa media lain melaporkan dimana '
Benih padi NMR151 sesuai tanah masam kelat' berkait dengan tajuk dibincangkan. Kisah dari Machang, Kelantan dakwa dimana pohak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah pun berjaya menghasilkan varieti benih padi baharu NMR151 yang mempunyai daya tahan terhadap tanah masam kelat terutama di negeri ini. Kejadian masam kelat merujuk kepada kawasan tanah beris yang terjadi akibat campuran air masin dan tawar. Apa pun untuk percubaan dimana MOSTI akan melaksanakannya di Kelantan iaitu di kawasan Pasir Puteh pada musim penanaman padi pada Julai 2022. Dilaporkan jika percubaan ini berjaya kelak maka benih padi baharu ini akan disahkan sebelum diperluaskan ke negeri lain yang akan dikenal pasti mempunyai masalah yang sama. Apa pun kemudian dalam Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada pesawah Pertubuhan Peladang kawasan Machang di Unit Peladang, Kampung Bukit Tiu ianya dilancarkan. Benih padi IS21 adalah inovasi dalam industri padi negara yang dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian mengikut kawasan penanaman. Setakat ini, pelaksanaan benih padi IS21 masih lagi dalam peringkat ujian untuk mencapai sehingga 10 tan pengeluaran sehektar. MOSTI akan dapat melihat hasil tuaian padi yang pertama menggunakan benih padi IS21 pada Oktober dan November 2022 yang membabitkan kawasan seluas 500 hektar di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAKA PADI... AIR MASIN TANAMNYA...
DILAPORKAN BERJAYA... DI CHINA...
KAJIANNYA DIMALAYSIA... ADA JUGA...
KURANGKAN KERUGIAN... ADA CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syaaban 1444H).
Posted from:
Room 1306, StarWell Hotel,
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...