Beberapa media tempatan ada laporkan bagaimana isu 'Bekalan baja lewat jejas hasil padi' wajar dikongsikan kali ini. Menurut berita yang dipetik dari Alor Setar, Kedah dimana pihak kerajaan digesa bagi menyelesaikan segera isu kelewatan baja untuk kegunaan sawah padi yang menggusarkan petani yang berlaku di beberapa kawasan terlibat di Kedah dimana ia kini dilaporkan ada pesawah yang mendakwa belum menerima bekalan baja yang dikhuatiri mengganggu tumbesaran anak padi. Isu kelewatan bekalan baja tidak timbul di Kampung Padang tetapi kerajaan didapati lewat membekalkan baja di kawasan sawah lain. Boleh dikatakan dimana kebanyakan tempat masih belum mendapat bekalan baja subsidi yang sepatutnya telah pun diberikan kepada petani. Kesannya dimana apabila anak padi sudah memasuki usia 11 - 15 hari maka ia perlu ditabur baja namun ada kawasan memaklumkan belum menerima baja walaupun telah mencapai tempoh sebulan lapor akhbar Sinar Harian. Dilaporkan ada anak padi di kawasan tertentu yang telah mencapai usia 40 hari masih belum ditabur baja akibat ketiadaan bekalan baja ketika ini. Lazimnya apabila anak padi berusia 40 hari masih tidak menerima taburan baja maka kesannya kurang subur dan bagaimana hendak mendapat hasil pengeluaran yang baik akibat isu pembajaan tidak dapat dijalankan. Situasi ini dipercayai berlaku berikutan kegagalan kerajaan mengenal pasti jumlah keperluan baja subsidi yang perlu disediakan untuk petani ketika musim penanaman padi. Dilaporkan ada pihak menyatakan kelewatan baja kepada petani disebabkan konflik antara Rusia dan Ukraine dimana ia sepatutnya ada tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu. Dalam pada itu semakin ramai petani memberitahu terpaksa menggunakan bekalan baja yang lama untuk sawah padi mereka namun ia masih belum mencukupi. Apatah lagi bila baja lama tidak sesuai untuk digunakan terhadap anak padi, sekaligus berharap kerajaan menyelesaikan segera isu ini. Apa pun kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan petani mendapatkan bekalan baja pada waktu tepat. Dalam pada itu diantara isu lain perlu diberikan perhatian termasuk masalah kekurangan air di petak sawah yang dikhuatiri mampu menjejaskan tanaman padi. Memang dibimbangkan hasil tanaman padi akan berkurangan sekiranya isu kelewatan agihan baja dan kekurangan air di petak sawah yang timbul tidak diatasi.
Isu bagaimana 'Harga baja, racun naik sekali ganda, kerajaan diminta bertindak' memang sudah pun ianya membimbangkan ramai kalangan petani di Malaysia. Kerajaan digesa mengambil perhatian serius dalam menangani isu harga racun dan baja yang meningkat dua kali ganda sejak penghujung tahun 2021 lalu. Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Datuk Aliasak dari Bandar Seremban ada dakwa dimana kenaikan harga tersebut telah membelenggu dan memberi kesan terutama kepada pekebun kecil kelapa sawit sejak November 2021. Kenaikan harga input pertanian terutamanya racun dan baja itu telah menyebabkan pekebun kecil terutamanya pekebun kecil sawit dan getah meminimumkan penggunaan kedua-dua input ini (baja dan racun) pada tanaman mereka. Pihak persatuan menerima pelbagai aduan berkenaan masalah kenaikan input pertanian daripada pekebun kecil sejak November 2021 yang sehingga kini belum lagi diselesaikan oleh pihak kerajaan. Pekebun kecil kelapa sawit yang kebiasaannya menggunakan 40 beg baja yang setiap satunya seberat 50 kilogram kini hanya menggunakan 10 beg baja sahaja bagi setiap pusingan pembajaan. Ia berikutan harganya yang meningkat daripada RM90 kepada RM180 satu beg. Ini memberikan kesan terhadap produktiviti buah terutamanya ketika musim melawas waktu ini. Bagi sektor getah pula dilaporkan walaupun rata-rata pekebun kecil menerima di antara RM2.90 - RM3.20 sekilogram getah sekerap akan tetapi mereka tidak dapat menarik nafas lega berikutan harga input pertanian yang turut meningkat. Kenaikan harga tanaman komoditi ini tidak dinikmati oleh pekebun kecil berikutan kos penyelenggaraan ladang juga turut meningkat. Ini merupakan satu diskriminasi kepada pekebun kecil. Kenaikan harga input pertanian ini jika sekiranya tidak ditangani pasti memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti hasil tanaman yang dihasilkan negara. Apa pun pihak PKPKM menggesa kerajaan mengambil tindakan segera berkenaan kos kenaikan harga baja ini.
Isu harga input pertanian memang sudah menjadi satu masaalah kepada golongan petani di Malaysia. Ia dilaporkan dalam media iaitu 'Racun naik, pesawah tiada semangat tanam musim baru' dari Parit Buntar, Perak ini wajar dikongsikan juga. Kalangan pesawah padi di Parit Buntar menyatakan akibat kenaikan harga racun menjejaskan pesawah di daerah ini yang akan memulakan musim tanaman baharu tidak lama lagi. Seorang pesawah yang dikenali Abdul Malik (55 tahun) dakwa kerajaan perlu segera mencari inisiatif bagi memastikan kenaikan harga racun termasuk racun serangga dan kulat tidak membebankan pesawah. Menurutnya kini ramai pesawah seolah-olah hilang semangat untuk memulakan tanam musim baru disebabkan kenaikan harga racun. Kini harga racun rumput, siput, kulat dan macam-macam lagi semuanya naik dimana kos tersebut juga belum termasuk kos membaja dengan jentera, upah menanam, u[ah menjaga dan lain-lain. Dakwanya jika isu ini dan keadaan berterusan maka sudah pasti pesawah akan terkesan (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya tidak mustahil ada pesawah akan mengubah tanaman padi kepada tanaman lain seperti kelapa dan kelapa sawit yang kurang penggunaan racun. Sebaiknya kerajaan perlu bertindak segera dalam memastikan nasib dan kebajikan pesawah terbela. Apa pun dalam keadaan sekarang difikirkan adalah agak mustahil harga racun akan turun berikutan peningkatan harga bahan itu di pasaran dunia. Selain cadangan menaikkan subsidi racun dan baja kepada pesawah dimana kerajaan juga disarankan agar dapat memberi insentif khas untuk kepada pesawah sekurang-kurangnya RM100 sehektar. Cara ini adalah bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pesawah bagi membeli racun yang diperlukan. Sejak awal Disember 2021 banyak akhbar melaporkan harga racun serangga meningkat sehingga 199 peratus iaitu daripada RM66 kepada RM197.50. Selain itu juga isu harga racun kulat turut telah mencatatkan peningkatan 20.77 peratus, diikuti racun siput hampir 20 peratus, baja sebatian tiara blue (19.4 peratus), Agrobridge (19.1 peratus) dan NPK biru (14.5 peratus). Apa pun dilaporkan dari satu sumber menyatakan dimana isu kenaikan harga baja dan racun diluar kawalan kerajaan berikutan peningkatan harganya pasaran dunia. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!...
BANYAK ISU... IA MASIH BERLANJUTAN...
LAPORAN MEDIA... MENJADI RUJUKKAN...
BOLEH DIPERBAIKI... PERLU TINDAKAN..
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1444H).
31 Januari 2023.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.