Daripada 30 perosak endemik serangga iaitu Koya (Oidium nephelii) yang selalu menyebabkan masaaalah Kulapuk berdebu atau Powdery mildew terutama pada buah rambutan sering dijumpai. Seterusnya ke 35 adalah serangga endemik iaitu serangga Orseolia oryzae yang menyebabkan serangan Penyakit Tombak Padi (Rice gall midge) wlau pun ia kurang dikenali. Seterusnya adalah serangga Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoseros) yang sering menyerang tanaman kelapa di Malaysia. Kumbang ini dikenalpasti sebagai perosak kepada tanaman seperti Kelapa, Kelapa Sawit, Nipah, Pinang, Nibong dan semua jenis tanaman ornamental daripada Palmae. Kitaran hidup kumbang tanduk diperingkat telur selama 11-13 hari sahaja sebelum ia menetas dan menjadi larva. Telurnya adalah kecil, berukuran 3.0 mm yang berbentuk oval dan berwarna putih. Peringkat larva adalah selama 80-90 hari dimana ia mempunyai ukuran panjang badan sekitar 80-100 cm dengan lebar sekitar 25 mm. Pada peringkat ini ia berwarna kekuningan sedikit. Kemudian ia menjadi pupa selama 19-27 hari dimana saiznya sekitar 50 cm panjang dan lebarnya 2.0-2.5 mm dan ia berwarna perang kekuningan. Peringkat yang kita sering lihat dan suka adalah peringkat dewasa selama 30 - 60 hari. Saiz dewasa sekitar 35-50 cm panjang dan 20-23 cm lebar dengan warna yang perang tua atau hitam berkilat. Kawalan menggunakan perangkap feromon juga lazim dilakukan untuk mengawal kumbang tanduk. Bahan feromon yang digunakan adalah 'Rhinoceros beetle pheromone'. Feromon ini dipasang dengan kadar 1 perangkap untuk setiap 2 hektar. Bau ini akan menarik kumbang jantan dan ia akan terbang masuk dalam baldi atau PVC yang dipasang dan kemudian kumbang tersebut dimusnahkan (Sila lihat foto sebelah). Kawalan yang juga sering dilakukan adalah dengan menggunakan racun kimia. Kaedah ini dilakukan sekiranya pasti ada serang dengan bahan Gamma BHC 6.5% dengan 9 bahagian serbuk papan dan ditabur dicelah-celah pucuk pokok kelapa. Kaedah lain adalah semburan racun Cypermethrin pada bahagian pucuk daun kelapa yang dilakukan mengikut arahan pada label. Kawalan kumbang tanduk dilakukan bagi mengurangkan risiko serangan yang boleh memusnahkan tanaman.
Serangga perosak Koya atau Mealybug yang menyerang Nangka (Pseudococcus sp. dan Cataenococcus hispidus) akan menerosakan buah dan turunkan kualiti buah nangka. Dalam pada itu serangga endemik ke 38adalah yang paling digeruni di Malaysia iaitu Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus vulneratus) atau Red stripe weevil yang menyerang tanaman kelapa dan palmae lain. Pokok kelapa yang diserang mungkin nampak sihat sahaja sehingga ia kehilangan pucuk, mati dan akhirnya tumbang. Penanam kelapa perlu mampu mengetahui dan mengenali RPW dan kaedah kawalan. Pokok kelapa dikawasan yang diserang perlu diperiksa walau pun ia masih mempunyai buah dan daun. Ini kerana larva RPW yang memakan umbut dalam batang kelapa menyebabkan pokok berlubang ditengahnya. Serangan boleh bermula daripada bahagian pucuk pokok atau pangkal batang pokok dengan menebuk lubang. Kaedah memasang perangkap feromon dikawasan tanaman kelapa merupakan teknik yang paling mudah dilakukan bagi pastikan kehadirannya. Kaedah lain mengawal serangan dan kehadiran RPW adalah dengan membuat semburan racun serangga. Petani digalakkan menyembur bahan kimia yang disyorkan. Bagi pokok kelapa yang masih rendah atau pada peringkat anak pokok racun jenis Cypermethrin atau Dimethoate sesuai digunakan sama ada disiram atau pun di sembur pada pucuk, daun dan batang menggunakan Pam Penyembur. Seterusnya bagi pokok kelapa yang tinggi dan besar cara meracun dengan menggunakan racun jenis Imidachloprid melalui teknik dikenali sebagai 'soil- drenching' yang dilakukan disekeling pangkal pokok. Racun jenis lain yang sesuai digunakan adalah Dinotefuran yang disembur pada bahagian batang kelapa. Teknik yang sesuai untuk mengawal serangan RPW bagi pokok yang telah besar dan tinggi adalah dinamakan "Trunk Injection". Teknik ini telah penulis lakukan dahulu di Mersing untuk mengawal serangan serangga Artona spp. Jenis racun untuk digunakan untuk trunk injection adalah jenis yang kuat iaitu Monocrotophos atau jenis Methamidophos. Kerja mengorek lubang pada pangkal perdu pokok kelapa dilakukan menggunakan gerudi dengan mata sepanjang 1 kaki bergarispusat 1 cm. Gerudi batang pokok dan buat lubang sebelum racun tersebut dimasukkan kedalam lubang khas menggunakan 'injector'. Kemudian lubang perlu ditutup semula dengan tanah liat atau plastercin. Buah kelapa yang telah dibuat trunk injection tidak boleh diambil sebagai makanan kerana racun ini adalah sistemik dan merbahaya kepada manusia.
Serangga endemik seterusnya adalah Kutu Beruang Padi (Scotinophora coarctata) atau Rice black bug yang menyerang dimana kutu beruang berwarna hitam selalu gemar berkumpul pada pangkal rumpun padi dekat dengan paras air pada waktu siang. Berbau busuk dan gemar pada cahaya dan mudah dijumpai pada bulan penuh (full moon). Serangga dewasa dan anak menghisap cecair dari pokok padi dimana seterusnya menyebabkan pokok menjadi kering (bugburn). Bahagian yang sering diserang ialah bahagian buku batang. Pada peringkat padi beranak, jika serangan berlaku, pokok padi akan menjadi bantut dan mengurangkan bilangan anak. Jika serangan pada peringkat bunting pokok akan dapat mengeluarkan tangkai yang pendek atau padi akan menjadi hampa. Kawalan dengan membakar jerami padi setelah selesai menuai kerana kutu bruang boleh tinggal di dalam tunggul padi. Membersihkan sawah dari rumpai kerana kutu bruang boleh menyesuaikan hidupnya dalam persekitaran berubah-ubah dan boleh hidup selama 200 hari. Jika tiada tanaman padi, ia boleh hidup di celah-celah tanah yang lembah dalam kawasan berumput. Sebaikny lakukan aktiviti pembajakan tanah dengan sempurna. Kawalan kimia pula boleh menggunakan racun kimia bila perlu dan berhemah serta patuhi arahan penggunaan seperti di label iaitu racun yang mengandungi perawis aktif Alpha-cypermethrin, Diazinon, Fenobucarb dan Malathion. Bernama melaporkan 'Petani Rugi Padi Diserang Kutu Beruang' apabila empat puluh dua petani mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila 60 hektar tanaman padi yang mereka usahakan di Kampung Gong Kulim, Pasir Putih, Kelantan musnah diserang serangga kutu beruang. Ketua petani kampung berkenaan Yusuf Hamat (50) dakwa serangga itu mulai menyerang ketika pokok padi berumur tiga minggu selepas ditabur benih (Sila lihat foto disebelah). Tanaman padi yang diserang itu menjadi kering dan hangus akibat kepanasan dan terus musnah dan rosak teruk. awasan tanaman padi itu. Walau pun petani telah berusaha untuk menyelamatkan tanaman mereka daripada serangan serangga itu dengan menyembur racun tetapi tidak berhasil. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.