Support My Blog

Monday, March 20, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 1)

PATOLOGI TUMBUHAN (Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Sebelum memahami patogen yang menjadi punca penyakit kepada tumbuhan sebaiknya difahami akan apakah dia Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod dahulu.
Apa pun jenis patotgen KULAT (Fungi) adalah paling banyak menyerang tumbuhan dimana ada terdapat lebih dari 10,000 patogen kulat yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan sudah dikenalpasti. Patogen-patogen ini terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu jenis Biotrof yang akan memakan tisu-tisu tumbuhan yang hidup dan juga jenis Nekrotrof yang akan membunuh sel-sel tumbuhan sebelum ia memakan nutrien-nutrien yang dihasilkannya. Bagaimanapun dari segi patologi dimana ada banyak patogen tumbuhan yang mengamalkan gaya hidup secara hibrid iaitu pada mulanya bertindak sebagai biotrof sebelum kemudian ia bertukar untuk mengamalkan gaya hidup nekrotrof. Patogen-patogen jenis yang ini adalah dipanggil Hemibiotrof. Saintis dapati dimana sebenarnya kebanyakan kulat fitopatogen adalah terdiri dari kumpulan dalam Ascomycetes dan Basidiomycetes. Kajian pakar mendapati dimana kulat membiak secara dengan kedua-dua seks (biseksual) dan aseks (aseksual) melalui pengeluaran spora. Spora-spora ini boleh tersebar pada jarak yang jauh melalui pertolongan oleh pergerakan udara atau air dan juga melalui tanah dipersekitaran atau dibawa oleh manusia. Banyak juga jenis spora yang tersebar melalui bahan tanah-tanih terutama dari jenis zoospora dimana ia boleh hidup secara saprotrof didalam tanah-tanih pada bahagian pertama dalam sistem kitaran hidupnya. Dalam sektor pertanian dan tanaman makanan dimana penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat boleh dikawal melalui penggunaan racun kimia atau fungiscide khusus bagi kulat khusus. Bagaimanapun secara asas lazimnya patogen kulat-kulat akan ujud jenis baru dimana ia sering berkembang dan boleh tahan atau kebal dengan berbagai-bagai jenis fungisid yang digunakan atau ia sudah kebal. Pengiliran penggunaan racun kini dan amalan kawalan perosak bersepadu (APB) memangperlu dilakukan dalam mengatasi masaalah ini.


Patogen lain yang jadi penyebab kepada penyakit tumbuhan adalah BAKTERIA (Bacteria). Bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah 'bakteria' telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang mana ia digelarkan eubakteria dan tergantung kepada gagasan mengenai hubungan antaranya. Kebanyakan bakteria yang dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan sebenarnya adalah saprofit dan tidak merosakkan tumbuhan tersebut bersamanya. Bagaimanapun ada sebilangan kecil bakteria iaitu di sekitar 100 spesies dimana bakteria jenis ini memang boleh mengakibatkan penyakit kepada tanaman khususnya dikawasan-kawasan beriklim sub-tropika dan beriklim tropika. Malaysia adalah sebuah negara tropika yang panas dan lembab menjadikan tumbuh-tumbuhan boleh diserang dengan bakteria. Diantara yang penulis blog sering bincangkan adalah serangan Penyakit Layu Bakteria Pisang (Moko) yang ia disahkan madalah disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacerum yang pernah memusnahkan industri pisang negara. Bakteria jenis ini merupakan sejenis bakteria yang banyak mempunyai 'tanaman perumah'. Tanaman daripada keluarga Solanaceae merupakan perumah utama seperti pokok Tomato, Terung, Kentang, tenbakau dan semestinya pokok pisang. Perumah lain terdiri dari tumbuhan dari keluarha Heliconaceae dan Musaceae (termasukan jenis pisang hiasan dan pisang yang boleh dimakan). Bakteria ini tahan dalah keadaan suhu tinggi diantara 35 - 37 darjah selsius. Bakteria ini juga mampu bertahan berada dalam tanah selama 2-3 tahun dalam keadaan dormant. Kaedah menebang pokok pisang yang terkena serangan penyakit moko dan menanamnya didalam tanah sebenarnya kurang berkesan kerana bakteria akan lebih cepat membiak. Kebanyakan bakteria patogen tumbuhan berbentuk rod (basilus). Supaya dapat memulakan koloni pada tumbuhan lazimnya bakteria-bakteria ini seharusnya mempunyai kepatogenan yang khusus. Faktor kepatogenan bakteria yang utama adalah enzim pendegradan dinding sel yang digunakan untuk memecahkan dinding sel tumbuhan supaya dapat usaha bagi membebaskan nutrien-nutrien di dalamnya. Jenis ini akan digunakan oleh patogen-patogen seperti Erwinia untuk mengakibatkan reput busuk.


Patogen ke tiga (3) yang menyerang tambuhan adalah VIRUS. Apa pun jenis v
irus tumbuhan adalah jenis virus yang mengjangkiti tumbuhan dimana ia selalu berlaku apabila tumbuhan tersebut rosak. Susunan kimia virus dan struktur fiziknya sama dengan lainnya  yang sangat sederhana iaitu ia hanya terdiri dari Asid nukleik dan Protein. Virus tumbuhan berbeza dengan patogen tumbuhan lainnya dimana perbezaan tersebut terdapat pada bagaiman aia melakukan infeksi, translokasi di dalam induknya, cara membiak, penyebaran dan simptom serangan yang berlaku. Pada penulis blog contoh dalam masaalah Kerekot Daun Cili dimana ia juga di kenali sebagai Penyakit Mozek Virus pada tanaman cili adalah disebabkan oleh serangan Virus Mozek (Mozaic virus). Diantara virus mpzek yang telah dikenalpasti seperti CMV, CVMV, TMV dan TWSV. Kajian saintis menunjukkan virus dan penyakit ini menyerang seluruh bahagian pokok tetapi selalu adalah ketara tanda atau simptomnya pada bahagian pucuk muda tanaman cili. Dalam pemerhatian penulis blog yang mendapati simptom serangan adalah apabila didapati daun berkerekot dan ada berbintik-bintik dengan urat daun akan membengkak. Lazimnya pertumbuhan pokok cili akan terbantut dan tidak banyak bunga cili dihasilkan. Akibatnya pokok kurang berbuah dan kalau ada buah pun saiznya kecil sahaja dengan bentuknya berbagai-bagai rupa tidak seperti bentuk cili yang kita kehendakki. Selalunya bila penyakit tumbuhan disebabkan oleh virus dimana partikel virus secara individu hanya dapat dilihat dengan hanya ia menggunakan mikroskop elektron. Gejala tumbuhan yang terkena penyakit yang disebabkan oleh virus antara lain apabila dilihat ada simptom klorosis dan nekrosis berbintik seperti cincin. Simptom serangan atau gejala yang muncul sebagian besar menyerupai gejala yang disebabkan oleh mutasi, diferensiasi atau keracuanan atau toksik kepada unsur nutrien, sekresi erarangga atau ia disebabkan oleh patogen lain. Tanaman yang diserang dengan virus lazimnya tidak mempunyai kaedah rawtan khusus kerana hampir tidak ada bahan kimia antivirus yang dapat menyembuhkan tanaman yang diserang dengan masaalah serangan virus. Kaedah mengatasi serangan oleh virus boleh dilakukan dengan memilih anakbenih tanaman yang bebas virus, tahan dan juga kebersihan sanitasi kebun. 


Patogen ke 4 adalah NEMATOD (Nematodes) yang mana ia merupakan jenis cacing dari Phyllum Nematoda yang mempunyai lebih dari 15,000 spesis diseluruh dunia. Nematod mempunyai struktur badan yang ringkas di panggil sebagai Pseudoseolom yang akan membentuk badan cacing berkulit dan tiada kepala atau ekor yang nyata. Dilihat bentuk badannya yang panjang halus seperti 'Benang' (Thread) dengan kulit seperti haiwan lain tanpa organ dalaman yang kompleks. Saiz nematod yang halus hanya dapat dilihat dengan menggunakan teropong khas. Dalam satu gengam tanah mungkin ujud beribu-ribu ekor cacing nematod dan ianya cepat membiak dalam keadaan sesuai. Kebanyakan cacing nematod dikaitkan dengan hidupan yang merosakan tanaman dalam sektor pertanian yang mampu memusnahkan kesuburan tanaman. Artikel malam ini saya menulis beberapa jenis cacing nematod yang terdapat di Malaysia berdasarkan dari beberapa pembacaan dan rujukan dari Jabatan Pertanian yang saya baca. Cacing Nematod merupakan salah satu perosak tanaman yang telah lama ia dikenalpasti dengan menyerang bahagian akar dan kadang2 menyerang batang tumbuhan. Cacing Nematod ini mampu untuk menghalang pergerakan air, zat makanan dan nutrien dalam Felum dan Xylum dalam tumbuhan dan ini tentunya merencatkan pertumbuhan pokok. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila cacing nematod simbiosis dengan patogen lain seperti Kulat (Fungi), Bakteria dan juga Virus pada tanaman. Pengalaman penulis mengenai perosak nematod didalam Kebun Jambu Batu (Psidium guava) di Chempelak, Segamat dan Muar, Johor telah menyebabkan pokok jambu batu yang berupaya hidup sehingga 10-15 tahun akan musnah dalam masa kurang 5 tahun sahaja. Kebanyakan petani akan menebang pokok jambu batu dan menanam pokok baru selepas 5-6 tahun dan katanya cara ini adalah lebih praktikal dari usaha untuk mengawal serangan nematod. 
Artikel ini ditulis dalam enam (4) segmen iaitu Part 1, Part 2. Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...