Support My Blog

Saturday, March 11, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 2)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu akan membawa makna kepunyaan atau berasal daripada cara bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info penting mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang telah pun disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. 
Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendah Walau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, Rumpai dan juga Vetebrata. Perosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Terdapat 4 jenis penyakit yang disebabkan oleh nematod dilaporkan dalam senarai perosak endemik. Pertama adalah 
Nematod Aphelenchoides besseyi  yang menyebabkan Penyakit Pucuk Putih (White Tip Nematod) iaitu kepada tanaman padi. Penyakit ini tergolong sejenis penyakit baru yang menyerang tanaman padi di sebabkan oleh nematod yang akan menyerang dua bahagian tanaman padi iaitu daun dan benih padi. Penyakit White Tip ini bersifat tular benih dimana penyebarannya dapat disebarkan melalui benih padi yang terinfeksi nematod. Selain padi dilaporkan nematod ini boleh menyerang tanaman lain seperti jagung, cili, kacang soya, keledek, bawang dan tanaman chysanthemum. 


Jenis kedua dalam senarai perosak endemik adalah Perosak Nematod Meloidogyne  incognita dan Meloidogyne javanica yang menyebabkan Penyakit Bintil Akar nematod. Nematod jenis ini adalah jenis yang paling mudah dijumpai dalam kawasan kebun di Malaysia dimana cara serangan nematod puru akar bermula dari peringkat anak benih bagi kebanyakan jenis tanaman seperti Jambu batu dan Cili. Nematod mampu bertelur sehingga 200,000 biji dalam tanah dan larva yang menetas akan bergerak kepada akar tumbuhan. Semasa dalam akar larva akan membesar dan menjadi nematod dewasa yang membengkak dalam akar berbentuk seperti Puru atau membengkak (Sila lihat foto disebelah). Kitaran hidup nematod ini sekitar 27 - 28 hari tetapi mampu membiak dengan kuantiti yang banyak. Tanda serangan apabila tumbuhan menjadi terencat, bantut, keguguran daun sehingga pokok akhirnya boleh mati jika bergabung dengan serangan oleh kulat, bakteria dan sebagainya. Serangan nematod yang perlu ditangani ialah serangan terhadap tanaman jambu batu, pisang, tembakau dan bunga-bungaan, terutamanya kekwa dan anthurium. Serangan nematod boleh dikawal di peringkat penyediaan tanah untuk anak benih. Campuran tanah tersebut perlu dipastikan bebas daripada nematod. Pemastian ini dilakukan dengan menganalisis aras dan jenis nematod. Jika aras populasinya tinggi dan jenis nematodnya berbahaya, rawatan menghapuskannya perlu dilakukan. Rawatan pada jumlah tanah yang sedikit ini, menjimatkan kos penyediaan dan kerugian hasil di peringkat ladang dapat dikurangkan. Kaedah rawatan yang biasa digunakan ialah pengewapan dengan wap air dan pengwapan dengan fumigan. Pada tanaman tembakau dan bunga-bungaan, rawatan dazomel pada tapak semaian sebelum biji benih tembakau ditabur dan anak benih bunga-bungaan ditanam, mampu menyekat serangan awal nematod. Pendekatan yang sama digunakan dalam mengawal serangan nematod terhadap anak benih di dalam polibeg. Rawatan menggunakan bahan kimia fenamifos, karbofuran dan cadusafos pada kadar yang rendah terhadap anak benih dalam polibeg dapat mengurangkan serangan nematod puru akar pada tanaman jambu batu, pisang dan tembakau.


Jenis Nematod Pratylenchus spp.  adalah 
sejenis nematod yang ada di Malaysia dan menyerang beberapa jenis tanaman seperti Pisang, Kacang Tanah dan beberapa jenis bunga-bungaan atau pokok Ornamental. Nematod Lesion yang bersifat endoparasitik yang masuk dalam akar tumbuhan dan juga akan merosakan dengan membentuk lession yang berwarna kehitaman. Pokok Kekwa dan Anthurium merupakan jenis tumbuhan yang paling serious serangan nematod jenis ini yang menyebabkan daun menjadi kuning, klorosis, akan terbantut pertumbuhan dan sering ujud populasi yang tinggi. Seterusnya dalaam senari adalah Nematod Radopholus similis iaitu sejenis nematod yang menyerang tanaman akuatik dan dikenali sebagai 'burrowing nematode'. Penulis blog mendapati dimana ada sebanyak 30 jenis perosak serangga didalam senarai perosak endemik di Malaysia. Serangga ini terdiri daripada jenis serangga pengunyah (kumbang, belalang, kupu-kupu, ulat bulu, siput dan lintah bulan). Terdapat juga jenis serangga penghisap yang membawa bakteria dan virus menyerang tanaman seperti kutu daun (aphids), kutu thrips, pianggang, koya hamama dan juga scale insect. Serangga perosak tanaman merupakan musuh kepada petani kerana ia selalu merosakkan tanaman yang ditanam sama ada dengan cara memakan daun, mengorek batang atau buah, menghisap cairan tanaman dan sebagainya. Serangga perosak tanaman ini mestilah dikawal dan dihapuskan secara semulajadi atau pun mekanikal tetapi penyemburan racun serangga menjadi pilihan ramai petani komersial dan konvensional di Malaysia. Serangga mempunyai kitaran hidup yang pelbagai dimana fasa serangan selalu pada fasa larva atau ulat dan juga fasa serangga dewasa. Ada sesetangah serangga ini mampu membiak dengan cepat dan singkat sehingga ia mampu menjadi perosak merbahaya kepada tanaman jika tidak dilakukan pengurusan perosak serangga dengan betul. Pertama dalam senarai perosak endemik adalah Serangga Allocarsidara malayensis yang mwnyerang tanaman durian. Kedua adalah serangga Artona catoxantha yang menyerang tanaman kelapa dengan memakan daun terutama dimusim kemarau yang juga dikenali sebagai coconut leaf moth. Penulis blog beberapa kali terlibat didalam mengawal serangan ulat artona di Mersing dan di Pahang semasa bertugas dahulu. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....

PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...