Dibaca dimana Objektif Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Serangan Perosak Tanaman adalah seperti untuk dapat melindungi industri pertanian negara daripada serangan perosak tanaman yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ia juga dibuat bagi menghalang kemerebakan serangan perosak berbahaya yang boleh menjejaskan hasil tanaman dan industri makanan negara. Aktiviti ini adalah juga untuk melindungi alam sekitar dan ekosistem ke arah pertanian lestari. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini disediakan sebagai garis panduan kepada pegawai di Jabatan Pertanian dan jabatan berkaitan dengan tujuan untuk usaha mememperinci dan menyelaras aktiviti pengawasan dan operasi kawalan perosak di pelbagai peringkat yang terlibat dalam pengurusan serangan perosak. Ia juga boleh menjadi sumber rujukan utama yang menjelaskan aktiviti dan tindakan pengurusan serangan perosak daripada pelbagai peringkat yang terlibat. Buku ini akan memberi garis panduan bagi aktiviti pengesanan, pembendungan dan penghapusan perosak di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun perlu difahami dahulu dimana 'Pengawasan perosak' adalah suatu proses rasmi untuk mengumpul dan merekod data kehadiran atau ketiadaan perosak dengan cara bancian, pemantauan atau prosedur-prosedur lain. Digunakan juga istilah 'Serangan merebak' iaitu kejadian serangan perosak yang menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman dengan kadar kemerebakan yang cepat atau peningkatan populasi perosak secara mendadak dalam tempoh masa tertentu di sesuatu kawasan. Maksud 'Perosak endemik' pula adalah jenis perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendah. Istilah 'Perosak eksotik' pula bermaksud jenis perosak asing kepada sesuatu negara, ekosistem atau kawasan yang kemasukannya secara sengaja atau tidak akibat daripada aktiviti manusia. Istilah 'Pewartaan perosak' adalah satu mekanisma untuk menyenaraikan sesuatu perosak sebagai perosak berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Paling perlu diketahui adalah istilah 'Perosak berbahaya' iaitu apa-apa makhluk perosak yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta sebagai suatu makhluk perosak berbahaya.
Aktiviti Pengawasan Perosak Tanaman (pest surveillance) adalah proses yang berterusan secara bersistematik dimana ia dijalankan untuk mengumpul data, menganalisa dan mengintepretasi data perosak bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kawalan perosak. Maklumat serangan perosak perlu disampaikan dengan efisien kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan tindakan kawalan bersesuaian dengan segera. Pengawasan perosak tanaman dijalankan ke atas perosak yang mempunyai kepentingan ekonomi, kepentingan kuarantin dan perosak asing berbahaya dijalankan bagi tujuan pengesanan awal perosak kuarantin, pemantauan perosak dan membangunkan pangkalan data perosak. Bagi memastikan pergerakan produk pertanian yang selamat di perdagangan antarabangsa, pengawasan perosak amat penting dalam memberi maklumat-maklumat perosak sama ada ianya terdapat atau tidak di sesuatu kawasan/negara bagi mewujudkan senarai perosak dan juga bagi menentukan kawasan bebas perosak (pest free area). Perosak endemik dan eksotik berpotensi menyebabkan serangan merebak dan memberi kesan kerosakan yang teruk kepada sektor pertanian. Perosak yang dikenalpasti berbahaya, sukar dikawal dan memberi ancaman besar kepada tanaman industri telah diwartakan bagi tujuan pengurusan kawalan yang lebih proaktif dan juga aktiviti penghapusan perosak berlandaskan perundangan. Terdapat senarai perosak tanaman diwartakan iaitu Senarai Perosak Diwartakan (ada sebanyak 8 perosak), Senarai Perosak Eksotik (ada sebanyak 20 perosak) dan Senarai Perosak Endemik (ada sebanyak 46 perosak) untuk dijetahui. Senarai perosak tanaman yang diwartakan adalah terdiri dari Bakteria Ervinia papaya yang menyebabkan Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) yang diistiharkan pada 3 Dis 2009. Kedua adalah Rumpai Padi Angin (Oryza spp.) yang telah diwartakan pada 20 Jul 2011 3. Perosak ketiga adalah haiwan Siput Gondang (Pomaceae spp) yang diwartakan pada 20 Jul 2011. Perosak tanaman ke 4 adalah sejenis serangga kumbang iaitu Kumbang Merah (RPW-Red Palm Weevil) dengan nama saintifik Rhynchophorus ferrugineus yang diwarta pada 20 Jul 2011. Perosak ke lima adalah serangga Ulat Bungkus (Mahasena corbetti) dan juga spesis Ulat Bungkus Metisa plana ydan juga Ulat Bungkus jenis Pteroma pendula dimana kesemuanya diistiharkan pada 15 Nov 2013. Perosak terakhir diwartakan adalah Rumput Miang Mexico (Parthenium hysterophorus) yang diistiharkan pada 26 Feb 2015 untuk di ketahui umum.
Perlu juga untuk mengetahui akan Senarai Perosak Eksotik yang telah pun ia di senaraikan di Semenanjung Malaysia. Perosak ini adalah terdiri dari Bakteria Burkholderia glumae dan bakteria Burkholderia gladioli yang menyebabkan Penyakit Hawar Bulir (Bacteria padi blight) bagi tanaman padi. Perosak kedua pula adalah jenis Bakteria Erwinia chrysanthemi yang mana ia menyebabkan Penyakit Reput Buah Bakteria Nangka dan Penyakit Reput Teras Nanas atau Penyakit Mata Hantu pada Nanas. Perosak ketiga adalah Bakteria Erwinia papayae yang menyebabkan kepada Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya dieback). Perosak keempat adalah Bakteria Pantoea stewartii sub stewartii yang mana ia menyebabkan kepada Penyakit Karat Buah Nangka (Jackfruit bronzing). Seterusnya senarai ke lima adalah Bakteria Ralstonia solanacearum yang menyebabkan Penyakit Layu Bakteria (Moko disease atau Blood disease phylotype II & IV) bagi tanaman pisang (Sila lihat foto disebelah). Perosak keenam adalah sejenis serangga Lalat Buah (Bactrocera correcta) yang menyerang tanaman buah Jambu. Serangga jenis Ulat Kepal Hitam Kelapa (Opisina arenosella) dan yang ke ke 8 adalah seragga Ulat Ratus (fall army worm) yang menyerang tanaman jagung dikenali sebagai Spodoptera frugiperda. Serangga yang mana ia adalah Ulat Pengorek Buah Mangga (Sternochetus mangiferae) juga disenarikan. Dalam pada itu serangga Kumbang Khapra (Trogoderma granarium) yang merosakan produk simpanan seperti beras juga disenaraikan sebegai perosak eksotik. Dalam pada itu serangga Prlombong Buh Tomato (Tuta absoluta) adalah perosak eksotik yang perlu dikawal. Bagi jenis kulat yang menjadi patogen Penyakit Layu Fusarium Pisang (Fusarium oxysporum f. sp elaeides) ada disenaraikan. Kulat Microcyclus ulei adalan agen penyebab Penyakit Hawar Daun South American bagi tanaman getah (SALB) yang merbahaya. Dalam pada itu bagi jenis rumpai pula disenaraikan Rumpai Menderung Jepun (Japanese sedge) iaitu Cyperus japonica yang menjadi ancaman di kawasan pertanian. Jenis rumpai lain termasuklah Rumpai Menderung Papyrus (Cyperus papyrus) yang mana ia adalah perosak. Ke 16 pula sejenis Rumput Apolo atau Kariba Weed (Salvinia molesta) dan juga Rumpai Canna (Hardy water canna) iaitu Thalia dealbata yang disenaraikan sebagai rumpai perosak. Bagi perosak virus pula disenaraikan Viroids Coconut Cadang-cadang Cadang-cadang cadang-cadang (Kelapa) Disease viroid (CCCVd) yang menyerang tanaman kelapad dan ada di Filipina. Seterusnya ke19 dalam senarai perosak eksotik adalah Penyakit Banana Bunchy Top disebabkan oleh Banana bunchy top virus. Penulis blog pernah mengharungi pengawalan Penyakit Cecincin Betik (disebabkan oleh Virus Papaya Ringspot Virus - PRSV) yang menyerang tanaman betik di Johor dahulu yang kini telah disenaraikan sebagai perosak eksotik di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SOP DI SEDIAKAN... BAIK MEMAHAMINYA...
SENARAI PEROSAK... SENARAI DI WARTA...
PEROSAK EKSOTIK... SAYA PAPARKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.