PENYAKIT SELESEMA BURUNG atau nama Inggeris sebagai Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau mudahnya dipanggil 'selesema burung' adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda. Ia adalah disebabkan oleh virus Avian Influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung dan kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1. Cara haiwan unggas mendapat jangkitan dimana virus AI ini terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda ini atau dengan unggas yang mati atau melalui makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar. Ada juga potensi berlaku serangan atau risiko jangkitan berlaku kepada manusia dimana masih boleh terjangkit apabila ada manusia itu sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Penulis blog merujuk kepada risalah dari Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia dimana antara tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas apaabila berlaku dimana unggas jadi murung dan kurang selera, tanda batuk, bersin dan lelehan dari hidung. Tanda lain adalah ada berlaku bengkak di kepala, balung, pial dan kaki sementara jika diteliti bahagian balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu. Paling ketara adalah apabila unggas ada cirit berwarna kehijauan dan berlaku pengeluaran telur jatuh. Dalam kes yang teruk berlaku kematian mengejut dan kadar kematian tinggi. Secara teknikalnya penyakit ini akan merebak melalui pergerakan burung hijrah dan juga melalui pergerakan unggas yang terjangkit kelokasi lain. Artikel subuh ini selepas bersahur 3 Ramadan 1444H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia penyakit Selsema Burung atau Avian Flu yang menjadi salah satu punca krisis kekurangan telur atau 'eggflation' dibeberapa negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.
Dalam pada itu merujuk kepada sumber lain dinyatakan dimana 'Avian Influenza' atau lebih dikenali sebagai selesema burung merupakan penyakit selesema yang diakibatkan oleh virus selesema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas. H5N1 merupakan salah satu subtipe virus influenza yang menyebabkan penyakit selesema burung. Virus ini dilaporkan menyebabkan penyakit pada banyak spesies vertebrata, termasuk manusia dan berpeluang menjadi pandemik influenza. Pakar Penyakit amat risau bahawa virus H5N1 dapat bermutasi menjadi bentuk yang dapat menular dengan mudah dari manusia ke manusia walaupun sehingga sekarang belum ada kejadian kuat yang menyokong kekhuatiran itu. Mutasi seperti itu pernah terjadi ketika virus H2N2 berevolusi menjadi strain Selesema Hong Kong H3N2. Dilaporkan dimana kesemua virus selesema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A. Dilaporkan dimana setelah lebih seabad iaitu selesema burung hanya beredar dan ia berada kalangan unggas sahaja terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun kini penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar malah ia sudah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) dan membahayakan dan mampu kini berjangkit dari unggas kepada manusia. Dilaporkan pada 1997 ada terbukti selesema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerana virus tersebut. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus merbahaya dan cuba mencari pencegah wabak membawa maut ini apa yang berlaku adalah wabak selesema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain. Isu utama adalah bagaimana selesema burung berjangkit dan saintis dapati virus selesema burung dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia. Viris Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula dan terus merebaak jika tidak dikawal. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain. Virus Avian Influenza boleh merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh proses pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus ini adalah berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.
Penyakit ini amat ditakuti kerana untuk berjangkit akan ada tiga perkara mesti berlaku terlebih dahulu kerana boleh muncul virus jenis baru, ia juga boleh mnyebabkan penyakit yang serius kepada manusia dan juga ia mampu berjangkit dengan mudah sesama manusia. Bagi faktor pertama dan kedua sudah pun berlaku dengan beberapa kes yang ada. Virus AI yang baru bagi manusia didakwa ia boleh menyebabkan sakit yang serius. Walau bagaimanapun setakat ini ia berjangkit dari burung kepada manusia dimana isu tahap ketiga belum lagi berlaku. Ia juga dilaporkan masih belum berjangkit dari manusia kepada manusia. Bagaimana pun ini adalah faktor yang amat ditakuti. Dikhuatiri virus itu akan terus bermutasi hingga ke tahap boleh berpindah dari manusia kepada manusia pula. Semakin banyak manusia dijangkiti maka ia mungkin akan semakin berpotensi untuk bermutasi. Jika suatu hari nanti ia berlaku maka rawatan semakin mustahil untuk dilakukan dimana ada kemungkinan ada ramai manusia akan mati. Selesema burung sangat bahaya kepada manusia kerana sistem imun manusia tidak mempunyai antibodi untuk dapat menentang penyakit berasal daripada haiwan. Kemungkinan ia untuk bersarang di paru-paru dan menolak ubat-ubatan anti-bakteria serta antiviral dan membunuh manusia dengan cepat. Pandemik covid-19 yang menyerang dunia pada 2020 -2022 menyebabkan jutaan manusia meningkal akan dijadikan ingatan. Dilaporkan orang dewasa sihat lebih berisiko bagi dijangkiti virus selesema burung. Virus H5N1 menyebabkan tindak balas imunologi yang besar terhadap virus yang ada di dalam sistem imun orang yang paling kuat. Malangnya keadaan ini menyebabkan pula pembebasan enzim manusia yang dipanggil cytokines yang memusnahkan sel paru-paru. Apa pun dilaporkan sehingga kini suah ada lebih 60 orang mati di serata dunia kerana dijangkiti wabak selesema burung.
Apa pun sudah ada banyak kajian dan perbincangan bagaimana cara untuk membendung penyakit selesema burung. Sehingga kini dilaporkan masih belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah dengan cara membunuh semua ternakan (culling) yang ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti dimana itulah sahaja langkah terbaik setakat ini. Laporan terkini pada hujung tahun 2022 dan awal tahun 2023 dimana ada sebanyak 58 juta ekor unggas (kebanyakannya ayam) di USA yang dimusnahkan setelah dijangkiti selsema burung. Apa pun kesannya adalah cara menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam. Krisis kekurangan telur atau 'eggflation' telah dilaporkan berlaku di USA, Britain, Jepun, New Zealand dan juga di Malaysia. Adalah penting mengetahui bagaimana mencegah selesema burung berjangkit kerana manusia tidak semestinya hanya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan dimana beberapa langkah pencegahan dan kawalah mesti dijalankan. Antaranya adalah memastikan ayam di masak sepenuhnya dengan kadar suhu memasak mestilah sekurang-kurangnya 70 - 75 darjah Celcius. Amalkan membasuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah dan juga amalan membasuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah. Dalam pada itu sebaiknya memasak telur ayam sampai masak sepenuhnya dan mengelakkan makan telur separuh masak (Orang Malaysia paling suka makan telur ayam separuh masak).
Merujuk laporan lain dimana sudah dikenalpasti oleh pakar diantara jenis-jenis virus Avian Influenza untuk diketahui umum. Ianya adalah sebagai jenis H5N1 (jenis yang paling bahaya), H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5 dan banyak lagi. Bagaimana pun tidak mudah untuk dapat mengenalpasti jenis virus ini tanpa peralatan canggih dalam makmal. Apa yang penting adalah aspek rawatan dan pelalian dimana apabila gejala selesema burung pada manusia berbeza-beza dari selesema (demam, batuk, sakit kerongkong dan sengal otot) sehinggalah sakit mata, paru-paru berair, penyakit pernafasan teruk, dan beberapa komplikasi mengancam nyawa yang teruk. Gejala selesema burung bergantung kepada jenis virus yang menyebabkan jangkitan. anda-tanda selesema burung pada manusia. Kanak-kanak yang terdedah dalam tempoh 2 hingga 8 hari akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam,batuk, Sakit tekak, Sakit-sakit sendi, Kesukaran bernafas, Suara menjadi garau, Bunyi gemersik (crackling) ketika bernafas, Najis berdarah, Jangkitan paru-paru dan juga ada jangkitan mata (sakit mata). Pengambilan antibiotik tidak berkesan bagi penyakit viral. Penggunaan ubat antiviral seperti oseltamivir (dikenali sebagai Tamiflu) dan zanamavir boleh digunakan. Ubat ini boleh mengurangkan virus ini dari membiak didalam badan dan boleh memperbaiki peluang untuk hidup, sekiranya ubat ini diberi dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanapun ubat oseltamivir tidak digalakkan untuk diberi kepada kanak-kanak dibawah umur 1 tahun. Apa pun pada kebiasaannya ubat-ubat ini digunakan untuk influenza bermusim dan keberkesanannya dalam menentang selesema burung masih belum diketahui. Masih tidak ada vaksin pada masa ini. Walau bagaimanapun beberapa usaha telah diadakan sejak 2005 untuk menghasilkan vaksin yang boleh menentang virus ini. Dilaporkan ada terdapat ubat untuk rawatan dan pencegahan penyakit ini akan tetapi tahap keberkesanannya masih dalam kajian. Virus H5N1 merupakan jenis virus yang dianggap paling merbahaya kerana mampu merebak kepada manusia dan menyebabkan kematian. Virus H5N1 kebal kepada ubat antivirus biasa seperti amantadine dan rimantadine. Dua jenis ubat antivirus lain iaitu jenis ubat Oseltamavir (Tamiflu) dan Zanamavir dilaporkan juga ia berkemungkinan berkesan merawat selesema yang mana ia disebabkan oleh virus H5N1. Bagaimana pun setakat ini masih belum ada ubat pelalian.
Kaedah seperti kanak-kanak memakai penutup mulut bagi mengelakkan Selesema Burung tidak digalakkan seperti di tempat awam. Adalah dinasihatkan untuk semua agar menggunakan penutup mulut jika berhubung rapat dengan mereka yang disahkan mempunyai Selesema Burung. Persoalan sama ada dibolehkah makan ternakan dan hasil ternakan ayam atau burung dari kawasan yang mengalami wabak selesema burung masih perlu diketahui. Masih tiada bukti menunjukkan memakan daging ternakan dan telur yang dimasak dengan betul boleh menyebabkan jangkitan. Virus ini akan mati jika dimasak. Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan perlu diambil.Virus H5N1 boleh di dapati dalam telur sama ada di dalam (bahagian kuning dan putih) atau di kulit telur. Telur dari kawasan ternakan yang dijangkiti virus ini tidak boleh dimakan mentah atau separuh masak. Memasak daging, telur dan produk daging mengikut suhu yang betul didakwa boleh mengelakkan jangkitan silang penyakit berlaku (Sila lihat foto disebelah). Diikuti dengan amalan pengendalian yang betul boleh mengelakkan penyakit bawaan makanan seperti patogen Salmonella seperti amalan agar membasuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 minit sebelum dan selepas mengendalikan ternakan dan telur ternakan. Amalkan juga membasuh papan pemotong dan lain-lain perkakas dapur dengan sabun dan air panas bagi mengelakkan daging atau telur mentah mencemari makanan lain. Sebaiknya papan pemotong boleh dibersihkan dengan campuran larutan 1 sudu peluntur klorox dan 1 gelen air. Amalkan memasak daging dengan suhu sekurang-kurangnya 74 Celcius (165 darjah Fahrehheit) dan sebaiknya boleh memasak dengan suhu yang lebih tinggi. Sebaiknya telur hendaklah dimasak sehingga keras. Caserols dan lain-lain masakan yang mengandungi telur hendaklah dimasak dengan suhu 74 Celcius. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AMAT MERBAHAYA... VIRUS SEBABNYA....
CEPAT MEREBAK... PELBAGAI CARA...
KEPADA MANUSIA...TERANCAM JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.