PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 2)
PATOLOGI TUMBUHAN (Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.
Sebarang gangguan pada tanaman boleh berlaku disebabkan oleh kerana faktur cuaca yang buruk (kemarau, banjir, sejuk melampau), kekurangan nutrien dalam tanah, gangguan rumpai, serangan haiwan dan serangga serta serangan patogen mikro-organisma. Selalunya dalam kumpulan mikroorganisma terdapat hidupan seperti bakteria, kulat atau cendawan, virus dan nematoda. Masalah gangguan yang disebabkan oleh mikroorganisma terhadap tumbuhan beserta faktor-faktor yang sering mempengaruhinya dan cara-cara bagaimana untuk mengendalikan boleh dipelajari dalam Ilmu Penyakit Tumbuhan atau Fitopatologi Tumbuhan (Plant Pathology). Tumbuhan dikatakan 'sakit' apabila fungsi dalam fisiologinya tidak berjalan normal seperti biasa. Fungsi fisiologi ini meliputi antara lain pembelahan sel, perkembangan sel, cara penyerapan air serta nutrien dari tanah serta aktiviti lain seperti translokasi, metabolisma, pembiakan tumbuhan dan penyimpanan zat makanan. Perubahan atau penurunan fungsi fisiologi ini sebenarnya adalah akibat sebahagiannya dkesan daripada serangan patogen (penyebab penyakit). Masalah penyakit tanaman mendapat perhatian besar ketika terjadi serangan patogen penyakit seperti jenis kulat Phytophthora infestans yang menyebabkan kegagalan penuaian tanaman kentang selama beberapa tahun pada pertengahan abad 19 di Ireland dan Eropah dahulu. Disebabkan serangan oleh sebab penyakit tersebut yang kemudian dikenali sebagai Penyakit Hawar Daun (Leaf blight) ini maka terjadinya kelaparan dan kematian manusia secara meluas. Beribu-ribu keluarga petani Ireland kemudian berpindah ke Amerika Utara untuk mencari makanan dengan berkebun dan menternak haiwan. Penyakit Karat Daun juga yang disebabkan oleh cendawan Hemileia vastatrix menyebabkan musnahnya industri tanaman kopi di banyak negara termasuk di Sri Lanka. Dilaporkan masa itu masih belum ada cara pengawalan penyakit ini yang efektif (diakhir abad 19) yang mana ia memaksa kerajaan Sri Lanka menghapuskan tanaman kopi dan menggantikannya dengan tanaman teh. Dalam kes lain di Indonesia dimana serangan penyakit Karat Daun ini juga memaksa tanaman kopi arabica telah diganti kopi robusta yang kurang enak rasanya namun lebih tahan terhadap penyakit karat. Di Malaysia pula tanaman pisang yang diserang Penyakit Moko Pisang oleh bakteria Ralstonia solanacerum merugikan ribuan hektar pisang ditanam petani. Jabatan Pertanian melakukan pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan tanaman pisang di Malaysia sehingga pulih pada masa sekarang.
Apa pun dalam dunia tumbuhan (plants) kewujudan patogen memang sentiasa ada sama ada ianya kulat, bakteria, virus dan sebagainya yang mana ia boleh menyebabkan serangan penyakit kepada tumbuhan. Memang ada banyak jenis virus tumbuhan dimana ia termasuk juga virus asimptomatik. Biasanya virus tumbuhan hanya mengakibatkan kerugian hasil dimana selalunya ia tidak berdaya maju untuk mengawalnya dari segi ekonomi. Kebanyakan virus tumbuhan juga ia mempunyai genom-genom RNA bebenang tunggal yang kecil. Genom-genom itu hanya boleh mengekod 3 (coding) atau 4 protein:replikase, protein kulit, protein pergerakan untuk membenarkan pergerakan dari satu sel ke sel yang lain. Ada kalanya dimana protein yang membenarkan penghantaran untuk disebarkan kepada tanaman lain melalui agen seperti 'vektor'. Virus-virus tumbuhan harus disebar dari sebatang pokok ke pokok yang lain melalui vektor. Vektor ini biasanya merupakan serangga akan tetapi oleh hidupan lain termasuk oleh sebilangan kulat (fungi), nematod,dan protozoa yang berada didalam linglungannya. Mengmbil contoh dimana serangan virus menyebabkan Penyakit Tungro merupakan penyakit virus yang penting pada padi (Oryza sativa). Apa yang penulis blog faham dimana serangan penyakit virus tungro dapat merosakkan pertanaman padi dalam satu lokasi dengan meluas dalam waktu singkat (Wabak). Virus tungro ditularkan oleh serangga Benah Daun Hijau (Nephotettix virescens). Virus tungro dalam diserap dalam serangga dapat bertahan selama 5 hari namun tidak dapat ditularkan melalui telur. Serangga vektor ini dapat menyebarkan virus dalam waktu 2 jam setelah mengisap tanaman padi yang sakit. Pada varieti padi yang rentan dimana benah hijau ini akan mengisap cairan pada jaringan phloem tanaman padi seterusnya menjangkitinya. Simptom serangan tungro akan dilihat pada tanaman padi yang berumur 2-3 minggu setelah ditanam bila ketara pertumbuhan tanaman menjadi kerdil dan jumlah anak (tiller) berkurangan. Helaian daun padi dan pelepah padi akan kelihatan jadi pendek. Warna daun berubah dari hijau menjadi kuning sehingga kekuningan oren dan kemudian menjadi kuning coklat dimulai dari pucuk daun kearah pangkal daun-daun tua. Daun muda yang terserang tungro sering dilihat sebagai berbintik-bitik atau warna hijau pucat sehingga macam ada bergaris-garis putih sejajar dengan tulang daun yang panjangnya berbeza. Pada daun tua pula serangan tugro dilihat ada bintik-bintik coklat bekas tusukan serangga benah. Serangan virus tungro juga boleh sebabkan masa untuk pembungaan tertunda dimana malai yang dihasilkan kecil-kecil keluar tidak sempurna.
Ilmu patologi tumbuhan juga mengkaji bagaimana proses penularan atau penyebaran patogen penyakit tanaman dilapangan. Penulis blog yang banyak kali belajar ilmu ini mendapati ia dipengaruhi oleh lima (5) faktor iaitu Penyebaran oleh Angin, Penyebaran oleh Air atau Hujan, Penyebaran oleh Serangga, Penyebaran oleh Benih Tanaman dan Penyebaran oleh Manusia. Faktur penyebaran penyakit melalui cara Penyebaran oleh Angin juga dipanggil sebagai bersifat tular udara (air-borne) seperti spora kulat atau cendawan patogen kepada daun, tangkai dan buah. Selalunya cara penyebaran oleh angin mencakupi bagaimana inokulum terbang di udara (take-off) dimana cara ini akan memindahkan inokulum tersebut dari satu tempat ke tempat lain (flight). Inokolum ini adalah ringan dimana ia boleh terbang sejauh angin bertiup dan akan melekat pada tumbuhan lain yang akan dimana ia menyebabkan jangkitan. Cara Penyebaran oleh Air atau Hujan juga dikenali sebagai bersifat tular air (water-born). Ada kalanya dimana titik air atau hujan membawa bakteria sekali yang mana ia akan menyebabkan sel bakteria dibawa keseluruh lokasi yang ada tumbuhan melalui kontak atau proses menembusi tumbuhan (penetration). Tersedianya air juga adalah diperlukan spora kulat untuk bercambah atau patogen bakteria untuk melakukan penetrasi dimana ia akan mempercepatkan terjadinya jangkitan kepada tanaman. Apa pun cara Penyebaran oleh Serangga sering berlaku dimana serangga akan menghisap air sap tumbuhan berpenyakit sebelum ia memindahkannya kepada pokok lain yang masih sihat. Ada kalanya luka oleh gigitan serangga juga menjadi punca serangan penyakit. Contohnya serangga aphid akan membawa virus dalam perutnya dan dipindahkan ke pokok cili lain menyebabkan Penyakit Daun Kerinting (Sila lihat foto disebelah). Faktur ke 4 adalah Penyebaran oleh Benih dan bahan tanaman digunakan yang mana ia sudah dijangkiti dari pokok induknya. Patogen atau inokulum (spora kulat atau sel bakteria) sering terbawa di dalam benih atau bahan tanaman (keratan, sulur, markot dsb) yang terinfeksi penyakit sehingga dapat menyebarkan penyakit kekawasan lain atau tanaman lain. Punca dan cara Penyebaran oleh Manusia dimana ia merupakan penyebar patogen penyakit tanaman jarak jauh, melalui introduksi benih atau bakal tanaman yang terinfeksi patogen antar negara atau daerah. Manusia juga merupakan menyebarkan patogen tanpa disedari di kebun semasa dia memegang tanaman yang berpenyakit dan kemudian pergi memegang tanaman yang sihat untuk penyebaran. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.