Support My Blog

Tuesday, March 7, 2023

KULIT BUAH-BUAHAN - IA BERGUNA?

KULIT BUAH-BUAHAN
(Fruit Skin) merupakan bahagian luar yang menyelaputi buah-buah dimana lazimnya ia akan dibuang sahaja selepas isinya dimakan. Buah-buahan tropika yang popular seperti pisang, limau, limau bali, manggis, duku, duku langsat, betik, rambutan, pulasan, nanas, epal, melon, tembikai dan sebagainya apabila dikupas akan dibuang menjadi sampah. Sampah makanan dari buah-buahan dan sayuran tertentu ini ada yang diproses menjadi baja kompos melalui fermentasi menggunakan mikrob. Bagaimana pun sebahagian besar akan dimasukkan kedalam tong sampah dan dibuang begitu sahaja. Masih ramai yang kurang sedar atau tidak mahu mengambil tahu akan sisa daripada makanan seperti sisa kulit dan bahagian lain yang dibuang kerana gay akehidupan moden di kota yang tidak ada keperluan untuk dijadikan baja kompos. Sebenarnya setiap jenis sampah makanan juga punya banyak manfaat termasuk kulit buah yang boleh digunapakai untuk berbagai keperluan sehingga ke tahap optima. Sebagai contoh semasa penulis blog belajar dengan berkursus di beberapa negara mendapati dimana kulit buah seperti kulit lemon (Citrus lemon) yang mempunyai bahan Asid Citrate tinggi dan aroma menyegarkan boleh digunakan dalam bilik mandi dan membersihkan dapur juga. Apa caranya amat mudah iaitu dengan meng
osokkan kulit lemon di permukaan dinding bilik mandi dan kemudian hanya perlu dibilas sehingga bersih dimana aroma bilik mandi menjadi segar. Kulit lemon juga dapat membantu didapor untuk dapat menghilangkan bau tidak sedap sebagai pencuci piring. Itu sebabnya kebanyakan cecair pencuci pinggan ada gambar buah lemon untuk membersihkan pinggan kotor selepas makan. Dalam pada itu Kulit Limau diantara yang banyak digunakan selain daripada dijadikan halwa jeruk masin untuk dicicah dengan buah-buahan. Penulis blog nyatakan petua bagaimana untuk elakkan serangga mendatangi tanaman didalam pasu disekeliling rumah iaitu dengan meletakkan kulit limau pada pasu tersebut. Meletakkan kulit limau dilaluan utama atau sudut-sudut kucing keluar masuk juga mampu mengusir kedatangan kucing. Penulis blog memang suka makan buah pisang dan sellau membuang kulitnya terutama Pisang Lemak Masak 40 Hari. Sebagai petua dimana kulit pisang sebenarnya boleh digunakan untuk membersihkan kasut kulit dengan mengosokkan dan ia kemudian dibersihkan dengan kain bersih. Bahan kalium yang ada pada kulit pisang akan diserap oleh kulit kasut dan ia akan menghilangkan kusam dan bau busuk sehingga kasut dilihat kemas semula seperti kasut baru. Kulit Limau Bali (Citrus grandis) pula dilaporkan baik untuk kesihatan iaitu mampu untuk menurunkan kolesterol dan tekanan darah dengan dijadikan minuman teh. Kulit tembikai pula yang mengandungi serat tinggi membantlancarkan pencernaan. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kegunaan kulit buah-buahan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.
 

Kulit buah-buahan yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan boleh menjadi satu penyelesaian daripada menjadi sampah. Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman memang menjadikan seseorang itu menjadi lebih sihat dan cantik. 
Buah Limau (Citrus suhuensis) atau Oren yang isinya dimakan kerana manis dan masam memang dibuang kulitnya semasa makan (Sila lihat foto disebelah). Ramai mereka yang tidak tahu dimana kulit limau inisebenarnya mempunyai bahan antioksidan yang berguna untuk ianya dapat menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Kulit limau juga dilaporkan berkhasiat untuk melancarkan pencernaan, mencegah sembelit dan mengatasi masalah pernafasan serta baik untuk kesihatan mulut dan tenggorok. Dilaporkan bagi kulit tembikai (Citrulus lunatus) yang mana ia mempunyai banyak kandungan air baik untuk mencegah peradangan, mengatasi sembelit bagus untuk kesihatan. Ia juga didakwa mengandungi bahan Asid Amino citrulline yang dapat membantu melebarkan pembuluh darah sehingga dapat meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan berat badan berlebihan, membersihkan kulit menjadi lebih cerah dan dapat menambah nutrisi kepada pemakannya. Paling sering dibuang kuitnya adalah Buah Pisang (Musa spp) dimana setelah dimakan isinya yang baik untuk kesihatan mata ia juga boleh mengatasi masaalah jangkitan mata. Kulit Pisang adalah bahan yang amat sesuai digunakan sebagai masker wajah agar membuat kulit lebih licin dan gebu. Ia juga sesuai digunakan untuk memutihkan gigi, menghaluskan tumit yang pecah dan bermanfaat bagi kesihatan umum lainnya. Bagi Kulit Buah Mangga (Mangifera indica) dimana kulitnya mengandungi banyak vitamin A, vitamin C dan vitamin E yang mana ia sesuai dalam meremajakan kulit, melancarkan peredaran darah, mengawal kencing manis dan sebagai ubat cacing. Bagi kulit buah epal (Malus domestic) dimana tidak semua orang tahu bahawa khasiatnya banyak pada bahagian kulitnya. Ini disebabkan kulit epal mengandungi beberapa zat baik bagi diambil diantaranya bahan quercetin, antioksidan, Asid folate, kalsium dan flavonoid. Ia mampu untuk melindungi serangan kanker, kesihatan jantung dan membantu proses pencernaan, mengatasi anemia, kesihartan tulang dan gigi, kesihatan mata, masalah pernafasan dan khasiat kesihatan lainnya. Dilaporkan dimana Kulit Nanas (Ananas comosus) yang mana kulitnya keras dan kasar ini ternyata memiliki kandungan vitamin C dan serat yang sangat baik untuk kesihatan pencernaan dan mengatasi masaalah perut kembung. Ia mampu bertindak sebagai anti-inflamasi, bantu dalam meredakan demam, ganstrik, sinus dan peradangan. Kulit buah-buahan yang satu ini boleh digunakan untuk meredakan demam dan melancarkan pencernaan. Kulit Buah kiwi (Actinidia deliciosa) pula ternyata mempunyai kandungan zat felonik seperti flavonoid dilaporkan membantu mencegah kanser, peradangan, dan berisfat anti-alergik. Kulit kiwi yang dimakan walau pun ada sedikit bulu boleh dikisar bersama isinya untuk dijadikan jus segar.


Di Malaysia buah pisang sangat sinonim dalam kalangan pembaca blog untuk proses melawaskan makanan yang dimakan. Ada juga sesetengah daripada orang yang memakan untuk membantu merawat kulit wajah agar nampak lebih cantik. 
Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Ramai yang menganggap kulit pisang tiada guna dan selepas makan pisang selalu kulitnya dibuang begitu saja dimana tidak ramai yang tahu selain buahnya yang dapat memberi manfaat dalam hal kecantikan ia bermanfaat untuk kesihatan kulit. Dalam beberapa laporan dimana kulit pisang didakwa ia mampu Menghilangkan Bekas Luka Kulit yang hitam bekas luka yang mana ia tentunya sangat mengganggu penampilan bagi seseorang apa lagi anda seorang wanita yang berpenampilan menarik. Tetapi dengan menggunakan pisang ia dapat dengan mudah menghilangkan masalah demikian. Caranya mudah iaitu dengan meletakkan atau menempelkan kulit pisang dan sedikit gosokkan kulit pisang pada bahagian bermasalah tersebut perlahan-lahan sehingga tompokkan hilang. Kedua kegunaan kulit pisang dimana ia dapat Mengatasi Rasa Gatal akibat digigit serangga. Selalunya apabila digigit serangga maka kulit akan menjadi merah dan muncul bitnik-bintik kecil pada kawasan yang digigit dengan serangga tersebut. Apa pun kini pembaca boleh cukup menyapukan kulit pisang ke bahagian yang telah digigit serangga dan biarkan hingga rasa gatal hilang. Kehebatan kulit pisang juga dilaporkan mampu membantu untuk Menghilangkan Ketumbuhan (Kutil) pada Kulit. Kutil ini didakwa sama seperti tumor yang boleh diatasi dengan gunakan kulit pisang. Caranya adalah dengankulit pisang ini digosokkan dengan teratur dan kosisten pada kulit yang ada kutil pada malam hari selama beberapa minggu sehingga kutil akan menghilang.


Dalam sebuah laporan dalam hmetro.com dimana '
Kulit buah kaya manfaat' sesuai dikongsikan. Buah-buahan adalah  sumber makanan semula jadi sangat penting bagi kesihatan. Setiap buah-buahan selalunya ia mengandungi nutrisi penting iaitu vitamin dan gula semula jadi yang membantu dalam mengimbangi keperluan nutrien dalam tubuh. Biasanya buah-buahan yang isinya masak ranum atau muda dinikmati dan tidak kurang juga ada yang dijadikan salad dan jus dalam mempelbagaikan variasi pengambilannya. Sementara kulitnya akan dibuang kerana pada anggapan ramai ia tidak mempunyai peranan kepada kesihatan. Sebenarnya kulit buah mempunyai kebaikan tersendiri baik untuk kulit. Dilaporkan dimana Kulit betik (Carica papaya) dikatakan mengandungi Asid hidroksi alpa (AHAs) yang dapat mencerahkan tona kulit, membantu melembapkan kulit kering dan elak kulit mengendur. 
Enzim semula jadi terdapat pada kulit betik juga mampu melegakan kulit yang terkena selaran matahari selain membantu untuk menyingkirkan kulit mati dan mengelupas. Kaedahnya ialah bersihkan kulit betik tadi dan kisar dan boleh ditambahkan dua sudu madu dan satu sudu jus lemon. Pakai pada muka dan leher (Sila lihat foto disebelah) dan dibiarkan selama 15 minit pada muka sebelum bilas dengan air suam. Dilaporkan juga dimana Kulit pisang yang mengandungi antioksida dapat melindungi kulit dari sinaran ultra violet matahari. Kandungan antioksida itu juga membantu dengan mengurangkan radang dan bintil-bintil jerawat. Selain itu didakwa kulit pisang kaya dengan potasium yang mana dapat kekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Kaedahnya ialah ambil kulit pisang yang masak dan gosokkan dua hingga tiga minit pada kulit. Biarkan ia mengering sekitar 10 minit dan bilas dengan air suam. Selalu orang akan buang sahaja kulit delima yang dilaporkan ia memang memiliki pelbagai nutrien dan kebaikan terutama tinggi kandungan antioksida dan vitamin penting. Antara kandungan vitamin terdapat dalam kulit delima ialah vitamin C dan vitamin E yang mana boleh mengurangkan masalah kedutan. Caranya adalah dengan mengisar kulit buah delima sehingga menjadi pes dan campurkan dengan dua sudu madu serta satu sudu jus lemon. Letakkan pada bahagian muka dan leher serta biarkan selama 15 minit kemudian boleh dibilas dengan air suam. Semuga artikel dikedinginan subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKAN BUAH... DIBUANG KULITNYA....
INI KERANA... RAMAI TIDAK GUNA....
BANYAK KEGUNAAN... BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL....DIJELASKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Medan Indah, Raub,
Pahang,
Malaysia.
(10 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...